13 Hari Tanpa Entri

March 24, 2019

13 Hari Tanpa Entri  | Sedar tak sedar dah nak berakhir bulan Mac untuk tahun 2019. Bila bukak jer blog nampak sangat blog kurang update sekarang ni. 13 hari tanpa entri, last  last semalam baru sempat up satu entri. Tu pon sebab terbaca perkongsian kat group telegram dan rasa nak berkongsi juga dengan pembaca blog KakYa. Makanya selepas 13 hari tak update semalam keluar la jugak seketul entri. Alhamdulillah syukur masih dapat mencoretkan sepatah dua kata kat blog bisu ini. Bukan apa kan tinggal lama lama bersawang blog KakYa ni susah jugak nak karuk balik sawang sawang yang ada. 

Tahun ni dah nak masuk 6 tahun usia blog Akif Imtiyaz. Alhamdulillah masih diberi ruang, peluang dan juga kesempatan oleh Allah SWT untuk terus menulis. Semalam KakYa tengok kat sidebar Blog Archive macam tak percaya jer dah beribu ribu entri yang KakYa tulis. Kalau tengok pada prestasi menulis ni, sekejap rajin sekejap malas nak update blog. Bila mood rajin datang banyak jugak entri yang KakYa karang. Tapi bila datangnya mood malas makanya ciput jer la emtri yang KakYa tulis. Sebenarnya bukan malas dalam ertikata MALAS yang sebenar, tapi lebih kepada tak dapat nak update sebab sibuk dengan kerja kerja hakiki *alasan paduuuu. Hahahaha. 

Menulis ni kalau tak datang mood baik dia memang tak boleh nak menulis walau cuba paksa. Biasa KakYa menulis bila rasa nak menulis tu ada. Kadang kadang datang rasa sedih makanya kisah kita hari tu kisah sedihla. Kalau datang rasa gembira bahagia maka keluarla entri yang bahagia bunga bunga cinta. Begitulah sebaliknya. 

Sebagai seorang blogger update blog semestinya satu kemestian. Tak kira sibuk camne sekalipon sekurang kurang kurangnya seminggu 3 ke 4 entri adalah lebih baik. Sebaiknya korang sendiri tentukan bila masa dan hari apa korang boleh update satu entri agar tidak terganggu dengan kerja kerja hakiki. Boleh pilih hari Jumaat ke Sabtu atau Rabu secara bergilir gilir. Dengan cara ini korang dapat tumpukan pada penulisan yang lebih konsisten. Kalau rasa takde apa sangat nak tulis korang boleh jer up satiuentri bergambar tanpa menulis. Boleh la letak gambar gambar menarik yang boleh menarik minat pembaca untuk meninggalkan komen kat blog korang. 

Bagi KakYa, menulis dah jadi satu kemestian untuk KakYa. Kalau tak menulis kat blog KakYa menulis kat buku catatan. Bukan setakat blog sahaja tempat untuk menulis tapi bermacam macam cara kita boleh pilih untuk meluahkan rasa hati kita. Terserah kita bagaimana untuk meluahkan. Tapi bagi KakYa, satu kepuasan bila dapat menulis blog. 

Semua cerita tentang anak anak KakYa akan bercerita kat blog terutama peristiwa penting bagi diaorang, KakYa takkan miss untuk update kat blog. Salah satu cara KakYa untuk simpan cerita anak anak dengan cara update entri mengenai anak anak kat blog. Boleh selitkan gambar gambar diaorang sekali. Nanti bila ada masa terluang boleh la jenguk jenguk balik entri yang ada. Seronok bila baca balik entri lama lama. Kenangan yang tak mungkin terlupakannnnn .... 

Artikel Menarik yang Lain

2 Sahabat Setia

  1. Setuju, berkongsi cerita dalam blog ni indah sangat. Sebab ini lah kenangan kita.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.