Macam Mana Nak Tegur Orang Tanpa Dia Terasa

April 24, 2019

Macam Mana Nak Tegur Orang Tanpa Dia Terasa | Macam mana kita nak tegur atau nasihat seseorang tanpa kita buat dia terasa hati, tersinggung atau lain lain.

Rumah korang pernah blackout tak? Atau kalau orang Johor cakap "takde karen"? Masa korang lama bergelap tu, tiba tiba lampu hidup. Apa berlaku? Mesti mata korang sakit kan?

Tapi lama-lama korang akan rasa okay. Bahkan korang rasa gembira sebab ada orang hidupkan lampu.

Macam tu juga nasihat dan peringatan. Ia ibarat cahaya atau lampu. Orang yang kita nak tegur tu memang dalam kegelapan pun. Kalau kita bagi dia cahaya tiba tiba, memang dia akan sakit untuk mula mula.

Dia akan terasa hati, tersinggung dan macam macam rasa lagi yang keluar. Walaupun korang dah sampaikan dengan nada paling halus dan merdu bak buluh perindu. Mereka akan tetap terasa hati. Sebab mereka dalam gelap. Tapi lama-lama, percayalah dia akan hargai korang sungguh sungguh. Betul ni!

Lagi satu, letak dalam mindset. Kita nak tegur dan nasihat orang ni, jangan terlalu fikir dia akan kecik hati la, terasa hati la, apa la. Nanti akhirnya korang pun tak nasihat dan tak tegur dia sampai masing masing mati.

Dan ..... korang bayangkan. Baru je korang nak melangkah masuk Syurga, tba-tiba kawan korang yang dulu masa kat dunia korang baru nak tegur tapi tak jadi sebab nak jaga hati mereka, mereka tuntut pada Allah.

Mereka kata, "Ya Allah kat dunia Si Polan ni tak pernah tegur aku untuk solat lima waktu. Dia solat sendiri je. Ya Allah kat dunia Si Polan tak pernah tegur aku untuk tutup aurat, dia pakai tudung labuh dan purdah sendiri-sendiri je. Ya Allah kat dunia Si Polan langsung tak nak ingatkan aku pasal solat, zikir semua tu. .. walaupon dia adik beradik kandung aku ya Allah".

Masa tu korang nak jawab apa pada Allah? Korang nak cakap yang korang nak jaga hati mereka ni depan Allah? Hmm...

So macam mana nak tegur? Salah satunya adalah, korang copy paste jer la ayat ni dan post kat wall facebook korang.

Kredit: FB Tarbiah Sentap

Artikel Menarik yang Lain

5 Sahabat Setia

  1. Betul KakYa kadang dah berhemah dan hikmah pun ada yang masih terasa..apatah lagi kalau terus halilintar kuasa 3...mahu ditombaknya kita..takpe..dah cakap..dah nasihat..terus sambung doakan supaya lembut hatinya untuk terima nasihat atau teguran.

    ReplyDelete
  2. Susah. Sebab kalau memang dia buat salah dia kena terasa lah hihi

    Jemput blogwalking ke blog saya :)

    ReplyDelete
  3. kita nak tegur kdg2 tuh takut terasa hati, takut bergaduh. keadaan jadi serba salah semuanya

    ReplyDelete
  4. Betul lah orang cakap kalau kita ada kawan baik kenapa kita takut nak tegur dia dan dia terasa bukan ka erti kawan baik tu sama sama tegur menegur dan kalau salah tak perlu terasa hati.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.