Bila Orang Komen Kat Blog Walaupun Seketul, Semangat Tu Semekar Mawar Kembang Pagi

December 17, 2019

Bila Orang Komen Kat Blog Walaupun Seketul Semangat Tu Semekar Mawar Kembang Pagi | Pernah tak korang tulis entri dengan semangat berkobar kobar, pagi pagi dah tulis entri siap dengan gambar ber'watermark' bagai tapi bila malam korang jeling balik kat entri tu, takde satu komen pon yang ditinggalkan. Kekadang terasa jugak, duk membebel panjang panjang tapi takde sorang pon yang sudi komen. Huhuhuhu sapa pernah rasa camni. 


Dulu masa mula mula blogging ramai kawan kawan blogger yang rajin blogwalking sama cam kita jugak la blogwalking ke sana sini terjah blog tu blog ni. Meriah giler masa tu. Tapi lama lama bila dah semakin sibuk dengan rutin harian, blogwalking ntah ke mana mana dah jauh ditinggalkan. Bukan tak nak singgah nak sangat snagat singgah tapi kekangan masa tu buat kita tak sempat nak menyinggah. Sedih!!!

Konsep Nak Dapat Seketul Komen 

Sebenarnya konsep nak dapatkan seketul komen ni mudah jer. Ko rajin singgah komen kat blog sipolan bin sipolan nanti sipolan bin sipolan ni akan datang jugak singgah blog korang. Ko pegi blog dia, dia datang la balik blog ko. Haaa tu jer konsep dia. Kalau nak orang komen entri kita, kita pon kena la rajinkan tangan taip komen kat entri dia. Give and take namanya. Kalau itu pon tak boleh nak buat kena bersabar jer la MENUNGGU kot kot ada kawan baik yang singgah komen. 

Tapi kekadang yang boleh buat hati terasa ni bukan sebab apa sangat, sebab bila ko dah komen entri dia terutama entri entri review, tapi dia ni HARAMMM nak singgah balik komen entri ko. Ya la kan dah orang singgah rumah kita sesekali kita singgah la rumah dia balik. Tak salah kan? Dia pon kekadang bukan nak singgah sangat tapi bila dia nampak ko updated blog dan masa tu dia free, jadi dia pon  singgah. Jadi ko sendiri kena la cari sikit masa untuk singgah balik. Tu jer! Mudah sangat sangat jer. Tinggal nak buat ngan tak nak buat jer. Tanya hati!

Ni la masalah KakYa sekarang. Kekadang ada kawan komen kat blog, KakYa lupa nak singgah balik blog dia. Bila bukak blog nampak komen komen dia KakYa suka tapi bila nak komen balik tu ada jer kekangan yang buat diri ni tak sempat nak pegi komen. Huhuhu maaf laa wahai sahabat. InsyaAllah KakYa tengah usaha untuk jadi lebih baik bab bab komen ni. Akan usahakan untuk terjah dan terjah lagi. Moga moga dapatla direalisasikan bermula arini. Aamin aamin. Gang blog mung tunggu aku terjoh! Hehehehe  . 

Tak Komen Bukan Sebab Tak Suka Atau Tak Baca 

Ada jugak sesetengah orang dia tak komen bukan sebab dia tak suka atau dia tak baca. Maybe dia baca tapi tak tinggalkan komen.  Sekadar singgah baca jer. Orang putih panggil silent reader. Tapi tu la kekadang bila tengok balik entri yang takde komen rasa down la jugak.  Tapi takpe kita menulis sebab suka bukan sebab orang komen. Kalau apa yang kita tulis boleh memberi manfaat untuk orang lain alhamdulillah. 

Untuk sahabat alam maya yang selalu singgah komen, KakYa ucapkan ribuan terima kasih. InsyaAllah KakYa akan cuba singgah kat blog korang jugak. 

Artikel Menarik yang Lain

31 Sahabat Setia

  1. yeayy..saya datang komen seketul..itu umpama bagi sy bagi kt k.ya..haha

    ReplyDelete
  2. sebab tu aida pamerkan list tukang komen di sidebar blog.
    menghargai. and singgah balik blog diorang :)
    i love my tukang komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe ritu ada gak letak tapi sekarang dah buang dah widget tu ..

      Delete
  3. kak singgah2 la blog i juga.. i love komen your blog.. :)

    ReplyDelete
  4. Om pun kembang bak mawar semekar bila blogger lain komen walaupun seketul, baru naikkan semangat untuk terus blogging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn .. memang kembang mekar mewangi laaaa bila tgk komen hehhee

      Delete
  5. Keep it up!!! Mmg Ade gak..tp lelama..sy x kisah sgt..sbb sy tahu..sy pun x saluu komenn ..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sama la kita . Kekadang nak sangat singgah komen taoi masa tu terhad.

      Delete
  6. biasanya saya baca tapi tak tinggalkan komen. hari ni saya tinggalkan komen hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rajin gak singgah tinggal komen nanti kita terjah balik

      Delete
  7. tiba-tiba rasa nak komen :) heppi blogging Lya :)

    ReplyDelete
  8. hihi i feel you! dapat komen seketul pun bahagia sangat kan

    ReplyDelete
  9. Asalam ..saya ni suka baca live komen dalam blog.Biasanya saya gembira..ha komen lah blog saya hehehe..dapt pahala..ialah ada khabar dan teguran dan ilmu dalam komen kan best tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cikgu . Lama gak tak singgah blog cikgu. Tadi dah singgah kejap

      Delete
  10. lama ni tak komen di blog terbaik ni..anak tersayang dah besar dah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya cikgu .. dah besar dah taun depan maauk darjah 5 dah cikgu ..

      Delete
  11. Saling komen di blog orang lain boleh naikkan trafik blog masing-masing.

    ReplyDelete
  12. Bila blogwalking rajin juga la komen walaupun seketul dua hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kan .. kalau bw tu ada la jugak komen seketul dua kat blog kawan2 bagi support

      Delete
  13. Ni first comment saya kat blog Lya. Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atas ukhwah berblogging. Sejak mula tumpukan pada konten industri dan bina circle pembaca, jadi kurang berkomen mcm dulu hehe. In shaa Allah, akan singgah komen mcm dulu balik :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.