Maklumat Terkini BSH 2020

January 20, 2020

Maklumat Terkini BSH 2020| Maklumat terkini permohonan dan semakan kelayakan Bantuan Sara Hidup BSH 2020. Bantuan Sara Hidup (BSH) merupakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat yang layak. Bagi pemohon isi rumah, pembayaran dilakukan sebanyak 3 kali (fasa). Fasa pertama adalah pada bulan Januari, fasa kedua pula pada bulan Mei dan fasa ketiga pada bulan Ogos 2020. Untuk info lanjut boleh semak di bawah.

Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020, Maklumat Terkini BSH 2020 , Permohonan BSH 2020, Tarikh Dan Kaedah Pembayaran BSH 2020

Permohonan BSH 2020 

Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020. Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya: 

- Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat.

- Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut: 
• Elaun Pekerja Cacat 
• Bantuan Penjagaan OKU 
• Bantuan OKU tidak berupaya bekerja 
• Bantuan Orang Tua 

- Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya: 
• Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau 
• Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau 
• Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020 

Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 

Pemohon BSH yang layak menerima bayaran Fasa Pertama adalah Pemohon berstatus Lulus BSH 2019 (Kategori Isi Rumah) yang melepasi beberapa proses tapisan daripada Agensi Kerajaan antaranya Status Pemilikan Kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40). 

Tarikh Dan Kaedah Pembayaran BSH 2020

Tarikh bayaran Fasa Pertama BSH 2020 mulai 20 Januari 2020. Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah secara Pengkreditan terus ke akaun atau Tunai di kaunter BSN (termasuk kategori pedalaman Sabah Sarawak) – mulai 1 Februari 2020. Semakan status bayaran BSH 2020 boleh dibuat melalui pautan KLIK SINI .


Artikel Menarik yang Lain

2 Sahabat Setia

  1. dok tengok dari semalam akaun, belum la BSH menjengah. HAHA

    ReplyDelete
  2. baru jer update BSH.harap dapatlah

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.