Keputusan PT3 Insyirah

December 19, 2019

Keputusan PT3 Insyirah | Alhamdulillah lega bila dah dapat tahu keputusan PT3 Insyirah pagi tadi.  Sejak semalam hati ni berdebar debar duk fikir keputusan peperiksaan dia yang keluar harini. Semalam duk borak ngan kakak Insyirah. "Umi abah kalau akak dapat berapa pon PT3, esok Umi abah terima seadanya ok. Umi abah kena redha ok. Jangan marah akak ok, jangan sedih sedih ok, jangan rasa hati dengan akak ok. Akak dah buat yang terbaik dan akak harap Umi abah dapat terima seadanya result PT3 akak". Ya akak, Umi abah akan terima dengan redha. 


Alhamdulillah dah balik dari sekolah, tiba kat rumah jam 12.30 tengahari tadi.  Kakak Insyirah dapat 3A 2B 2C 2D . Tahniah kakak. Ya kakak, Umi abah terima seadanya keputusan yang akak dapat. Aturan Allah adalah yang terbaik. Kita merancang Allah yang menentukan. DIA sebaik baik perancang. 


Umi abah takde nak marah akak, takde nak susah hati, takde nak rasa kecewa tapi Umi ada rasa sedih sikit sebab apa yang akak target tersasar. Akak pon nampak sedikit kecewa tadi, tapi takpe sayang ini baru permulaan. Akak usaha lagi untuk SPM nanti. Umi abah akan sentiasa ada di belakang akak dan  akan sentiasa berlapang dada menerima segala ketentuan dariNya. InsyaAllah aamin aamin.


Tahniah untuk Insyirah dan kawan kawan PT3.  Semoga terus maju dan berjaya di masa masa akan datang.

Artikel Menarik yang Lain

49 Sahabat Setia

  1. Alhamdulillah...dh kuat dh tu kakak insyirah.yg penting lukus semua matapelajaran dan kakak dh buat yg terbaik..never give up...ini bukan pengakhiran tp lebih kepada permulaan...focus on SPM next....

    ReplyDelete
  2. Ok la tu. Yang penting SPM nanti. Tahniah...moga berjaya di peringkat seterusnya.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. lega dah dapat keputusan PT3 yea.. kalau tak.. tak tidur malam berdebar-debar menunggu hari .. huhu.. Moga terus usaha maju jaya di masa hadapan yea buat insyirah..

    ReplyDelete
  4. hahaha bagus dia beli jiwa yer.. ckp jgn marah , soh redha.. hahah lucu plak.
    tapi takpa... PT3 ini permulaan, cuba usaha lebih kuat untuk SPM tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kak azni .. hehehe . Tq kak sudi bagi kata2 semangat

      Delete
  5. Celebrate kat mana ni....? Kena open table lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha uncle tlg bukak table depan umah bolehnak singgah ni hehehe..

      Delete
  6. its ok.. dalam sijil kene campur2 gak huruf gred tu. . kalau A je semua nanti tak lawa gak sijil.. nanti spm buat kaww kaww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ya ya tahu .. Tq abuya sudi singgah bagi kata semangat

      Delete
  7. its okay ..tahniah..spm paling utama

    ReplyDelete
  8. Tahniah, tak kisah result bagaimana, yang penting dah usaha. Semoga SPM nanti dapat berikan hasil yg terbaik dan juga dapat gembirakan ibubapa :)

    ReplyDelete
  9. Insya allah keputusan exam bukan segalanya. Mungkin rezeki di spm pula kan. Tahniah untuk ibu dan anaknya utk result pt3

    ReplyDelete
  10. Teringat masa PMR cuma dpt 3A,4B,2C. Takpe nanti SPM cuba lagi yang trbaik. Kadangkala usaha kita memang akan beri hasil. Btw, semua bergantung kepada rezeki Allah juga. Apapaun tahniah dan selamat maju jaya ya.

    ReplyDelete
  11. Tahniah.. tak pe spm masih boleh usaha betul-betul.. klau anak2 tak dapat result baik pun kena support anak-anak

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. SPM nanti yang penting dan penentu segalanya. Masih ada masa nak syudy lag sebelum tinggalkan alam persekolahan =))

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..ini baru permulaan kan..semoga terus sukses di masa mendatang

    ReplyDelete
  14. Takpe Insyirah.. walau berapa pun dapat yang penting dah usaha kan. Lagipun jauh lagi perjalanan tu. Kang kalau kecewa peringkt PT3 ni mcm mana plak nak menghadapi peperiksaan yg lebih besar nanti kan. Yang penting Insyirah bertuah dapat ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan. Apapun teruskan usaha ye..

    ReplyDelete
  15. Saya stress lah bila cakap pasal ujian ni semua rasa cam kemurungan hahahha siap sampai sekarang mimpi ulang alik ambil add math paper. Apapun tahniah ... real life is waiting ahead ehhh hahaha

    ReplyDelete
  16. Tahniah. Insyaallah apapun keputusannya kita raikan dengan gembira. Moga terus suksws pd masa akan datang

    ReplyDelete
  17. Bagus parents yang memahami sebegini. Ada parents yang marah anak seakan tiada masa depan dah jika gagal.

    Moga anaknya akan semakin berjaya insyaAllah dengan doa dan kasih sayang parents

    ReplyDelete
  18. Tahniah Insyirah. Semoga lebih success pas nie. Thank you for sharing lovely story too. Leh buat buku citer kanak2 kisah nie. Hehehe.

    ReplyDelete
  19. Kipidap adik. Teruskan berusaha. Adik akan dapat rentak tu ,mungkin belom sekarang. Tp kena teruskan. Cari circle kawan yang betul pon pentingg

    ReplyDelete
  20. Tahniah kakak Insyirah. PT3 baru permulaan kan. Yang paling penting SPM nnti. Moga terus berjaya di masa hadapan :)

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah..tahniah buat anak2 kita yg dah lepas pt3 tahun ni. Mereka dah buat sebaik mungkin. Bangga dgn pencapaian yg dibuat..masih jauh lagi perjalanan mereka

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah, anak dapat apa2 result pun janji support dan tak bg tekanan pada dia. Tahniah di atas keputusan PT3 tu

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah, kakak perlu bangga dengan keputusan tu, nanti teruskan usaha dalam menempuh SPM pula,

    ReplyDelete
  24. Tahniah! Takpe ini baru permulaan ... yang penting target utk SPM... terus beri semangat pd anak!

    ReplyDelete
  25. tahniah kakak Insyirah! InsyaAllah, ada peluang lagi tu. lagipun baru PT3. SPM nanti buat lebih lagi, tapi apa-apa pun, All the best kakak!

    ReplyDelete
  26. Congrats and may you success in your study. Keep it up.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.