The Best 7 Dishes To Eat In Malaysia | Malaysia sebuah negara yang kaya dengan penduduk berbilang kaum. Selain penduduk berbilang kaum, Malaysia juga kaya dengan keunikan makanan pelbagai citarasa. Orang kata semua ada. Oleh kerana penduduk Malaysia berbilang kaum, pelbagai jenis makanan berlainan boleh dinikmati dengan mudah.
Antara makanan kegemaran rakyat Malaysia yang menduduki tangga teratas adalah Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Sate, Roti Canai, Kari Ikan, Cendol, Ais Kacang dan banyak lagi makanan kegemaran yang disukai dan dinikmati oleh rakyat Malaysia. Ok, untuk pembaca blog KakYa, kalini KakYa nak kongsikan dengan korang 7 makanan terbaik untuk dimakan di Malaysia.
Antara makanan kegemaran rakyat Malaysia yang menduduki tangga teratas adalah Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Sate, Roti Canai, Kari Ikan, Cendol, Ais Kacang dan banyak lagi makanan kegemaran yang disukai dan dinikmati oleh rakyat Malaysia. Ok, untuk pembaca blog KakYa, kalini KakYa nak kongsikan dengan korang 7 makanan terbaik untuk dimakan di Malaysia.
Nasi Lemak
One of my favourite food is Nasi Lemak. Nasi Lemak is very popular dish in Malaysia. I really never get bored eat Nasi Lemak walaupon banyak kali makan. Paling best opkos la my mom punya Nasi Lemak. KakYa rasa kebanyakan orang Malaysia suka Nasi Lemak. Nasi Lemak boleh dikatakan makanan tradisi rakyat Malaysia. Semua bangsa tak kira melayu, cina dan india suka makan Nasi Lemak.
Nasi lemak adalah beras yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa dan diletakkan daun pandan bagi menambah aroma. Kalau kat Malaysia ni nak cari Nasi Lemak amatlah mudah kerana semua tempat ada jual Nasi Lemak. Nak masak Nasi Lemak pon mudah dan bahan bahan yang diperlukan senang didapati.
Nasi lemak biasanya dimakan pada waktu sarapan pagi. Ada juga yang menjadikan nasi lemak sebagai hidangan makan tengahari dan juga malam, terpulang pada keinginan dan selera masing masing.
Nasi lemak kebiasaannya dihidangkan dengan sambal, ikan bilis, ikan, telur, kacang dan juga timun. Sekarang ni Nasi Lemak dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk pauk lain seperti ayam goreng, sotong, udang, paru, daging, limpa, hati ayam, pedal ayam dan pelbagai lauk lain lagi.
sumber: bautrip.com
Nasi Kerabu
Nasi Kerabu adalah beras yang dimasak dengan meletakkan pewarna biru samada daripada kelopak bunga telang ataupun pewarna biru. Nasi Kerabu biasanya dihidangkan bersama sambal, kerabu, solok lada, ulam ulaman, budu, telur asin, jeruk bawang putih, daging bakar, ayam bakar, ikan goreng dan juga keropok keping.
Nasi Kerabu sangat popular di negeri Kelantan dan Terengganu. Orang kata kalau nak makan Nasi Kerabu sedap silalah berkunjung ke Kelantan ataupun Terengganu. Sekarang ni semua negeri dan ada jual Nasi Kerabu, nak makan pun mudah sebab mudah jumpa. Nak buat pun senang resepi oleh google. Hanya di hujung jari jer, dah boleh siapkan Nasi Kerabu yang enak dan lazat untuk dinikmati. Kena rajin jer la kalau malas mana nak menjadi Nasi Kerabunya kak oiii.
sumber: foodadvisor.my
Satay
Satay adalah sejenis makanan orang melayu yang dibuat daripada daging yang telah diperap dengan rempah ratus dan dicucuk menggunakan lidi sebelum dibakar menggunakan bara api. Satay biasanya dihidangkan bersama kuah kacang, nasi impit, timun dan juga bawang biasanya dimakan sebagai hidangan pembuka atau hidangan utama.
KakYa dan family suka makan Satay. Kami biasa akan pergi makan kat satu kedai Satay kegemaran kami di Kemaman Terengganu. Satay kat sini memang sedap dengan daging yang cukup lembut ditambah dengan rempah ratus secukup rasa malah lazat hingga menjilat jari. Satay ni kalau korang nak tahu, akan jadi lagi sedap kalau kuah kacang dia sedap. Kuah kacang yang sedap pasti mengundang rasa Satay menjadi semakin lazatttt. Kuah kacang ni main peranan penting jugak dalam penyediaan Satay buakn semata mata Satay jer.
Satay bukan sahaja disukai oleh orang melayu malah kaum lain juga menggemari Satay. Kalau korang nak tahu, Satay adalah makanan yang selalu ada pada musim raya. Pendek kata semua rumah ada hidangan Satay setiap kali musim raya.
sumber: astroawani
Roti Canai
Roti Canai adalah roti nipis berbentuk bulat yang diperbuat daripada tepung. Roti canai adalah makanan tradisi kaum india yang digemari juga oleh kaum melayu dan cina. Pendek kata kat Malaysia ni siapa tak makan roti canai rugilaaa! Tula penangan Roti Canai. Semua suka! tak kira kecil, besar, tua dan muda pagi pagi kalau sarapan kat kedai mesti order roti canai.
Roti Canai biasanya dihidangkan bersama kuah kari, kuah dhal dan juga sambal bilis. Kesedapan Roti Canai bergantung pada roti canai tu sendiri, kuah kari dan kuah dhal yang disediakan
sumber: gluttodigest
Kari Ikan
Kari Ikan adalah menu yang biasa kita jumpa kalau pergi makan kat mana mana kedai makan di Malaysia. Kari Ikan yang sedap adalah kari yang cukup dengan segala rasa masam, manis, masin dan jugak pedas. Orang cakap kick la! Biasa orang masak Kari Ikan ada yang guna santan ada juga yang tak guna santan. Ikut selera masing masing.
Kalau kat rumah KakYa ni semua suka makan Kari Ikan. KakYa kalau masak kari takde guna santan. Sebulan biasa dua tiga kali jugak la masak Kari Ikan ni. Dah anak anak dan En hubby suka makan kita rajinla masak. Kari Ikan ni kalau kena dengan ara masaknya boleh buat makan bertambah tak nampak orang sebelah la jawapnya.
sumber: mstar
Cendol
Cendol Malaysia is especially tempting. Cendol , siapa tak suka Cendol? Opkos ramai yang suka Cendol tak kira kecil, tua, muda pasti suka. Cendol, pencuci mulut manis yang diperbuat daripada ais kisar, kuah santan, kacang merah, pulut dan jeli. Tapi zaman serba moden ni Cendol juga semakin moden dengan penambahan pelbagai topping menarik untuk lebih kreatif bukan saja sedap rasa di mulut tapi cantik juga di mata. Zaman berubah kita pon kena berubah.
sumber: vforveggy
Ais Kacang
Bila sebut Ais Kacang, automatik kepala ni berputar kat zaman kecik kecik dan lagu ini memang best part bab Ais Kacang. Teringat la pulak. Mengimbau ke zaman kanak kanak kejap.
Ais kacang, ais ais kacang
Bila cuaca panas dan rasa dahaga
Singgah di gerai, ais kacang dipinta
Susu dan jagung
Kacang dan lengkong
Air gula berwarna…
Campur semua
Enak rasanyaKegemaran kita semua....
Sapa tengah nyanyi tuuuu angkat tangan. Hahahaha teringat zaman kecik kecik dulu layan Ais Kacang sambil nyanyi lagu ni.
Ais Kacang atau ABC biasanya ada jual kat tepi jalan dan di kedai kedai tertentu. Ais Kacang adalah air batu yang dikisar menggunakan mesin pengisar ais dihiasi dengan pelbagai topping pilihan seperti jagung manis, kacang merah, jeli, kismis, buah buahan dan pelbagai lagi topping menarik mengikut pilihan pelanggan.
sumber: 123rf
Terliur ke tak dengan makanan yang terhidamg kat atas ni. Ada yang terliur la tu. Sorry tau kalau buat korang terliur. Tapi memang betul, kekadang kita rasa terliur nak makan sesuatu, hati ni kan memanggil manggil jer nak makan tapi nak masak tak berapa pandai, bahan takde, nak pergi beli sendiri kita pulak busy memanjang. Kalau gitu keadaannya tak perlu risau, tak perlu susah hati duk berduka lara.
Sekarang kan semua kat hujung jari jer, boleh order makanan melalui FOOD DELIVERY by FoodPanda Malaysia. Nak makan makanan yang korang suka, order saja. Mudah dan cepat tak perlu nak semak kepala nak fikir makan kat mana, nak pergi beli kat mana .. Tak yah fikir dah bilamana ada cara mudah penghantaran ke rumah cam gini. Order! Order! Order Sajaaaaa!!!
Sekarang kan semua kat hujung jari jer, boleh order makanan melalui FOOD DELIVERY by FoodPanda Malaysia. Nak makan makanan yang korang suka, order saja. Mudah dan cepat tak perlu nak semak kepala nak fikir makan kat mana, nak pergi beli kat mana .. Tak yah fikir dah bilamana ada cara mudah penghantaran ke rumah cam gini. Order! Order! Order Sajaaaaa!!!
19 Ulasan
semua favourite... hehe
BalasPadamMemang betul..bila malas nak masak, kita order saja. Bila masak kadang tu tak abis. Tak payah fikir
BalasPadamduit minyak..nak drive..nak bersiap..tunggu je kat rumah. Terus makanan sampai depan pintu rumah
Hanny tadi up 7 jenis makanan terbaik gak. No agak lain sikit ada cendol bagai. Memang sedap semua.
BalasPadamSo true. All these are the best Malaysian food that foreigners must taste if they visit Malaysia. To Singapore’s people yg sedans baca Blog ini, Nasi lemak, Nasi kerabu, roti canai, and satay are Malaysian food. Jln nak claim2 Singapore delicacy ok.
BalasPadamAlahaiii..sedapnya la sateeee
BalasPadamAda juga jd menu dinner mlm krg.hihi
Ok fine. Semua menu dalam ni favorite sy. Nasi lemak, satay pon sedap. Cendol dgn abc lagi. Fuhh lengkap hariku
BalasPadamBBL suka makan ABC, tambah lagi bila hari cuaca panas memang terbaik la. satay tu erm. tunggu raya la baru boleh makan hahaha
BalasPadamsedap nya.. gee suka roti canai, cendol, satay dan ais kacang..
BalasPadamdone follow sini #1132
Lapar pulak tengok makanan. Sedapnya lahai. Qis suka cendol dan semuanya.. esok nak order je foodpanda. Sebab senang dan mudah. Berbalointak payah keluar rumah.hahha
BalasPadamKalau ABC dah boleh beli online Ya Ampun nikmatnya boleh makan sambil layan movie dekat rumah... nak-nak movie korea terasa sejuknya cewah... he he he
BalasPadamNasi lemak memang satu kemestian dn mmg no 1 dikalangan makana sedap di Malaysia. Kalau org tak tahu nasi lemak..memang kena sekolahkan ni..hehehe
BalasPadamSetuju sgt. 7 makanan ni mmg kira tradisi la kat Malaysia. Siapa melancong sini mesti kn rasa.nanti kita order kat Food Panda senang.
BalasPadamSemua favourite emi tu, hehe. Kalau kita ke luar negara, makanan2 ni la yg akan kita rindu nanti.
BalasPadamIf I had to choose it'll always be Nasi Lemak. Cannot get it anywhere else except Malaysia.
BalasPadamMalaysia memang banyak sangat dishes yang best best tau. Mana nak dapat di tempat lain. Malaysia saja yang ada pelbagai menu yang menarik dan unik. Tu yang buat bertmabah sayang dengan Malaysia
BalasPadamSemua tu favorite sis.. Biasa memang order kat food panda pun. Senang dan laju je sampai
BalasPadamABC ais kacang, mouse mommy suka bubuh sirap banyak sikit, sedapppp! Ada foodpanda senang kan, sekarang mmg jadi trend kita order makanan kat rumah, dan makanan terus hantar sampai kat rumah / tempat kerja.
BalasPadamWow sedap2 Makanan Kat Malaysia Ni. Macam mana Lah mama x gumuk mcm Ni hihi
BalasPadamSetuju sngt! Semua nmpk sedap sangat! Untung tau duduk malaysia ni. Lagi best bila makanan boleh hntr rumah
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.