Resepi Air Soda Herba

May 15, 2019

Resepi Air Soda Herba | Air Soda Herba! Seingat KakYa dari tahun lepas lagi duk tengok orang duk share mengenai Air Soda Herba ni. Tahun lepas terasa la jugak nak buat tapi hingga ke sudah tak buat buat lagi. Kekonon nak buat masa hari raya time balik kampung ramai ramai tapi tu semua angan angan jer. Air Soda Herba ni sebenarnya air untuk detox tapi kalau nak minum untuk hilangkan dahaga dan menjamu selera korang ubah la sikit.

Tadi KakYa nampak gambar Air Soda Herba ni duk menari nari kat timeline. Teringat pulak tahun lepas nak buat tak jadi. Tahun ni harp harap menjadi la buat kat kampung raya nanti. Alang alang balik ramai ramai boleh la buat sebalang terus. 

Dah ada orang share resepi dia, boleh la kita tumpang sekaki. Dengar citer Air Soda Herba ni best sangat rasa dia, tambah tambah kalau minum masa cuaca panas. Ada rasa masam, manis segar jer rasa. Ni kalau buat untuk open house raya nanti conpem berebut ni. 

Air Soda Herba

Resepi Air Soda Herba

Jom kita try buat Air Soda Herba. Kita tengok dulu bahan bahan yang diperlukan. Antaranya; 

Bahan wajib dan perlu ada
- Air soda
- Serai (diketuk)
- Lemon (dihiris nipis)
- Daun pudina

Bahan penyedap rasa
- Kismis
- Kurma
- Asam boi
- Biji selasih (rendam sampai kembang)
- Kiwi kering
- Laici dalam tin

Bahan penyeri
- Epal hijau (dihiris nipis)
- Epal merah (dihiris nipis)
- Nata de coco
- Jelly buah

Bahan penyegar
- Kulit kayu manis
- Halia

Semua bahan wajib korang perlu letak. Untuk bahan bahan lain boleh jer korang pilih ikut selera tekak korang. Tapi kalau korang nak sedap lagi letak semua bahan bahan yang ada. Opkos bertambah tambah sedapnya. 

Cara Cara Sediakan Air Soda Herba

Potong semua bahan bahan, ketuk dan hiris pastu masukkan semua sekali dalam bekas. Ikut suka korang nak letak banyak mana. Bergantung pada selera masing masing. Masukkan ais dan air soda tanpa tambah air. Biar je ais mencair dalam 5 ke 20 minit. Step ni paling penting sebab nak keluarkan semua perasa dari buah secara natural. Dah siap 5 ke 20 minit boleh tambah ais dan jugak air soda. Boleh tambah madu atau gula bagi memberi rasa manis. 

Ha aa mudah jer kan? Campak campak jer semua bahan dalam bekas terus kacau hingga sebati. Dah boleh minum. Nanti kita buat sama sama okey!


Kedit Gambar:  Syahirah Mohamad

Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.