15 Tips Untuk Guru Baru

November 06, 2019

15 Tips Untuk Guru Baru | Biasa pagi pagi kalau buka facebook, KakYa akan singgah wall Cikgu Fadli. Memang selalu singgah wall Cikgu Fadli ni. Pagi ni singgah lagi nampak Cikgu Fadli ada share tips untuk guru baru. Macam menarik jer, jadi KakYa rasa nak kongsi tips daripada Cikgu Fadli kat sini. Sebelum tu, kalau korang nak kenal siapa Cikgu Fadli ni, apa ia buat dan sebagainya korang boleh follow facebook beliau, nanti kat hujung entri KakYa sertakan link facebook beliau untuk korang follow. Sekarang ni kita sama sama baca dulu apa tips yang beliau kongsikan untuk guru baru. 

15 Tips Untuk Guru Baru

1) Senyumlah dengan semua orang walau ada yang tak balas senyuman kita. Dengan rakan sekerja, dengan kerani dan dengan ibubapa. Jangan kedekut nak senyum, free je kot.

2) Tegur guru-guru lama walau mereka nampak sombong, kita rendah diri untuk menegur dulu. Biasanya yang nampak sombong itu paling mudah untuk kita minta tolong.

3) Jangan menyendiri atau bersama kawan-kawan baru sepanjang masa. Duduk join guru-guru lama bersembang. Walau kita hanya berdiam dan mendengar, walau tak tahu nak menyampuk, dengar saja. Itu menunjukkan kesungguhan kita untuk bergaul dengan mereka.

4) Jangan menolak apa-apa tugasan. Walau tak tahu, terima dan jangan malu bertanya. Tanya pada yang pengalaman. Ramai guru baru suka menolak tugas. Kau jangan macam tu. Bila nak pandai jika asyik menolak dengan alasan tak tahu. Tak tahu, tanya. 

5) Jangan cepat percaya pada sesiapa. Walau nampak peramah dan baik, layan macam biasa. Jangan diceritakan apa2 rahsia, kenali peribadi mereka. Ambil masa. Kadang kala orang yang terlebih peramah dan suka ambil tahu inilah penyebar rahsia kita.

Yang datang bercerita supaya kau jauhi cikgu itu ini kau kena lebih hati-hati. Jangan dengar bulat-bulat. Kau kenali dulu cikgu itu sendiri dan nilaikan sendiri. Yang datang cerita buruk cikgu itu ini tu yang paling kau kena hati-hati. Dia bercerita buruk pasal orang lain, tak mustahil dia juga akan mengorek keburukan kau dan hebahkan pula. Jadi, hati-hatilah.

6) Jangan 'koya' sangat pegang 'tittle' cikgu ni. Jangan rasa diri besar hingga payah nak senyum pada 'cleaner', jaga, tukang kebun dan kerani.

Jangan nak pandang sebelah mata pada geng 'cleaner' walau kebanyakan mereka dari Indonesia. Budak muntah, kencing dalam kelas, senang kau minta tolong. Kalau kau sombong, silap-silap batang mop pun dia sorok.

7) Hari pertama masuk kelas, jelaskan peraturan kita. Kena tegas bagitahu apa yang mereka boleh buat dan apa yang tidak boleh mereka langgar. Guru baru biasanya terlalu lembut dengan murid, akhirnya murid naik kepala dan tak tahu bagaimana nak dapatkan semula kehormatan dari murid. Murid yang hilang hormat pada guru adalah petaka paling besar dalam bidang pendidikan.

8) Tegur dan cuba berboraklah dengan ibubapa. Bila kau baik dengan ibubapa, salah silap kau sikit-sikit setakat rotan dan denda anak dia tak jadi besar. Dia pejam mata je. Penting hubungan dengan ibubapa sebenarnya. Sangat penting.

9) Jangan membodek! Jangan jadi spy kepada pentadbir. Jangan kejar pangkat atau APC. Ada rezeki kau, dapat la nanti. Semua guru akan pulau kau nanti. Ikhlas dan mengajar dengan baik.

10) Kalau sekolah ada program, kau pergi tolong walau bukan kerja kau. Tolong apa-apa sahaja. Paling tidak, kau duduk melepak tempat orang buat kerja. Jangan duduk kat meja sorang-sorang buat kerja kau. Masa program begini waktu kau nak beramah mesra. Ringankan tulang tu walau kau kat rumah jenis pemalas.

11) Jadikan YDP, NYP dan barisan AJK PIBG sebagai kawan. Kau bermasalah dengan murid/ibubapa, senang mereka nak tolong. Apa-apa program yang libatkan PIBG pun senang nak buat.

12) Tepati masa. Tepati masa sampai ke sekolah, masa mesyuarat dan masa masuk kelas. Kalau guru muda tak tepati masa, tak ada orang nak respect kau.

13) Nak naik, jangan menjatuhkan orang lain. Jangan! Kau tunjuk kau bagus, tiada masalah. Buat la kerja sehabis baik. Namun jangan sesekali pergi burukkan rakan sejawat lain hanya untuk nampak kau lebih bagus dari dia.

14) Dunia pendidikan sebenar tidak semudah teori yang kau belajar. Dunia pendidikan boleh menjadi 'kejam' kepada kau. Tambah-tambah kalau kau baru. Jadi mangsa orang sekeliling, baik rakan sejawat, murid, ibubapa atau netizen di alam maya ini. Hati-hatilah.

Kau takkan faham apa yang aku tulis ini hari ini, sebaik kau terkena baru kau akan faham.

15) Dah dapat gaji JANGAN TAMAK. JANGAN join MLM dan pelaburan yang merapu-rapu.

Ini ramai guru baru terkena. Kau tak payah la nak kaya cepat. Padan dah dengan gaji kau kalau kau pandai urus. Nak sangat buat side income, kau mengajar tuisyen cukuplah. Tak pun jual tudung.

Berbisnes la apa-apa yang ada cash flow. Bukan labur rm50k, nak dapat bulan-bulan rm5k. Last-last 5k setiap bulan tak dapat, 50k pula lesap.

Cukup la dulu 15 tips dari aku. Yang selebihnya kau belajar la sendiri melalui pengalaman. Aku dah bagi panduan tu. Nak ikut ke tak nak, terpulang la.

Aku doakan kau semua jadi guru yang baik dan berjiwa guru. Ikhlaskan niat, InsyaAllah Allah permudahkan.

Selamat datang ke dunia sebenar pendidikan. Sepak terajang dunia sebenar tak diajar di universiti tempatan. Lalui sendiri dalam universiti pengalaman. 

"Guru bukan sekadar mengajar A,B,C, guru sejati mendidik pekerti."

Korang yang belum kenal siapa dia Cikgu Fadli boleh follow #CikguKorea ni. Klik jer link kat bawah. 


Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

  1. dah lama tak baca word koya haha betul sangat semua tips ni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.