Apabila Marah Dua Hati Mula Berjauhan

Apabila Marah Dua Hati Mula Berjauhan | Kadang kadang bila keluar jalan jalan kat mana mana  pernah tak terserempak dengan situasi mak marah anak atau ayah marah anak? Kalau setakat marah biasa biasa kita rasa ok lagi la kan? Tapi kalau dah tahap tinggi suara hingga ke atas Gunung Kinabalu pon boleh dengar, kita sendiri pon rasa tak selesa. Si anak apatah lagi, mesti dia malu sebab mak ayah dia duk marah marah marah dengan suara yang tinggi. Apakah kesalahan si anak hingga sedemikian rupa dimarahi si bapa atau si ibu. Tapi kan bila ramai yang tengok gelagat mak ayah cam gini, semakin kuat pulak suara diaorang tengking dan marah anak. Memang jenis suka perhatian ke camne. Oh mintak jauh la perangai cam gini.

Kekadang datang juga fikiran tak berapa baik di hati KakYa, mak ayah budak ni memang jenis suka marah marah anak kot atau sejenis yang suka naik tangan pada anak. Itu yang biasa KakYa fikirkan bila berdepan situasi seperti ini. Tapi siapa kita nak judge orang. Tak perlu la nak judge orang, sebab kita tak tau apa masalah diaorang. Jadi tak perlu la kita nak jadi hakim untuk keluarga orang lain. Kita jaga keluarga kita sudah. Jadi tok hakim untuk keluarga sendiri.

Tapi yang jadi masalahnya, bila kita nampak atau kita sendiri dengar orang lain memarahi anak mereka, kita rasa tak selesa kan? Ya la duk terjerit jerit dengan suara yang lantang kat tempat awam dengan tangan kaki semua bergerak ibarat nak bersilat amat tidak wajar dilakukan oleh seseorang bergelar ibubapa. Apalah sangat kesalahan si anak hingga sebegitu rupa dimarahi. Kot ya pon si anak buat salah bukan itu cara terbaik untuk mengajar dan mendidik si anak. Sebaiknya kita bertenang dalam menangani situasi "nak marah anak" . Selagi boleh sabar banyakkan bersabar. Sabar kan separuh daripada iman. 

Apabila Marah Dua Hati Mula Berjauhan, Jangan Marah Anak, Cara Ajar Anak Degil, Cara Ajar Anak Dengar Kata, Kesan Marah, Punca Marah, Akibat Marah Anak,  Cara Kawal Marah

Itu situasi orang, bagaimana pula dengan kita. Takkan kita takde walaupon sekali duk marah marah anak kat tempat awam. KakYa kalau kata takde tu memang tipu la kan. Memang ada, masa diaorang kecik kecik dulu, bila bawak kat tempat awam ada jugak benda yang dioarang buat  akhirnya membangkitkan kemarahan KakYa. Selalu la jugak diaorang kena marah kat tempat awam. 

Tapi cara KakYa bukan tengking dan tinggikan suara pada anak anak. Ohh memang KakYa elak la tengking atau marah marah anak kat tempat awam. Kat rumah pon takde nak tengking tengking anak inikan pula kat tempat awam. Mintak jauh la sifat camni. 

KakYa dan suami lebih kepada marah nasihat. Ada la sesekali keluar jugak suara keras bila tiba part diaorang bergaduh tak hingat dunia. Biasa kalau gaduh dan nangis nangis memang KakYa akan bagi hukuman. Kalau diaorang tengah main ke, buat apa apa aktiviti ke masa tu .. KakYa akan terus bawak diaorang balik. Tak boleh main dah sebab gaduh. Bagi diaorang hukuman agar lain kali diaorang beringat. "Ni Umi, abah tak suka ni kita gaduh gaduh nanti jadi cam aritu terus tak dapat main, kena pulak balik rumah kan tak best. Jadi kita jangan gaduh". 

Anak anak KakYa ni kalau kena hukum diaorang mudah serik. Tak mudah nak ulang benda yang sama. Sebab diaorang lebih berhati hati lepas dah kena sekali. Orang cakap BERINGAT.

Bila diaorang dah makin membesar dan pandai bawak diri (kakak 16, Iman 13 dan dakkecik 11 tahun) diaorang gaduh cara lain pulak. Biasa la bila dah namanya anak anak ada jer la benda yang boleh buat dioarang bergaduh. Tapi takde la sama gaduhnya masa kecik. Gaduh bila dah besar ni setakat cam gitu jer takde la haru biru jadinya. Part gaduh pon bukan berat mana, mulanya gurau gurau jer lama lama bila dah penat bergurau mula la bergaduh. 

Tapi diaorang boleh selesaikan sendiri sebab masing masing dah besar. Umi abah takde nak masuk campur sangat sebab diaorang tak keterlaluan. Sesekali jer la kalau Umi abah jengilkan mata dioarang diam la. Tahu takut! Jangan pulak nanti Umi jadi Hulk nak oiii.

Nasihat Buat Ibubapa Yang Suka Marah Marah Anak 

Ingatan buat KakYa dan mak ayah kat luar sana. Sama sama kita muhasabah diri.
- Kita adalah orang matang anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?
- Kita orang besar mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?
- Kita adalah orang yang berpengalaman anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan. Oleh itu, mereka memerlukan suara yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit makin berjauhan. Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat. Jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang. Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia. Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita. Perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita? Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita. Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa. Jadilah ibubapa terbaik untuk anak anak. 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. betul tu kak ya,tambah2 lagi anak kecil mcm humaira,sue daha dapat pengajaran,marah2 tinggi suara anak jadi takut2 semua benda takut nak buat,takut ibu marah huhuuuuu,sekarang banyak ajar dan cakap baik2,satu lai janganla gaduh laki bini depan anak jerit2 tengking2 anak terkesan huhuuu....

    BalasPadam
  2. Betul, setuju sgt...kita sbg ibu bapa perlu matang mendidik anak-anak..sabar dan tabah mendidik mereka agar menjadi insan berguna kelak..thanks atas peringatan ini..

    BalasPadam
  3. Betul tu.. Ibu bapa kena pandai pilih cara untuk tangani masalah mcm ni.. Jgn ikut perasaan je

    BalasPadam
  4. terima kasih kakya atas teguran dan nasihat bermakna ini. Sisyat akan praktiskan :-)

    BalasPadam
  5. Anak2 sekarang kalau kita marah.... dimarahnya balik! huhuhu

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.