Selamat Hari Guru 2019

Selamat Hari Guru 2019 | Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia yang tidak pernah lelah menabur bakti pada anak bangsa demi masa depan yang lebih baik. Selamat menyambut Hari Guru 2019. Semoga sentiasa berbangga dan tabah menjadi seorang guru.

Selamat Hari Guru buat semua insan bergelar pendidik di  Malaysia. Terima kasih yang tak terhingga di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan. Jasa dan pengorbanan seorang insan bergelar guru amat besar nilainya berbanding wang ringgit. Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala penat lelah dan juga jasa guru guru mendidik dan mendisiplinkan kami sehingga berjaya. Terima kasih Cikgu semua. Jasamu sentiasa tersemat kukuh disanubari. Selamat Hari Guru !!!




Tema Sambutan Hari Guru 2019 : Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi

Hari guru yang disambut setiap tahun merupakan pengiktirafan tertinggi kepada jasa guru dan pendidik. 16 Mei setiap tahun pihak Kementerian Pendidikan Malaysia KPM akan menganjurkan sambutan hari guru yang menjurus kepada pelbagai program penghargaan untuk guru. 

Tema untuk sambutan hari guru 2019 "Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi".

Logo Hari Guru 2019



Logo ini memberi maksud;

Buku melambangkan rakyat Malaysia menyahut seruan YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia memperkukuh dan meningkatkan budaya membaca serta menzahirkan hasrat untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara yang berbudaya membaca.

Icon orang melambangkan Guru dan Murid berpisah tiada. Guru mendidik murid sehingga berjaya. Murid berjaya akan tetap menghargai gurunya sepanjang hajat.

Pemilihan warna emas (Gold) memperlihatkan martabat (perumpamaan) seorang guru yang dikasihi. (dalam konteks warna). Dalam konteks nilai seorang guru – jasa guru tidak ternilai.

Tema Hari Guru  (1972 - 2019)

2019 - Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
2018 - Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
2017 - Guru Pembina Negara Bangsa
2016 - Guru Pembina Negara Bangsa
2015 - Guru : Menjana Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2014 - Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013 - Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda
2012 - Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara 
2011 - Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 - Guru Pembina Negara Bangsa
2009 -   Guru Pembina Negara Bangsa
2008 -   Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 - Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 - Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 -  Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 - Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 -  Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 - Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2000 - Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 - Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 - Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 - Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 - Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 - Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 -  Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 - Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 - Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 - Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 - Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 - Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 - Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 - Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 - Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 - Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 - Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 - Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 - Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 - Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 -   Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 - Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 - Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 - Guru dan Pembangunan Negara
1974 - Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 - Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Catat Ulasan

3 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.