Jatuh Basikal Lagi

Jatuh Basikal Lagi | Tak tahu nak cakap apa, orang cakap benda dah nak jadi nak buat camne lagi. Terimalah seadanya kalau itu takdirnya. Bertabahlah wahai anak. Kisahnya gini, hari last sekolah hari Khamis menjelang cuti sekolah bulan Mac kejadiannya di petang hari. Petang petang biasanya anak anak KakYa akan main kat padang atau bawak basikal dengan kawan kawan kat depan rumah. 

Nak dijadikan cerita, Akif jatuh masa bawak basikal dan mendapat kecederaan. Nak kata banyak takde la banyak sangat tapi nak kata sikit  pon tak jugak. Kira banyak la jugak tempat luka berdarah sana sini. Sampaikan masa dia balik rumah dengan nangis nangis tu Umi naik pening kejap tengok darah sana sini. Hadoi la  anak, masa ni mula la mulut Umi pot pet pot pet duk tanya apa kena la sampai lagu ni jadinya. Umi dah syak ni mesti jatuh basikal ni. Masa ni dia dah mula nangis nangis dah sebab tempat luka tu pedih. 

Kat lengan paling teruk. Ni KakYa tangkap gambar hari kedua kena. Hari pertama mula mula kena tu tak tergamak pulak nak tangkap gambar bila tengok dia duk menangis meraung.  Kesian pon ada tengok dia duk tahan pedih luka tu. Tak tergamak aih Umi nak tangkap gambar masa anak tengah kesakitan. 

Ni kat lutut dan jugak betis. Luka tu dalam la jugak hingga terkopak isi. Letak jer ubat meraung la dia sebab pedih. 

Ni kat paha. Banyak la jugak calar balar kat situ tapi luka takde la dalam macam kat lengan dan lutut.

Sah! memang jatuh basikal. Bila Umi tanya bawak laju ke? berlumba ke?. Dia cakap tak tak tak Akif jatuh sebab banyak sangat batu kat depan tu. Bukan sebab bawak laju ke berlumba ke mana ada. Akif mana pernah berlumba pon Umi. Batu tu buat Akif jatuh. Batu jugak disalahkannya. Bukan dia yang salah batu yang salah. Bila tanya lagi kat mana batunya, takkan la kat atas jalan banyak batu. Pelik jugak ni. Umi pon pegi la jenguk kat luar.

Huhhhh ya la kat depan rumah jiran banyak betul batu kerikil atas jalan. Dah kenapa banyak bebenor batu kat atas jalan, semalam takde pon. Setelah Umi tanya dan siasat rupa rupanya budak budak yang main kat depan rumah main lempar batu batu kerikil tu kat atas jalan. Patut la banyak sangat batu. Emm macam takde benda nak main, batu tu jugak la dia main lempar lempar. Tak pepasal dah jatuh basikal anak Umi sebab batu. Sian anak Umi. Tak pasal pasal luka sana sini sinun. 

Jiran pon satu hal jugak, dah siap buat pagar rumah ada la lebihan pasir simen dan batu batu kerikil, yang pergi longgok kat depan tu tak simpan elok elok dah kenapa. Tak pasal pasal bebudak main lempar lempar batu. Kalau kena tingkap rumah orang ke, kereta orang ke, anak orang ke, tak ke jadi masalah nanti. Pelik pelik benar peel sorang sorang. Kot ya pon tutup la dengan plastik ke atau pergi simpan elok elok kat belakang rumah takde la jadi masalah. Ni tidak terlonggok kat depan tu hingga masuk kawasan rumah orang lain. Menyusahkan jugak namanya. Satu lagi boleh mendatangkan kecederaan pada anak anak jugak. Dah main lempar lempar mana tahu kot kot terkena kepala ke apa ke.

Ermmm susah juga kalau takde kesedaran camni. Paling susah bila anak kita yang kena. Sebab batu tu Akif jatuh basikal dan cedera sebab jatuh kat atas batu. Kalau tak takdenya nak cedera camtu setakat jatuh sikit tu. Tapi tu la nak buat camne benda dah jadi. Sakit tak sakit kena la hadapi. 

Mujur jugak la kena nak masuk musim cuti sekolah, kalau tak maunya kena ambik cuti sebab luka kat lengan dan lutut nampak dalam. Tapi alhamdulillah harini dah nampak Ok sikit dah. Takde la merengek pedih masa letak ubat. Luka pon makin kering takde dah basah macam mula mula kena. Moga Akif cepat sembuh sebab  dia ni dah tak sabar nak main bola ngan kawan kawan.

Ni pon hari hari duk zikir kat telinga Umi dia ni, nak pegi padang nak pegi padang nak main bola. Tunggu la baik dulu nak oii pasni boleh la pegi main. Kan tak pasal pasal luka tu kena jangkitan kuman lagi la susah hati Umi. Duk umah Umi pantau bersihkan elok elok bagi cepat baik. Pasni dah boleh main pegi la main puas puas. Umi doakan semoga Akif cepat sembuh. InsyaAllah aamin aamin.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. rileks umi skit jer tu..anak lelaki kena lasak2..cik nor msk kecik truk lagi dr akif..parut sana sini. mana tempat xpergi..maka mendapatlah..haha..moga akif cpt sembuh yer..:)

    BalasPadam
  2. Lukanya sikit-sikit tapi banyak tempat dan dalam tu KakYa..Allahuakbar..

    BalasPadam
  3. adoi pedihnya
    semoga cepat sembuh

    BalasPadam
  4. Luka tu sakitnya tgk kakya, Allah kawasan taman kejiranan ye anak2 ni main lempar batu kat jalan raya memang mengundang kecederaan rupanya bg yg bawa basikal. Semoga anak kakya lekas sembuh ya. Tu la nak tegur anak2 orang ni susah juga kang mak ayah plak datang serang, padahal anak kita dah cedera dah...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.