Selamat Kembali Ke Sekolah Insyirah, Iman dan Akif

Selamat Kembali Ke Sekolah Insyirah, Iman dan Akif | Assalamualaikum. Syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA, bertemu kembali kita pada hari pertama tahun 2020. Tahun 2019 telahpun berlalu, penuh dengan kenangan pahit manis bersama dan akan sentiasa dikenang. Selamat tahun baru 2020 sahabat.

Gambar Akif pon takde kat rumah pagi tadi. Umi lupa nak tangkap gambar. Ni En Hubby yang snap masa hantar Akif ke sekolah pagi tadi. Ada la jugak sekeping. 

Alhamdulillah, sesi persekolahan bermula pada hati ini 1 Januari 2020 bersamaan hari Rabu. Untuk tahun ni hanya Akif yang berada kat rumah. Kakak Imsyirah dan abang Iman dah masuk asrama semalam. Jadi KakYa hanya uruskan Akif jer la pagini. Insyirah dan Iman masing masing urus diri sendiri kat asrama. Semoga anak anak Umi cekal dan tabah dalam mengharungi hidup di asrama.

Gambar baju sekolah takde laa pagini sebab Iman kat asrama. Ni Umi sempat tangkap gambar masa hantar dia kat asrama semalam. 

Kakak Insyirah tahun ni dah masuk tahun ke empat kat asrama jadi Umi takde la nak terasa sangat, cumanya hati Umi sedikit terusik la jugak pagi tadi sebab tahun ni tahun pertama Iman kat asrama. Bagaimana la keadaan dia kat asrama dengan kalut pagi pagi mandi berebut mandi dengan penghuni asama yang lain. Umi doakan semoga Allah SWT permudahkan semua urusan Iman kat asrama. Ya Allah, KAU jagalah dia untukku. Hanya padaMU kuserahkan segala galanya. Aamin aamin. Terima kasih Allah.

Selamat kembali ke sekolah buat anak anak Umi Insyirah, Iman dan Akif.  Umi doakan semoga anak anak Umi akan kekal bersemangat sepanjang tahun untuk menuntut ilmu. Semoga sesi persekolahan 2020 ini memberi lebih motivasi dan semangat buat anak anak untuk terus menuntut ilmu. Semoga anak anak umi Nur Aina Insyirah, Muhammad Adam Iman dan Muhammad Akif Imtiyaz akan terus melakar sejuta harapan untuk lebih cemerlang dan terbilang bagi sesi persekolahan 2020 ini. 

Tinggi harapan Umi dan abah untuk melihat anak anak Umi berjaya dunia dan akhirat. Semoga 2020 anak anak akan terus memanfaatkan masa terbaik dalam melakar kejayaan. InsyaAllah aamin aamin. 

Catat Ulasan

4 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.