Permohonan Dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup BSH2020

Permohonan Dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup BSH2020 | Permohonan dan pengemaskinian Bantuan Sara Hidup BSH2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 sehingga 15 Mac 2020. Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu atau Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:

- Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
- Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
• Elaun Pekerja Cacat
• Bantuan Penjagaan OKU
• Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
• Bantuan Orang Tua

Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:

- Pemohon yang belum membuat pendaftaran - Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
- Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
- Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020

Syarat Permohonan Bantuan Sara Hidup BSH2020

- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah.
- Pasangan Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS).
- Pasangan BUKAN Warganegara Malaysia DAN mempunyai anak Warganegara Malaysia (MyKad / MyKid).
- Hubungan anak mestilah:
▪ Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja;dan
▪ Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/MyKid) sahaja; dan
▪ Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan;dan
▪ 18 tahun  ke bawah;atau
▪ 19 tahun dan ke atas:
  •  Masih belajar sepenuh masa di Intitut Pengajian Tinggi Awam/Swasta; atau
  • Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Pendaftaran MyBSH 2020

Pendaftaran MyBSH (bagi pemohon yang telah mempunyai rekod BSH) telah boleh dibuat pada Menu MyBSH bermula 22 Januari 2020. KLIK SINI ntuk pendaftaran.

Cara Daftar MyBSH 2020


Permohonan Dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup BSH2020

▪ Klik Menu MyBSH 
▪ Masukkan nombor MyKad 12 digit
▪ Klik butang semak 
▪ Soalan keselamatan akan dipaparkan
▪Pemohon wajib menjawap 2 Soalan Keselamatan dengan betul 
  • Soalan dan jawapan bagi Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat BSH sebelum ini
▪ Klik Teruskan
▪Soalan yang dipaparkan hanya dibenarkan menjawap 3 kali percubaan sahaja
▪Sekiranya soalan pertama dapat dijawap dengan betul, soalan kedua akan dipaparkan dan perlu menjawap dengan betul
▪ Klik Teruskan
▪ Pendaftaran MyBSH akan dipaparkan setelah kedua dua soalan dijawap dengan betul 
▪ Maklumat Nama dan No Kad Pengenalan akan dipaparkan secara automatik
▪ Pemohon perlu memasukkan Kata Kunci Keselamatan
  • Kata kunci keselamatan yang didaftarkan bertujuan sebagai pengesahan setiap kali log masuk MyBSH
▪ Pemohon perlu pilih dan jawap 5 soalan
▪ Klik Teruskan setelah selesai menjawap soalan yang dipaparkan 
▪ Pengesahan jawapan bagi 5 soalan dan jawapan yang diberikan akan dipaparkan setelah pemohon menjawap kelima lima soalan
▪ Jika betul klik Teruskan 
▪ Kata laluan dan pengesahan kata laluan perlu diisi oleh pemohon
▪  Klik Daftar
▪ Paparan akaun Berjaya didaftarkan akan dipaparkan sekiranya kata laluan dan pengesahan kata laluan berjaya didaftarkan oleh pemohon
▪ Selesai

Cara Log Masuk Ke Akaun MyBSH

Permohonan Dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup BSH2020

▪ Klik Log Masuk untuk akses ke menu MyBSH
▪ Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pemohon pada ruangan No. MyKad
▪ Klik Semak
▪ Kata kunci keselamatan akan dipaparkan 
▪ Sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul Klik Ya
▪ ID PENGGUNA akan dipaparkan secara automatik
▪ Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan
▪ Klik Log Masuk
▪ Paparan Selamat Datang akan dipaparkan sekiranya pemohon berjaya log masuk dengan kata laluan yang telah didaftarkan
▪Pemohon boleh mengakses sub menu yang terdapat dalam MyBSH

Catat Ulasan

0 Ulasan