Petua Mudah Halau Kucing Suka Buang Najis Di Halaman Rumah

November 17, 2019

Petua Mudah Halau Kucing Suka Buang Najis Di Halaman Rumah | Pernah ke korang berdepan masalah kucing suka kencing berak merata rata kat halaman rumah korang. Dah macam macam cara korang buat, tapi tak menjadi .. Pernah letak air merah aka air sirap dalam botol tapi kejap jer lepas tu datang balik berak kencing kat situ. Tak menjadikkk, kat halaman rumah korang jugak dia datang melabur. Dah la bau air kencing berak hancing dan busuk. Menusuk ke hidung  bila buka jer pintu aduhaiiii sakit hidung. 

Petua Halau Kucing Berak Merata
Sekali sekala takpe lagi tapi kalau dah setiap hari duk hadap benda sama hangin jugak satu badan.  Pagi pagi dah kena buang tahi kucing dah kena basuh air kencing kucing. Boleh hilang mood positif pagi tapi dapat mood negatif sebab duk membebel pepagi kerana air kencing dan tahi kucing. Kalau kucing kita ok la lagi sebab kita bela tak reti ajar jangan berak kencing merata rata. Tapi ni kucing jiran, jiran yang duk lepas dia punya kucing tu merata rata boleh pulak datang melabur kat umah kita. Mahu tak hangin satu badan. Hanginnnnn sungguh la boleh bawak gaduh boleh jadi perang jugak lama lama berlarutan kalau tak tahan sabar oiiii.. 

Petua Urus Kucing Suka Buang Najis Di Merata Rata 

KakYa kumpul semua petua urus kucing suka buang najis merata rata yang KakYa jumpa kat carian kat google dan masukkan untuk entri ni. Semoga memberi manfaat untuk KakYa dan korang jugak la yang menghadapi masalah yang sama cam KakYa ni. 

Antara petua petua yang boleh dicuba adalah;

1. Nampak jer kucing berak, bersihkan dengan seberapa segera yang boleh. Kucing ni dia suka pergi kat tempat sama berulang ulang kali untuk berak. Jadi cepat cepat bersihkan dan bilas dengan sedikit cuka dan air. Cuka ni boleh hilangkan bau yang tak berapa nak sedapkan hidung kita tu. Sembur kat kawasan kucing selalu kencing berak. 

3. Gunakan produk dari serai. Kucing tak suka bau serai. Beli jer produk berasaskan serai dan sembur jer kat kawasan kucing selalu kencing berak. 

4. Guna buah limau kasturi. Ambik beberapa biji limau kasturi peah airnya dan masukkan dalam bekas spray. Sembur kat kawasan kucing selalu kencing berak. 

5. Boleh cuba buat spray dwngan menggunakan cuka makan, pelembut pakaian dna juga air. Campur semua sekali, goncang dan terus sembur kawasan yang kucing selalu kencing berak. Lakukan secara konsisten insyaallah berhasil.

6. Cuba guna lada hitam. Masukkan beberapa sudu lada hitam dalam air mendidih dan sejukkan. Masukkan dalam botol spray dan spray jer kat tempat kucing kencing berak. 

7. Boleh guna serbuk pencuci pakaian. Tabur jer serbuk pencuci kat tempat kucing selalu datang lepaskan hajat. InsyaAllah menjadi.

8. Tabur serbuk kari atau serbuk cili pon ada yang buat. Nanti boleh cuba taburkan serbuk kari atau serbuk cili kat tempat kucing selalu singgah kencing berak.

Ok ni jer la yang KakYa dapat kongsi dengan korang. Nanti cubala dulu mana satu berkesan. Semoga petua petua ni dapat bantu korang yang stress dengan masalah kucing berak merata kat halaman rumah korang. 

Artikel Menarik yang Lain

5 Sahabat Setia

  1. Yg letak air merah tu memang x jadi 😂. Byk tempat try tetapi fail. Jenuhh 😂. Tips serai wangi macam boleh try. Tq kakya.

    ReplyDelete
  2. Rasanya, saya tak de masalah macam ni, kucing saya suka berak kat Bilik air, lagi satu apa kita orang makan, dia pun nak rasa sama. biskut, roti dan kacang. Tapi tetap letak dia kat luar masa nak tidur malam.

    ReplyDelete
  3. tips bagus ni,tapi geram jugok sebab kucing org bukan hok kita pelihara hahahha...

    ReplyDelete
  4. Boleh laa nak try, geram tul kucing suka mai lepak dpn umah

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.