Bola Sepak Sekolah Dan Bola Sepak Akademi Tunas

April 11, 2019

Bola Sepak Sekolah Dan Bola Sepak Akademi Tunas | Anak anak KakYa memang aktif dengan sukan bola sepak terutama Akif. Abang Iman dah slow sikit untuk tahun ni sebab akan menduduki UPSR bulan 9 nanti. Jadi abang Iman hanya aktif untuk bola sepak sekolah jer. Akif pulak masih aktif untuk dua dua, sekolah dan juga Akademi Tunas. 

Minggu ni dan minggu depan Akif terlibat dan akan terlibat dengan 3 perlawanan. Satu perlawanan persahabatan antara sekolah dah  pon selesai semalam. Alhamdulillah Akif  dan team menang. Untuk esok, perlawanan membabitkan Akademi Tunas dan akan berlangsung di Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu. Esok Akif dan anak anak Akademi Tunas Kemaman akan bertolak ke Kuala Terengganu menaiki bas. Pagi pagi besok jam 6 pagi akan berkumpul kat SKBB.  


Hari Ahad minggu depan 14 dan 15 April Akif ada perlawanan bola sepak 7 sebelah Yayasan Bank Rakyat bawah 11 tahun MSSD yang akan diadakan di SMKSI Kemaman. Fuhhh banyak betul perlawanan untuk bulan April ni. 

Kalau ikutkan memang padat jadual perlawanan Akif dan sepanjang minggu ni juga dia banyak berada di padang bola. Latihan lebih sikit sebab perlawanan penting antara sekolah dan juga perlawanan bersama Akademi Tunas berlangsung pada bulan yang sama. Harap harap anak Umi boleh bagi komitmen penuh. InsyaAllah. 

Artikel Menarik yang Lain

2 Sahabat Setia

  1. bagus encourage diaorang utk aktif sejak kecil, nanti senang nak masuk sekolah asrama penuh atau mrsm.

    ReplyDelete
  2. bagusnya bagi pendedahan sejak kecil lagi kan.. tak terkejut nanti bi dah besar yang biasakan diri dengan aktiviti sukan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.