23 Tahun Best Friends Forever

April 03, 2019

23 Tahun Best Friends Forever | Semua orang ada BFF kan? Kalau tak semua pon aku rasa majoriti daripada kita ada BFF. Tahu tak apabenda BFF tu? BFF tu singkatan kepada Best Friend Forever. BFF aku dua ketul jer sejak dulu. Dari tingkatan 4 (1996) kami kenal sampai le sekarang. Dua dua lelaki. Hahaha ko adooo .. Nama diaorang Wan Helmi Wan Hitam aka Mie dan jugak Zulhaidi Ramli aka Ediey. Alhamdulillah syukur ada BFF zaman sekolah yang masih wujud dan jadi kawan time senang susah. Tq guys! 

Kalau korang ada sahabat yang dah bertahun-tahun dengan korang, harap korang hargailah dia. Bukan senang tau nak kekalkan persahabatan tu. Ade je yang dah kawan lama pastu tiba-tiba lost contact la gaduh la. Aku tak nak laa korang macam tu. Hope you guys tak macam tu okey Wan Helmi dan jugak Ediey Ramli . 

Sapa cakap lelaki ngan pompuan takle jadik BFF, aku dah buktikan dah ni. Kami bertiga BFF sejak usia 16 tahun masa tingkatan 4 dan hingga ke hari ni usia persahabatan kami menjangkau usia 23 tahun. 

Aku tak sure la samaada aku jer yang masih percaya konsep BFF ni atau tak. Tapi bagi aku best friends aku dari dulu yang dua ketul ni masih kekal hingga sekarang. Walau kami ni tak selalu jumpa sebab bagi aku la kan BFF ni tak perlu nak melekat selalu tapi walau berjauhan  KAMI sentiasa ADA. Walau berjauhan tu sebab sorang kat Kuantan, sorang Teganu dan sorang tercampak kat Kuala Lumpur tapi kami sentiasa berhubung. Tak perlu nak melekat setiap masa. Sekarang ni kan zaman dah canggih bukan zaman dulu dulu. Kami kekal bersahabat melalui whatsapp, fb, instagram dan sewaktu dengannya. Semoga persahabatan antara kami akan kekal hingga akhir hayat. 

Korang ada BFF ke tak? Sorang ke ramai. Meh la kongsi citer kat sini. Tq sudi singgah boog kita. 

Artikel Menarik yang Lain

2 Sahabat Setia

  1. Samalah Sis istilahkan BFF tu sebagai kawan yang 'ADA' tak hilang hahahaha contoh mcm kawan sekolah..sampai sekarang masih ada semuanya, baik yg rapat tau tidak..itu BFF pada Sis ...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Lya, kemanisan ukhuwah yang berpanjangan :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.