Gerhana Matahari Anulus Berlaku 26 Disember 2019

Gerhana Matahari Anulus Berlaku 26 Disember 2019 | Gerhana matahari anulus atau cincin akan berlaku pada hari ini 26 Disember 2019. Rakyat Malaysia seluruh negara berpeluang menyaksikan fenomena ini pada waktu yang ditetapkan.

Gerhana matahari berlaku apabila Bulan melalui antara Bumi dan Matahari, dengan itu sepenuhnya atau sebahagiannya mengaburkan imej Matahari untuk penonton di Bumi. Gerhana matahari anulus berlaku apabila diameter jelas Bulan adalah lebih kecil daripada Matahari, menyekat kebanyakan cahaya matahari dan menyebabkan Matahari kelihatan seperti anulus (cincin). 

Gerhana anulus muncul sebagai gerhana separa atas suatu kawasan yang mempunyai beribu-ribu Bumi kilometer lebar.Gerhana anulus akan dapat dilihat dalam Arab Saudi, Qatar, United Arab Emirates, Oman, selatan India, Sri Lanka, Sumatera, Malaysia, Singapura, bahagian Borneo dan Guam.

Pensyarah ilmu falak dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Madya Dr Baharrudin Zainal berkata, gerhana anulus itu berlaku serentak, dengan bulan menyentuh pinggir barat matahari kemudian menutupi dan meninggalkan matahari.

"Bahagian utara bayang antumbra ini menjangkau sehingga ke Tanjung Piai, Serkat dan berakhir di sempadan kawasanTeluk Kerang di Pontian ke Pengerang, Johor. Selepas itu, bayang antumbra merentasi laut China Selatan dan mencecah di Borneo, sebelum menyeberang lautan Celebes dan lautan Pasifik dan berakhir ketika waktu maghrib di barat kepulauan Guam.

"Bayang-bayang antumbra bulan yang melebar, menyebabkan gerhana separa ini boleh kelihatan pada hampir semua kawasan di Asia Tenggara,"


Umat Islam juga dianjurkan untuk menunaikan solat sunat gerhana atau kusuuf bermula jam 11.24 pagi sehingga gerhana berakhir.

Catat Ulasan

0 Ulasan