Resepi Ramadhan KakYa : Sira Pisang Nangka

April 09, 2019

Resepi Ramadhan KakYa : Sira Pisang Nangka  | Ramadhan bakal tiba tidak berapa lama lagi. Dah fikir ke atau dah buat list ke apa resepi yang bakal dimasak bulan Ramadhan nanti. Kalau tanya KakYa, setiap kali bulan Ramadhan kesemua resepi berbuka dan bersahur adalah pilihan anak anak dan juga suami. KakYa ikut jer, boleh saja takde halangan yang penting anak anak suka. Ya la kan seharian diaorang berpuasa, tak salah bila berbuka kita sediakan makanan yang anak anak suka. Bagi dioarang happy dapat berbuka dengan lauk pauk kesukaan diaorang. 

Kebiasaannya KakYa suka masak resepi yang mudah mudah jer untuk berbuka sebab anak anak KakYa jenis makan tak memilih sangat semua diaorang makan kalau Umi dia yang masak. Di samping lauk pauk berbuka dan bersahur KakYa biasa sediakan kuih muih dan manisan juga untuk berbuka. Kalau kat rumah KakYa tiap kali bulan Ramadhan mesti KakYa sediakan Sira Pisang Nangka untuk family KakYa. Hari hari lain pon biasa buat jugak tapi bulan Ramadhan memang selalu buat. Suami dan anak anak KakYa sangat suka dengan Sira Pisang Nangka. Pisang Nangka jer la yang diaorang suka kalau sira. Pisang lain KakYa tak pernah buat sebab anak anak tak berapa suka. 

Biasanya kalau bulan ramadhan, orang suka buat masakan yang simple, mudah dan cepat. Sira Pisang Nangka antara yang mudah dan cepat untuk disediakan. Kalau korang nak tahu Sira Pisang Nangka ni merupakan resepi dari negeri pantai timur. KakYa pon tatau dari negeri mana asal usul resepi ni. Yang tahu dari pantai timur jer la. Korang yang tak pernah cuba, nanti boleh cuba. Ikut jer resepi kat bawah. 

Resepi Sira Pisang Nangka

Bahan Bahan Untuk Sira Pisang Nangka 

•  1 sikat pisang atau lebih ikut selera 
•  Gula secukup rasa
•  Secubit garam
•  3 helai daun pandan 
• Sedikit esen vanilla (tak nak letak takpe tapi KakYa letak sebab suka)

Cara Masak Sira Pisang Nangka 

▪Pisang dibelah 2 atau dipotong menyerong.
▪Masak air bersama gula sehingga gula hancur dan mendidih. 
▪Masukkan daun pandan.
▪Masukkan sedikit garam dan esen vanilla. 
▪Akhir sekali masukkan pisang. Masak dengan api perlahan sehingga pisang lembut dan air gula kelihatan pekat berkilat.
▪Bolehlah diangkat dan disejukkan. Nak makan panas pon boleh nak makan sejuk pon boleh.  KakYa dan keluarga suka makan sejuk sejuk. Biasa KakYa akan masukkan dalam peti sejuk dulu, time nak makan baru keluarkan. 

Nota: Gambarnya takde, sebab tak jumpa cari gambar yang menepati citarasa hahahaha. Nanti dah masak resepi ni KakYa buh ler gambarnya. 

Artikel Menarik yang Lain

2 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.