Punca Sering Batuk Dan Selsema

Punca Sering Batuk Dan Selsema | Cuba korang lihat di siling dan dinding pejabat atau rumah korang. Ada tak korang nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul kat siling dan juga dinding seperti gambar kat bawah ni. Kalau ada korang perlu berhati hati. 


Adakah ianya KULAT? Ya,  itu adalah KULAT. Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku di persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.

Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan. 

Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.

Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.

Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatkan masalah kronik seperti astma.

Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.

Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.

Bolehkah kulat ini di cegah? 

- Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.

- Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah

- Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur. 

Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertumbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut. Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, korang mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.

Sumber: Public Health Malaysia

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. selalu dekat rumah yang dah lama2 ni ada kulat dinding ni kan...risau kalau terdedah dengan budak2 kecik jugakk

    BalasPadam
  2. Nina pantang nampak.... Risau jadi lagi teruk. Bahaya tuk anak anak gak. Thanks sharing kakYa

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.