Selalu Ingat Adik Dia

Selalu Ingat Adik Dia | Awal bulan 10 baru baru ni Iman dan kawan kawan tahun 6 menyertai lawatan ke Johor dan Melaka. Biasanya kalau pergi mana mana mesti ada benda yang nak dibeli sebagai tanda kenang kenangan berjalan kat tempat orang. Iman pon gitu juga selalu la dia beli barang untuk dia kalau pergi mana mana. Iman ni dia punya peel pergi la mana mana pon kalau dia ada beli apa apa untuk dia, mesti dia akan beli jugak untuk Akif. Tak pernah lupa kat adik dia nan sorang tu. Apa yang dia ada dia akan belikan juga untuk Akif. Sayang sangat adik dia.

T shirt dari Melaka

Masa kat Melaka dia belikan baju untuk dia dan dan jugak Akif. Jenis yang sama saiz jer la berlainan. Selain baju dia belikan Akif rantai kunci yang ada nama. Bukan setakat Akif untuk kakak pon ada, dia belikan bantal senyum untuk kakak. Kakak senyum la memanjang dapat hadiah dari adik. 

Tu cerita masa pergi Johor dan Melaka. Semalam ada cerita lain lagi. Semalam Iman dan kawan kawan tahun 6 menyertai lawatan sambil belajar ke Kuala Terengganu. Pegi Teganu, Umi cakap beli la apa yang Iman nak beli, makan la apa yang Iman nak makan. Umi bekalkan dia duit belanja untuk dia belanja kat sana sepanjang sehari lawatan. 

Masa dia kat Pasar Kedai Payang, dia ada call cakap nak beli baju. Umi cakap orang Teganu selalu balik Teganu beli baju wak gapa gak. Takyah beli la. Sambil Umi gelak gelak. Last last tau tak apa dia cakap, dia cakap dia dah beli sehelai untuk dia sehelai untuk Akif. Hadoiii baju Teganu ke Umi tanya. Ya laa baju Teganu la moga pegi Teganu bukan baju Johor pula kat Teganu ni. Semalam sampai rumah 10.15 malam terus dia minta Akif cuba t shirt yang dia beli. Iman cakap takde la mahal sangat boleh la beli. 

Tu dia t shirt ang dia belikan untuk dia dan jugak Akif. Cantik la pulak Umi tengok. Bila tanya untuk kakak takde ke. Dia cakap tak jumpa yang lengan panjang. 

Bagus la selalu ingat adik. Setiap benda yang dia beli pasti dia akan belikan satu untuk Akif. Tak pernah lupa. Akif jer selalu sangat lupa belikan sesuatu untuk Iman. Pasni Akif kena ingat untuk belikan sesuatu buat abang Iman kalau pegi mana mana.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Sifat menghargai adik beradik ni bagus. Pandai Iman shopping utk adik beradik dia ya..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.