Akhirnya Aku Guna Fungsi Blue Light Filter Pada Telefon Pintar

December 18, 2019

Akhirnya Aku Guna Fungsi Blue Light Filter Pada Telefon Pintar | Blue Light Filter atau penyaring cahaya biru adalah salah satu ciri yang ada dalam sesebuah telefon pintar. Blue Light Filter bertujuan memberi keselesaan pada mata saat kita menggunakan telefon. Mengapa cahaya biru perlu disaring? 

Mata kita mudah berasa penat apabila sentiasa melihat skrin telefon pintar dalam jangka masa yang lama. Ini kerana sinaran skrin cahaya biru daripada telefon pintar mempunyai kesan yang boleh menjejaskan kesihatan mata dan kesan yang paling teruk  boleh menyebabkan kerosakan kekal pada retina mata manusia. Sebab tu la kena saring sesiap cahaya biru ni agar tak merosakkan mata.

Fuhhh ngeri pula bila dengar bab bab mata ni. Mata ni nak pakai lama, kena la beringat sebelum apa apa yang buruk terjadi. Jadi kita beringat sebelum terkena.

Blue Light Filter, Telefon Pintar, Fungsi Blue Light Filter, Penyaring Cahaya Biru, Samsung Note 5
Yang ni skrin telefon kalau tak guna Blue Light Filter. Warna dia cerah terang.

Blue Light Filter, Telefon Pintar, Fungsi Blue Light Filter, Penyaring Cahaya Biru, Samsung Note 5
Nampak tak dia punya warna kat skrin macam warna kuning kuning gitu. Ni kalau guna Blue Light Filter.

Aktifkan Fungsi Blue Light Filter Pada Telefon Pintar

KakYa memang punya tabiat menggunakan telefon  sebelum tidur dengan keadaan cahaya yang lampu dimatikan. Bila lampu dah dipadamkan, cahaya yang dihasilkan oleh skrin telefon menjadi  silau dan membuat mata  menjadi letih dengan cepat. Biasanya untuk mengatasi masalah ini, KakYa akan mengurangkan kecerahan skrin. Tetapi adakah korang tahu, sebenarnya bukan kerana kecerahan skrin yang menyebabkan mata silau dan letih tapi ianya disebabkan oleh sinar biru pada skrin telefon pintar. Untuk mengurangkan sinar biru ini, kita perlu gunakan Blue Light Filter. 

Blue Light Filter, Telefon Pintar, Fungsi Blue Light Filter, Penyaring Cahaya Biru, Samsung Note 5
Kebanyakan telefon pintar sekarang ni memang ada fungsi Blue Light Filter cumanya nama fungsi tu mungkin berlainan. Untuk Note 5 KakYa ni namanyer Blue Light Filter.

KakYa kekadang jam 1 ke 2 pagi masih lagi menggunakan telefon untuk siapkan kerja. Mata ni takyah cakap la, mudah sangat berasa letih. Kekadang rasa silau yang keterlaluan bila pandang skrin telefon terlalu lama pada waktu malam. Oleh kerana itu KakYa ambik pendekatan untuk menggunakan Blue Light Filter bagi mengatasi masalah keletihan mata yang KakYa alami. Dah lama dah KakYa tahu mengenai Blue Light Filter ni tapi tak ambik tahu sangat la sebab tak guna. Bila dah guna kena la ambik tahu lelebih skit.

Penggunaan Blue Light Filter dapat menjadikan mata KakYa lebih selesa waktu melihat skrin telefon dalam keadaan cahaya rendah. Aktifkan fungsi Blue Light Filter pada telefon dan gunakan dengan sebaiknya.

Blue Light Filter, Telefon Pintar, Fungsi Blue Light Filter, Penyaring Cahaya Biru, Samsung Note 5
Blue Light Filter ON

Alhamdulillah sejak guna Blue Light Filter sekarang ni mata pon dah OK la sikit daripada dulu. Kalau dulu selalu sangat sakit kepala kalau mengadap telefon terlalu lama. Ya la sebab cahaya biru tu kuat sangat menuju terus tembus ke mata.

Nasihat KakYa pada korang yang selalu guna telefon pintar terutama waktu malam, seeloknya aktifkan mode Blue Light Filter agar kesihatan mata korang terjaga. Skrin tak cantik takpe la korang janji mata korang terjaga. Mata nak pakai lama bukan sehari dua jer. Kakak bagi nasihat je. Kalau nak dengar alhamdulillah boleh la buat. Tanak buat pon takpe kakak tak rugi apa apa, tapi baik ler buat dari mata tu dapat masalah. Gunakanlah fungsi Blue Light Filter untuk kesihatan mata korang.

Artikel Menarik yang Lain

38 Sahabat Setia

  1. Bagus tau artikel ni so utk yg tak tau apa fungsi blue light filter automaticaly tau nak guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuppp moga memberi manfaat pada yang belum tahu.

      Delete
  2. setiap malam kak akan guna Twilight. jadi skrin akan tukar ke warna merah. pastu cepat ja jadi ngantuknya. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh boleh gak tu kak hehehe. Tq akk sudi singgah.

      Delete
  3. Pentingkan. Ini bagi mengelakkan mata x silau and x selesa

    ReplyDelete
  4. Oo good info! Tapi saya punya iPhone takde pula pilihan ini. Saya pun kurangkan brightness. Rupanya tak mencukupi. Tq share!

    ReplyDelete
  5. Thank you sebab kongsi pasal ni. Emi tak tahu pun wujudnya pilihan macam ni. Kejap lagi nak godek2 explore phone sendiri pulak.

    ReplyDelete
  6. kalau pakai spec yang ada protection uv ray pun okayy so nak hadap mana-mana gajet pun dah tak perlu risau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp betul tu .. utk pilihan org ug pkai spec. Kalua yang tak pkai spec blh la try guna cara ni .

      Delete
  7. Oh ye? Baru tau pasal ni.. biasanya tengok kat hp cantik ke tak bila lepas tukar-tukar setting tu.. tak tau pulak ada kesan pada kesihatan mata. InsyaAllah nanti saya cuba tgk

    ReplyDelete
  8. Baru tau fungsi dia seban tak oernah guna hihi

    ReplyDelete
  9. Handphone kita dia tak tulis blue light filter,tapi dia tulis eye protaction. Dia tujar warna cam kuning sikit.. First time guna 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya jugak kot namanya lain jer tu ..fungsi sama ..

      Delete
  10. Liez memang akan set brighness tahap min kalu nak tgk hp wktu mlm tau dalam gelap. Memang nampak gelap tapi sekurangnya mata tak sakit dan risau jangka masa panjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu .. mata ni kan nak pakai lama kena la berjaga2

      Delete
  11. Bagus untuk jaga mata kita. Org macam kita kena gunakan fungsi ni..maklum byk dok mengadap phone aje..jadi juling mata dibuatnya

    ReplyDelete
  12. Thank you share pasal fungsi blue light ni. Okeh nak gi tgk setting fon jap

    ReplyDelete
  13. Ada beza rupanya . Nanti Sal nak try jugak sebab koje Sal memang takleh lari dari fone. Kadang tu sampai pening jugak kepala mengadap. Tq KakYa atas perkongsian

    ReplyDelete
  14. Saya pun guna fungsi yang sama, sebab kadang2 sebelum tidur selalu main phone [ tabiat tak baik ] kadang-kadang berjam-jam jugak main phone, tup2 dah siang! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn .. yg kuat main phone memalam elok la guna fungsi ni.

      Delete
  15. Siapa2 pun memang suka tengok telefon malam especially sebelum tido even skarang pun iza guna hp waktu malam. Tak elok kn sbnrnya?

    ReplyDelete
  16. oic. tq for sharing. tak tau pun fungsi ni.
    pasni nak godek.
    aida ni jarang la nak tgk phone dlm gelap.
    sebab mata memang problem. tapi tu la, better guna ekk fungsi ni.
    utk kebaikan.

    ReplyDelete
  17. Baru tau pasl blue ligt filter ni.. Ok nanti cek dekat telefon.. Thank you kak lya.. Selalu nad kurangkan lampu je..

    ReplyDelete
  18. Mmg sebaiknya guna kan.. kesihatan mata kena jaga, tambahan lagi jika kerap guna hp utk pelbagai tujuan skrng ni. Mata pun taklah cepat letih.

    ReplyDelete
  19. laaaa kita pon baru tahu. lepas nie boleh lah cuba. kena rajin godek2 phone n cuba fungsi2 nya.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.