Persediaan Ke Sekolah 2020 - Kasut Sekolah Pallas Pilihan Anak Anak

Persediaan Ke Sekolah 2020 - Kasut Sekolah Pallas Pilihan Anak Anak | Bila berbicara mengenai kasut sekolah untuk anak anak, semestinya kasut sekolah Pallas pilihan KakYa. Antara sebab utama KakYa lebih suka memilih kasut sekolah Pallas untuk anak anak kerana kasut sekolah Pallas cukup berkualiti, tahan lasak dan memberi keselesaan untuk anak anak KakYa. Kasut sekolah Pallas boleh dikatakan kasut legend kerana zaman KakYa sekolah dulu memang dah femesss kasut sekolah jenama ini dan KakYa sendiri menggunakan kasut sekolah Pallas waktu di alam persekolahan dulu. Legend Boh! bak kata orang Teganu. 

Kasut Sekolah Pallas

Persekolahan sesi baru 2020 akan bermula tak sampai sebulan saja lagi. KakYa pasti sebagai ibubapa kita perlu menyediakan keperluan sekolah anak anak sedikit demi sedikit agar tiada yang tercicir atau terlepas pandang menjelangnya hari persekolahan. Paling menjadi keutamaan pastinya kasut sekolah, ini kerana jika pembelian dilakukan dihujung cuti sekolah banyak saiz dan jenis kasut yang diingini kehabisan stok.

Kasut Sekolah Pallas

Jadi sebaik baiknya KakYa cadangkan lakukan pembelian sedikit awal agar tidak menghadapi masalah dalam pemilihan jenis, corak dan saiz kasut untuk anak anak kita.

Beli Online Jer Kasut Sekolah Pallas!

Sebelum KakYa cerita lebih detail, KakYa nak bagitahu kat korang yang KakYa beli kasut sekolah Pallas ni melalui online jer tau. Kenapa beli online? Beli online ni takde la kita susah payah nak fikir bawak kereta, isi minyak, parking kereta, saiz kasut tak ada, jenis berkenan dihati tak ada, penat letih semua tu tak payah fikir. 

Kasut Sekolah Pallas

Just klik jer laman web Pallas Malaysia, terus pilih kasut mana yang berkenan dan bayar secara online. Mudah dan selamat. Pilihan pon banyak berbanding kat kedai. Tapi sebelum korang membeli kasut, jangan lupa ukur dulu  saiz kaki anak korang agar tak silap memilih saiz kasut yang sepadan. Cara nak ukur saiz kasut, korang boleh ikut measurement seperti gambar kat bawah ni. 

Cara Ukur Saiz Kasut
Cara mendapatkan ukuran saiz kasut yang sebenar. Boleh KLIK SINI 

Cara Beli Kasut Sekolah Pallas Melalui Online 

Korang tak perlu risau kalau nak beli kasut  sekolah Pallas secara online sebab pilihan jenis dan saiz kebanyakannya memang ada. Tinggal pilih sahaja mana satu korang  nak.  KakYa citer sikit la kat korang bagaimana cara korang nak beli kasut sekolah Pallas secara online. 

Kasut Sekolah Pallas


Mula mula sekali kena la masuk kat laman web Pallas Malaysia. Klik kat Menu - Kids - School Shoes. Pilih kasut mana berkenan. Dah ada kasut pilihan terus klik shop online masukkan saiz kasut, kuantiti dan masukkan ke bakul belian. 

Kasut Sekolah Pallas

Masa nak buat pembayaran masukkan sekali negara dan negeri serta poskod untuk kos penghantaran. Boleh pilih nak Register Account atau Guest Checkout. Dah isi semua detail boleh teruskan dengan pembayaran. Korang boleh guna Kredit atau Debit kad, Perbankan Online, eWallet ataupun Paypal. Ok dah bayar semua kira settle la tu. Pastu tunggu penghantaran terus kat depan pintu rumah korang. Mudah jer kan. 

Kasut Sekolah Pallas

Kasut Sekolah Pallas Pilihan Anak Anak 

Kasut sekolah Pallas pilihan anak anak bagi sesi persekolahan 2020. Untuk kasut Insyirah pilihan kakak adalah Pallas Jazz 7328BK, pilihan Iman Pallas X Series PX37-104ABK dan Akif memilih Pallas X Series PX37-013BK. Pilihan berlainan ikut citarasa diaorang. Masing masing dah besar dan bijak memilih mana satu yang daorang suka. KakYa nak citer la sikit sebanyak mengenai ketiga tiga pilihan kasut sekolah Pallas anak anak KakYa ni. 

Kasut Sekolah Pallas


Pallas Jazz Lo Cut Shoe Lace 7328BK Untuk Insyirah

Insyirah lebih suka kasut bertali sejak sekolah rendah lagi. Jadi untuk kali ni masih lagi setia dengan kasut bertali. Pilihan Insyirah Pallas Jazz Lo Cut Shoe Lace 7328BK. Kasut ni nampak simple dan cantik untuk anak perempuan. Sesuai sangat dengan Insyirah. Nampak selesa bila memakainya. Tapak kasut dengan cengkaman lebih baik lebih selamat dan tidak tergelincir. Pelapik getah yang tersedia memberi lantunan lebih baik dan keselesaan berganda untuk kaki. Dengan adanya 'arch support' kasut ini dapat memberi kelegaan pada otot kaki dan menjadikan kaki lebih selesa.

Kasut Sekolah Pallas

Pallas X Series PX37-104ABK Untuk Iman

Ni first time Iman pakai kasut sekolah bertali. Dah nak masuk tingkatan satu ni, dia lebih suka kasut bertali berbanding kasut zap on. Ya la kan takkan nak pakai kasut jenis zap on lagi dah nak masuk tingkatan satu ni. Tak macho katanya. Kasut pilihan Iman Pallas X Series PX37-104ABK. Kasut yang sangat selesa dengan cengkaman tapak yang lebih kuat. Iman cakap dia cukup selesa memakai kasut sekolah Pallas design macam kat bawah ni. 

Kasut Sekolah Pallas

Pallas X Series PX37-013BK Untuk Akif

Kasut pilihan Akif Pallas X Series PX37-013BK jenis zap on. Untuk kasut sekolah dia memang suka pakai yang jenis zap on. Memudahkan katanya. Akif ni selalu pergi perpustakaan, setiap kali pergi peepustakaan kenala buka kasut.  Kalau pakai kasut jenis zap on camni memudahkan dia untuk memakai kembali kasut dengan mudah dan cepat. Kasut ni jenis ringan jadi ianya tak memberi beban untuk kaki Akif tambah tambah lagi setiap hari kena menapak sehingga ke tingkat 3 untuk masuk kelas. 

Kasut Sekolah Pallas

Bila kasut ringan, kaki akan menjadi lebih selesa saat melangkah ditambah pula dengan sistem pengudaraan yang baik menjadikan kaki tak mudah berpeluh dan yang paling utama kasut ini cepat kering dengan permukaan mesh di atas kasut! 

Kenapa Perlu Memilih Kasut Sekolah Pallas 

Bagi KakYa ketiga tiga kasut sekolah Pallas yang dipilih oleh Insyirah, Iman dan juga Akif mempunyai kebaikan dan kelebihan masing masing. Antara kelebihannya yang paling utama ianya selesa dan berkualiti tinggi. Pemakaian kasut setiap hari dengan pelbagai aktiviti harian di sekolah, anak anak memerlukan kasut yang sesuai untuk keselesaan kaki mereka.

Kasut Sekolah Pallas
Masing masing dengan kasut sekolah Pallas pilihan hati. 

Kasut Sekolah Pallas
Anak anak suka sangat kasut sekolah Pallas, mak ayah pon happy dapat bagi keselesaan untuk kaki anak anak.

Kasut Sekolah Pallas
Seronok dapat guna kasut sekolah Pallas untuk sesi persekolahan 2020 nanti.

Kasut Sekolah Pallas
Kasut Pallas kasut sekolah legend pilihan terbaik ibubapa untuk anak anak.

Kasut Sekolah Pallas
Insyirah cakap selain pakai pergi sekolah pakai jalan jalan pon best kasut Pallas ni. Sangat selesa dan kakak suka.

Kasut Sekolah Pallas

Kasut Sekolah Pallas

Anak anak KakYa pernah pakai kasut sekolah Pallas  sebelum ni sepasang jer sepanjang tempoh setahun persekolahan sebab tu KakYa boleh cakap kat korang yang kasut sekolah Pallas ni memang tahan lasak dan berkualiti tinggi dengan harga mampu bayar.

Kasut Sekolah Pallas

Kasut Sekolah Pallas

KakYa sangat sangat sarankan untuk korang jangan lupa belikan kasut sekolah Pallas untuk anak korang kerana kasut sekolah Pallas berkualiti tinggi, tahan lasak, pelbagai pilihan rekaan dan harga berpatutan pastinya menjadi idaman dan pilihan hati.

Kasut Sekolah Pallas

Kasut Sekolah Pallas

Mana Nak Beli Kasut Sekolah Pallas

Dah baca panjang panjang ni, mesti korang berkenan dengan kasut sekolah Pallas ni kan?  Kalau dah berkenan wajib la beli paling kurang sepasang untuk anak korang. Korang tahu ke  tak ni mana nak beli kasut sekolah Pallas secara online?   Korang boleh beli seara online kat website Pallas Malaysia www.pallas.com.my atau terus klik  www.wow2wee.com 

Sekarang ni kan zaman orang beli belah atas talian, semua nak cepat jadi elok sangat korang terjah jer website kat atas ni. Pilih dan beli mana yang anak korang suka. Mudah, jimat masa dan tenaga dan paling best tak perlu keluar rumah hanya untuk dapatkan sepasang kasut. Beli online jer! Kan senang tak perlu nak sakit kepala. 

Catat Ulasan

55 Ulasan

  1. aGREE Kasut Pallas amat selesa. anak2 un pun guna dari mereka darjah 1 sampai la sekarang

    BalasPadam
  2. senang sekarang ni pakai kasut hitam je.. tak nampak kotor dan nampak kemas kan.. TB pun suka kasut pallas tu jugak.,. design dia cantik.. kemas dan berkualiti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha aaa TB kasut hitam lagi mudah tak nampak kotor

      Padam
  3. Next week baru ada masa nak sediakan peralatan sekolah anak.. kasut, masih plan nak pakai yang tahun ini punya.. But, mungkin juga beli yang baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena cepat2 pergi beli Bro takut yang berkenan takde saiz pulak nanti..

      Padam
  4. Kalau I kena pegi sekolah balik pun I mesti pilih Pallas lagi. Dulu masa sekolah memang pakai pallas ni. Tahan lasak lepas tu reasonable price.

    BalasPadam
  5. Belum ada pengalaman beli kasut anak. Anak baru nak masuk 2 tahun. Tapi betul juga apa yg kakya cakap. Beli online banyak kelebihan. Tak buang masa. Tinggal pilih kasut & saiz yg betul. Klik2, bayar, esok2 sampai depan rumah. Comel anak2 kakya bergaya dgn kasut skolah baru. Suka tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak beli onlone lagi mudah takyah sibuk nak kena parking la pilih kedai la . Tq singgah

      Padam
  6. dulu, masa zaman kita sekolah memang ini lah jenama kasut yang menjadi buruan kita. takkan pilih yang lain. selain selesa, ianya satu jenama yang meniti di bibir pelajar that time.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn .. btul tu yunie. Pallas mmg pilihan dari dulu.

      Padam
  7. Setuju sangat sangat. Kasut pallas memang selesa dan ringan menjadi pilihan untuk anak anak pakai. Dulu masa sekolah pun saya pakai kasut sekolah jenama pallas. Memang ringan dan selesa sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selesa satu kepuasan bila beli kasut sekolah pallas...

      Padam
  8. Kasut pallas mmg fav saya dan anak2. Selain dariada kualiti harga dia sgt berpatutan

    BalasPadam
  9. Legend jenama pallas ni. Anak Marina pon ada beli jenama pallas ni jugak

    BalasPadam
  10. Kasut sekolah mmg menjdi pilihan saya sewaktu sekolah dulu sbb kualiti dia dan tahan lasak

    BalasPadam
  11. Pallas memang pilihan yang terbaik. Dari Sal sekolah dulu pun dah pakai pallas. Sekarang menurun ke anak pulak. Anak pulak jenis lasak suka seret kasut. Dah cuba brand lain tapi sekejapan je koyak.

    BalasPadam
  12. Sememangnya nk buka cuti je. Ank2 mmg akan cari kasut jenama pallas ni. Nampak selesa n kemas utk diorang

    BalasPadam
  13. Sis kasut sekolah anak this year tak beli dah, last year punya ok lagi..so biaq dia pakai yg lama punya je le. Tapi Pallas ni pun sis suka..kasut zaman sis sekolah2 dulu ni...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak hanny kan... pallas mmg kasut kesukaan kita jugak.beat pakai sebab tahan lasak dan berkualiti.

      Padam
  14. Kasut Pallas semakin mendapat nama dan tempat di hati rakyat Malaysia sekarang. Agak-agak anak saudara Rawlins akan minta belikan Pallas gak tak? Ada 4 orang tu.

    BalasPadam
  15. Pallas mmg tahan lasak kasutnya. Kami pun belikan kasut sekolah utk Afiq brand ni juga.maklumlah,anak laki,mmg kena ambil kira ketahanan dan dan keselesaan kasut utk dia..

    BalasPadam
  16. Dulu suka gak guna pallas ni. Best sekarang kasut hitam. Zaman Gee putih lagi.

    BalasPadam
  17. Senangnya sekarang, kasut sekolah pun boleh beli online jer. Tak yah last min pergi shopping centre beli dah ye.

    BalasPadam
  18. Settle cepat senang hati. Kadang2 last minute ni ramai orang nak shopping barangan back to school.

    BalasPadam
  19. Memang legend kalau jenama Pallas ni. Zaman kita sekolah dulu kira mahal dah kasut ni. Kalau dah biasa, saiz dah ngan memang sangat mudah beli secara online sahaja. Jimat masa duit seua kan. Terbaiklah! Selamat ke sekolah ye adik2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Bella .. Ya betul tu kasut pallas ni kasut legend tahan lasak dna berkualiti ..

      Padam
  20. Jenama yang xlapuk dek zaman..dri dlu lagi mmg nad suka pakai kasut jenama pallas nie..selesa sangat dan bila pakai rasa mcm aura tue len mcm..

    BalasPadam
  21. pallas ni tak boleh dinafikan kebagusan nyer.
    dari zaman aida skola dah wujud kan :)
    but anak2 aida thn ni tidak berpallas.
    diorang berasadi plak. kebetulan ari tu jumpa kat mall, ada size. terus la sambar 2 psg sorang :)

    BalasPadam
  22. Kasut pallas mmg best. Suka dengan kualiti kasutnya yg tahan lasak

    BalasPadam
  23. Kemain bergaya lagi anak2 akak pakai kasut pallas. Kasut ni memang dah lama kan? Biasanya kasut dah lama establish macam pallas ni mesti quality pun ok.

    BalasPadam
  24. rasanya masa saya sekolah dulu pun selalu jugak pakai kasut pallas, sebab selesa dan harga pun berpatutan :)

    BalasPadam
  25. teringat zaman sekolah dulu, setiap tahun beli kasut palas warna putis sebab selesa dan harga pun berpatutan

    BalasPadam
  26. kasut pallas mmg jenama yang baik...bonda masa sekolah dulupun pakai kasut ni...tp dulu murahje...skrg harga melambung...kena jg sediakan utk anak2 kecil sekolah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe ha aaa harga mmg mahal skit taoi kualiti terbaekk bonda

      Padam
  27. Pallas ni dari zaman kita sekolah dah fames kan... Antara one of d top brand la jugak. Kasut sek anak pun beli pallas jugak senang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann .. brand yg percayai ramai utk kasut sekolah

      Padam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.