Peraduan Yeo's Raya Bergaya

May 02, 2019

Peraduan Yeo's Raya Bergaya | Salam korang dan selamat petang korang. Dah lunch ke belum tu. KakYa belum lunch lagi. Pagi tadi dah makan roti coklat, perut pon kenyang lagi. Anak anak pon dah selesai siapkan kerja sekolah jadi Umi nak ngadap blog la kejap. Petang ni KakYa nak kongsi dengan korang satu peraduan yang dianjurkan oleh Yeo Hiap Seng Trading Sdn. Bhd iaitu Peraduan Raya Bergaya. KakYa kongsi kat sini sebab peraduan ni mudah sangat untuk korang join dan kos untuk join memang mampu join la orang kata. Korang join la nanti, mana tahu menang kereta.

Peraduan ni terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja. Bagi peserta yang berumur 18 tahun kebawah hendaklah mendapatkan kebenaran daripada penjaga terlebih dahulu kalau korang nk join peraduan ni. Hadiah dia pon best jugak. Anggaran hadiah dalam RM200,000 tau. Untuk hadiah Utama pulak, kalau  korang murah rezeki .. korang boleh dapat sebijik kereta Proton X70. Yahooo kakak monang kereta! Hahaha done berangan dulu. Mana tau kakak memang kereta raya taun ni. Happy benor laa kakak. Aamin aamin. 

Peraduan Yeo's , Peraduan Hadiah Kereta, Peraduan 2019, Yeo's Malaysia Buat Peraduan, Jom Join Peraduan

Ok sambung balik. Peraduan Yeo's Raya Bergaya  telahpun berlangsung sejak  15 April 2019 yang lalu dan akan ditutup pada 9 Jun 2019. Lama lagi tu peraduan ni berlangsung. Korang boleh la join nanti.

Cara Menyertai Peraduan Yeo's Raya Bergaya  

Untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini, korang yang layak menyertai hendaklah mengikuti semua syarat tertera kat bawah;

Langkah 1:
Beli mana-mana makanan (makanan dalam tin, sos, mi) dan/atau minuman Yeo’s, dan/atau Cintan (Produk Yeo’s) dan/atau Justea ( Product Yeo’s) dan/atau Tong Nam (Produk Yeo’s) bernilai RM 8.00 di dalam satu Resit Rasmi. Wajib minima satu minuman Yeo’s dalam botol. (1 resit = 1 penyertaan peraduan)

Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama Produk Yeo’s bersama nilai pembelian yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan.

Langkah 2:
Buka aplikasi WhatsApp korang, muat naik gambar Resit Rasmi pembelian dan taip (Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan dan juga Nombor Resit Rasmi).

Lampiran foto yang korang hantar hendaklah memenuhi kriteria berikut;

a) Gambar hendaklah menunjukkan dengan jelas nama kedai, tarikh, nombor Resit Rasmi, kuantiti dan nilai pembelian Produk Yeo’s. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima.
b) Gambar-gambar hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.

Langkah 3:
Hantar penyertaan korang melalui aplikasi WhatsApp ke nombor  012-2124873.

Kalau korang layak korang akan menerima satu notifikasi rasmi melalui aplikasi WhatsApp dari Penganjur dalam 1 hingga 3 hari bekerja bagi setiap penyertaan yang telah diterima.

Langkah 4:
Simpan foto Resit Rasmi kedai untuk tujuan pengesahan. Jangan pulak korang buang resit tu nanti.

Pemilihan Pemenang Peraduan Yeo's Raya Bergaya

Semua pemenang untuk Hadiah Mingguan dan Hadiah Utama akan dipilih melalui sistem rawak komputer dan disahkan oleh Penganjur. Para pemenang yang terpilih akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak dapat dihubungi atau gagal menjawab soalan dengan betul, Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya. Penganjur mempunyai budi bicara sepenuhnya dalam menentukan hadiah bagi setiap pemenang.

Hadiah Hadiah Peraduan Yeo's Raya Bergaya

Para pemenang akan menerima hadiah berikut;

Hadiah Mingguan
200 x RM 500.00 Wang Tunai

Hadiah Utama:
1 x Proton SUV X70 1.8 TGDI Standard 2WD

Jom Join Peraduan Yeo's Raya Bergaya

Ok dah tahu cara nak join dan dah tahu jugak apa hadiah yang bakal korang terima. Tak perlu tunggu lama lama sekarang jugak korang boleh join. Hantar penyertaan korang sekarang juga. Usaha tangga kejayaan, semoga korang berjaya jadi salah seorang pemenang bertuah. Mana la tahu kot kot boleh menang wang tunai RM500. Lagi best kalau boleh menang Proton SUV X70 1.8 TGDI Standard 2WD. Melaram sakan ka raya nanti.

Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. tengok yeos terbayang air soya cincauuuu omg

    ReplyDelete
  2. menarik ni Lya , kena cuba kan mana tahu ada rezeki :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.