Dia Nur Aina Insyirah

Dia Nur Aina Insyirah | Nur Aina Insyirah anak sulung KakYa. Sekarang ni dia berada di tingkatan 3. Umur dia sekarang 15 tahun. KakYa biasa panggil dia dengan panggilan kakak, insyirah dan juga aina. Paling banyak guna nama panggilan Insyirah untuk dia. Dia ni seorang yang bertanggungjawap dalam setiap apa sahaja yang dia lakukan. Oleh kerana dia tinggal kat asrama makanya dia akan ada bersama KakYa dan family hanya pada cuti hujung minggu dua minggu sekali atau time outing pada hari Sabtu setiap minggu.


Dia ni kalau dengan adik adik memang garang sikit la. Sebab adik adik dia dua ketul kat rumah ni lelaki takde adik pompuan. Dia sangat sangat suka membebel dan bebelen dia boleh jadi marah marah bila adik adik masuk bilik dan sepahkan bilik dia. Memang dia tak suka kalau bilik dia disepah sepahkan. Adik adik pulak kalau dah masuk bilik dia ada jer benda yang akan diaorang buat untuk naikkan kemarahan kakak dia ni. Tapi tak selalu la, kadang kadang jer. Adat la kan adik beradik sakat menyakat. Tapi kekadang boleh jadi gaduh jugak la bila dah terlebih menyakat. Hingga si kakak ni boleh menangis nangis dibuatnya. 

“To my daughter, Insyirah.. Never forget that I love you. Life is filled with hard times and good times. Learn from everything you can. Be the woman I know you can be".
Umi ...

Bila dia balik dari asrama dia la anak perempuan satu satunya yang selalu ringankan beban KakYa. Bantu Umi buat kerja mana yang patut. Dia ni dalam kategori anak yang rajin jugak la walaupon kekadang malas tu ada ( hahaha). Al maklum la budak asrama ni kan, bila balik rumah masa dia banyak ngan tido jer. Tapi alhamdulillah anak KakYa ni dapat la jugak ringankan kerja Umi dia ni kalau dia balik hujung minggu. Dia ni suka masak masak, kalau balik rumah ada jer benda yang nak dimasaknya. Tapi yang tukang masaknya tetap Umi dia ni la. Dia tolong mana yang boleh jer la.

KakYa ni kekadang kan, suka marah marah jugak nak nak bila kakak marah adik adik dia atau adik adik buat silap dia tak tegur, KakYa akan marah. Kekadang bila marah tu meguasai diri lupa dah kebaikan dia. Ya la tengah marah kan. Main bantai marah jer tak peduli apa perasaan dia masa tu. Huhuhu sedih gak la rasa lepas perasaan marah dah reda. 

“To my beautiful daughter Insyirah, always remember: you are brave, you are capable, you are pretty, and you can accomplish ANYTHING your heart desires! I know this because I am your mother"

Sejak dia tinggal kat asrama ni, KakYa  dah jarang jumpa dia. Jumpa pon time hujung minggu jer.  Tu pon rasa sekejap sangat masa berlalu. Tup tup dia nak pergi asrama dah. Pejam celik pejam celik dah nak masuk 3 tahun kakak jadi pelajar asrama. 

Bila dia takde rasa rindu tu membuak buak. Dulu dengan sekarang masih tetap sama. Tiap kali dia pergi asrama, bila KakYa masuk bilik dia tengok barang barang dia memang KakYa nangis. Sejenis yang tak berapa nak kuat sebenarnya. Tapi  KakYa kena kuat sebab  masuk asrama pilihan dia sejak tingkatan satu lagi. Nak tanak KakYa kena terima. 

Biasa kalau dia balik rumah time dia tido malam tu kan KakYa tengok muka dia akan ada rasa sedih, rasa rindu dan jugak rasa sayang yang tak  pernah bertepi. Umi sayang kakak dunia akhirat. Umi minta maaf kalau umi selalu marah kakak. Selalu la jugak KakYa duk bisik bisik kat telinga waktu dia tido. Tapi masa tu dia tido lena tak dengar la kot apa Umi dia cakap. Kekadang sampai Umi nangis nangis pulak dalam berbicara masa tengok dia tido. Mak mak sangat kan... hanya mak mak jer yang tahu perasaan cam gini.

Bila teringat saat saat mengandungkan dia rasa suka, sedih, bahagia semua ada bercampur campur. Dia insan pertama yang KakYa kandungankan, dia insan pertama yang panggil KakYa Umi, dia insan pertama yang beri KakYa peggalaman pertama menjadi seorang ibu, dia insan pertama yang menjadi penghibur hati KakYa dalam menceriakan hidup KakYa. Dia Nur Aina Insyirah binti Suhaimi. Buah hati pengarang jantung Umi dunia akhirat. Sayang kakak hingga ke syurga. Love u Insyirah. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.