Gigi Susu Belum Goyang Gigi Kekal Dah Keluar

June 20, 2019

Gigi Susu Belum Goyang Gigi Kekal Dah Keluar  | 10 June 2019 malam ni Umi ngan abah bawak  Akif ke Klinik Gigi. Klinik biasa yang selalu kami pergi Klinik Pergigian Syarifah di Kemaman Terengganu. Akif cakap ada gigi tumbuh kat gusi atas, bila Umi dengan abah check memang sah ada gigi kat gusi atas dan memang nampak jelas sebab gigi tu terkeluar dari gusi.  Bila tanya gigi bawah tu sakit ke tak Akif cakap tak sakit. Terus la bawak pegi klinik malam tu jugak sebab takut la pulak tetiba jer gigi keluar kat gusi dan mulut cam nampak bengkak sikit sebab gigi tu. 

Alhamdulillah dia ok ok jer masa ni. Umi pulak buat main main telefon tak layan sangat dia tak nak bagi dia ngada ngada kan tetiba jer dia buat hal tanak cabut tak ke haru jadinya. 

Dah sampai kat klinik gigi bila Dr check, Dr cakap Akif kena cabut gigi ni sebab gigi kekal dah keluar walaupon gigi susu kat bawah  tu belum ada tanda tanda goyang. Nak tak nak kena la cabut untuk nak bagi ruang kat gigi kekal tumbuh dengan sempurna. Bila tanya Akif dia cakap ok jer takde masalah. Makanya malam tu jugak la cabut gigi bongsu ntah yang keberapa ntah sebab dah lupa dah berapa batang gigi bongsu dia yang dah cabut. 

Lepas cabut gigi muka jadi cam gini. Bila Umi tanya sakit ke? Dia cakap tak sakit sangat tapi tak selesa nak cakap ngan kapas dalam mulut. Duk cakap nak buang kapas tu. Sabar la nak!

KakYa ada terbaca jugak kat Pa&Ma online mengenai beberapa keadaan yang menyebabkan gigi susu perlu di cabut oleh doktor. Antaranya; 

1. Apabila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu pada bahagian rahang bawah atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu bagi rahang atas sedangkan gigi susu masih belum tanggal lagi.
2. Gigi susunya si manja boleh dicabut apabila ia telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah dirawat beberapa kali oleh doktor gigi.
3. Keadaan gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya.
4. Apabila sudah sampai masanya untuk gigi itu tanggal tetapi tidak tanggal juga pada usia lapan tahun. Hal ini kerana biasanya bila gigi kekal tidak kelihatan kerana berada di bawah gigi susu.
5. Sekiranya ibu dan bapa tidak mampu dan atau tidak berani untuk mencabut sendiri gigi anak yang sudah bergoyang.

Seingat KakYa lama jugak tak bawak Akif pergi klinik gigi swasta sebab kat sekolah memang akan ada sesi check gigi untuk waktu waktu ditetapkan. Jadi kalau ada masalah gigi masa kat sekolah terus akan buat kat sekolah jugak. Ada la sekali tampal gigi kat sekolah masa Akif tahun 3 kalau tak silap. Ada jugak kena pergi sendiri kat klinik kerajaan. Kat klinik kerajaan kalau tampal tak bawak surat sekolah kena bayar RM3. Kalau cabut gigi KakYa lupa nak tanya berapa kena bayar. Kalau kat klinik gigi swasta cabut sebatang gigi sekali ngan ubat tahan sakit total kena bayar RM70. Tu harga untuk cabut sebatang gigi susu Akif. Lupa pulak nak tanya, untuk cabut gigi kanak kanak jer atau orang dewasa pon sama harga. 

Ubat tahan sakit dan jugak kapas untuk tukar. 

Alhamdulillah lega Umi dan abah bila dah settle cabut gigi Akif yang mengganggu gigi kekal nak tumbuh. Dr cakap kalau tak cabut cepat cepat nanti gigi tu akan tumbuh senget sebab tak cukup ruang. Ok Dr, terima kasih atas nasihat sepanjang Akif mendapatkan rawatan di klinik. KakYa bagi 5 bintang! 

Artikel Menarik yang Lain

2 Sahabat Setia

  1. Alhamdulillah.Selesai.Gigi pun tumbuh dengan cantik.

    ReplyDelete
  2. Wahh strong nya akif. Okay je bila kena cabut gigi hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.