Jom Travel ! Traveloka Saleabration 2019 Dan Matta Fair Kembali Lagi

Jom Travel ! Traveloka Saleabration 2019 Dan Matta Fair Kembali Lagi . Hai korang , KakYa nak tanya ni . Korang ada perancangan ke nak pegi bercuti mana mana sekarang ni ?  Korang yang tengah rancang percutian tu , mesti tengah duk berkira kira nak pegi mana la cuti kali ni . Tak kira la korang nak bercuti kat luar negara atau dalam negara sekalipon , apa yang paling  utama dan cukup penting sekali yang perlu di ambil berat , korang kena bijak merancang bajet agar  bajet korang tak lari masa bercuti nanti . 


Kekadang sesetengah daripada kita tak sempat nak kira bajet itu bajet ini bila dah excited sangat nak pergi bercuti . Ya la kan bukan selalu dapat bercuti . Last last bajet ke mana cuti pon tak best  jadinya . Nasihat KakYa , rancang dulu bajet korang dengan teliti . Senaraikan siap siap semua bajet sebelum korang  pergi bercuti . KakYa kalau nak pergi bercuti mana mana , suami yang akan rancang semua bajet agar tak menyusahkan kami dikemudian hari . Bukan apa bila dah ada bajet siap siap kita akan dapat  mengawal pengeluaran wang sewaktu bercuti .  Apa yang penting tak berlaku pembaziran . 

Traveloka Saleabration 2019 Dan Matta Fair Kini Kembali 

Tadaaa ! Korang tahu ke tak ni ? Matta Fair 2019 kini kembali . Korang yang memang kaki travel mesti tak sabar nak dapatkan pelbagai diskaun menarik untuk tempat penginapan , tiket kapal terbang dan juga pakej pelancongan terbaik untuk percutian idaman seisi keluarga . Korang tak sabar , KakYa pon tak sabar tau . Ya la bukan selalu dapat bercuti bersama keluarga . Al maklum la anak anak KakYa masih lagi bersekolah , jadi sebagai ibubapa kena la ikut jadual cuti anak anak baru la seronok nak pergi bercuti . Sebab tu la kalau nak pergi mana mana KakYa akan buat perancangan awal bersama suami . 


Nak pergi Matta Fair kekadang tu tak sempat dan tak kena dengan masa KakYa . Tapi KakYa tak perlu susah hati sebab KakYa boleh jer terjah Traveloka Saleabration atau Matta Fair Promo . Hanya klik klik kat hujung jari je korang . Tak perlu nak bersesak sesak dengan orang ramai . Kita klik klik jer cari pakej yang kena dengan bajet kita . 

Nak Bercuti Ke Mana !

2019 ni KakYa dan suami tengah duk rancang jugak nak bawak anak anak bercuti . Ya la tahun ni 2 orang anak KakYa akan menduduki peperiksaan penting , jadi lepas peperiksaan  ingatnya nak bagi la diaorang enjoy . Kami dah ada perancangan nak bawa anak anak ke Legoland Malaysia . Dulu kami sekeluarga pernah pergi sana pada tahun 2016 dan jugak 2018 . Ingatnya nak bawak diaorang pergi lagi  2019 ni , sebab memang diaorang suka sangat Legoland . Lagipon sekarang ni ada tarikan terbaru kat Legoland iaitu SEALIFE Malaysia . Mesti la best kalau dapat pergi . 

2016 pertama kali ke Legoland

2018 kali kedua kami ke Legoland 

KakYa ada jugak dengar citer , untuk tahun 2019 LEGOLAND Malaysia Resort akan melancarkan tayangan filem 4D baru , LEGO City 4D Movie , iaitu Officer in Pursuit ! dan Hari Acara Tayangan Filem LEGO . Fuhhh kalau la dapat pergi anak anak pasti seronok . Ala bukan anak anak jer yang seronok , umi abah pon tumpang sekaki enjoy . Jadinya KakYa tak sabar dah ni nak usha laman web Traveloka untuk cari pakej menarik bagi percutian kami nanti . 


Korang yang tak pernah guna aplikasi Traveloka , KakYa sarankan korang gunakan aplikasi ni untuk tempahan hotel dan juga tiket penginapan yang berbalai dengan harga . Jom muat turun aplikasi Traveloka untuk memudahkan tempahan percutian korang hanya dalam satu platform . Nikmati tawaran perjalanan lebih murah dan juga hotel terbaik untuk percutian korang akan datang . Tawaran terbaik pastinya dari Traveloka untuk korang . 

Apa Tunggu Lagi 

Jadi apa yang korang duk tunggu lagi tu , jangan ketinggalan untuk mencari dan menempah destinasi percutian korang saat tawaran menarik ini berlangsung .  Jom terbang menerusi 100,000 lebih laluan penerbangan dan menginap di 100,000 lebih hotel di serata dunia . Cepat cepat la terjah laman web Traveloka , nanti boleh ler korang cuci mata dulu sebelum buat tempahan . Jangan lupa untuk checkout Traveloka Saleabration 2019 . Yang pasti berbaloi-baloi untuk nilai wang korang . Lebih kurang Matta Fair jugak la . Inilah masanya korang dapatkan nilai terbaik menerusi Traveloka Saleabration 2019 . KakYa pon macam korang jugak , nak pegi mana mana memang akan terjah Traveloka dulu .

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. tak dan grab apa apa pun time Matta Fair baru ni. hehe sebenarnya xdak duit tu dok diam je. hopefully nanti Matta Fair Penang adala benda yang boleh grab..

    BalasPadam
  2. Terasa dah lamanya tak pi bercuti. Seronok kannn masa pi Legoland tu ari. Bila laaaa dapat ulang pi aana lagi. Nanti nak masuk yang waterpark lak... Jom kakYa

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.