Aib

Aib | Aib bermaksud perbuatan keji atau kekurangan, kelemahan, ataupun kecelaan yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. Seseorang itu akan berasa malu dan terhina akibat perkara tersebut. Jika ia diceritakan kepada orang lain, bererti telah mendedahkan aib orang itu. Siapa yang menutup aib orang lain, kelak di akhirat Allah akan menutup pula aibnya. Sekiranya didedahkan aib di akhirat, luruhlah daging-daging muka kerana tersangat malu.

Maksud Aib, Jangan Buka Aib Orang, Jaga Aib, Jangan Buka Aib Orang , Jangan Sebar Aib Orang, Dosa Buka Aib Orang, Hukum Buka Aib Orang

Setiap manusia dijadikan oleh Allah memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Mencari-cari kekurangan, kelemahan, dan kecacatan orang lain adalah perbuatan yang tercela. Nabi Muhammad s.a.w. berpesan di dalam sebuah hadis baginda, "Wahai golongan orang yang beriman dengan lidahnya dan tidak beriman dengan hatinya.

Janganlah kamu mengumpati kaum muslimin dan janganlah kamu mengintip hal-hal yang memalukan mereka. Sesungguhnya siapa mengintip hal-hal yang memalukan saudaranya, nescaya Allah mengintip hal-hal yang memalukan pula. Dan siapa yang diintip oleh Allah auratnya (hal yang memalukannya), nescaya didedahkan-Nya sekalipun orang itu berada di tengah-tengah rumahnya." (Riwayat Abu Daud daripada al-Barra' bin Azib r.a.)

Tutuplah aib orang lain, Allah akan tutup aib kita. "Dan barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim sewaktu di dunia, maka Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat."

(Hadits Riwayat Imam at-Tirmidzi)

Kalau kita tutup aib orang lain, jangan risau Allah akan tutup serapat-rapatnya aib kita, di dunia mahupun di akhirat. Kalau kita buka aib orang lain, 'jangan risau' juga, Allah akan bukakan seluas-luasnya aib kita di akhirat. Ditayangkan di padang awam untuk tontonan umum. Bayangkan kalau semua orang tahu keburukan kita.

Ya Allah, malunya pasti tidak terperi. Kenapa aib orang kita buka sedangkan aib kita, kita tutup? Sebab kita pasti akan berasa malu dan sedih dengan kesalahan sendiri. Orang akan memandang rendah terhadap kita. Pasti perasaan yang sama berlaku pada orang yang kita aibkan.

Doa Menutup Aib 

اَللَّÙ‡ُÙ…َّ اسْتُرْ عَÙˆْرَاتِÙŠْ ÙˆَآمِÙ†ْ رَÙˆْعَاتِÙŠ

"Ya Allah, tutupilah segala keaibanku, dan amankanlah ketakutanku."

Ingatan buat KakYa dan juga sahabat;

"Kita memerlukan hanya beberapa saat untuk 'share' aib orang lain, tapi akibat perbuatan 'share' itu akan kita tanggung sampai Mahsyar"

"Daripada sibuk dengan aib dan cemuh dosa orang lain, lebih baik sibuk fikir tentang dosa sendiri. Kat akhirat nanti yang akan ditanya dosa sendiri, bukan dosa orang lain"

"Apa sahaja yang kita sebarkan aib atau fitnah di socmed, then apabila kita meninggal dunia, perbuatan jahat kita itu terus mengalir sebagai dosa tanpa henti. Kita nak ke macam tu? Tepuk dada tanya iman. Jika tak nak dosa terus mengalir sehingga akhirat, lembutkan hati untuk mohon maaf. Dan stop untuk menyebarkan aib atau fitnah orang"

"Cakap tentang dosa orang. Cakap tentang keburukan orang. Buka aib orang. Nampak biasa, tapi kat akhirat nanti ada lah 'sahamnya'. Jangan seronok sangat berbicara tentang orang lain. Nasib kita dekat akhirat nanti tak tahu lagi macam mana"

Bersangka baiklah sesama kita. Agar hati lapang fikiran pun tenang. Jangan guna kelemahan orang lain. Untuk peluang baik pada kita. Jangan  kita hebah lkan kelemahan orang untuk orang tertarik pada kita. Allah SWT jaga aib kita. Jagalah aib sekeliling kita. Jangan kerana lidah badan binasa. Hidup kita ni biarlah bercerita yang baik baik saja. Dengar yang baik baik saja dan kalau nak menyebarkan sebarkan yang baik baik saja. InsyaAllah segalanya akan menjadi yang baik.  Jadilah hamba yang terbaik. Aamin.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.