Wanita Perlu Ambil Berat Pasal Kereta

February 28, 2019

Wanita Perlu Ambil Berat Pasal Kereta | Perlu ke seseorang wanita tahu mengenai selok belok kereta atau hanya pandai memandu dan selebihnya diserahkan bulat bulat pada kaum lelaki  . Zaman sekarang ramai wanita boleh membawa kereta tetapi masih ramai yang tidak tahu mengenai pengendalian kereta berbanding kaum lelaki . Wanita biasanya kurang mahir selok belok pengendalian kereta terutama bila melibatkan enjin kereta . Sebagai wanita yang membawa kenderaan sendiri , kita seharusnya tahu serba sedikit mengenai pengendalian kereta agar apabila berlaku sebarang masalah kita boleh bersedia dan tidak panik . 

Bagi KakYa sebagai seorang pemandu wanita , kita perlu lebih peka dalam pengendalian kereta kerana bukan selamanya kereta kita elok jer bergerak di jalan raya . Sesekali pasti akan ada masalah . Jika kita tahu mengenai pengendalian kereta , pasti perjalanan lebih mudah dan selamat . 

Dari pengalaman KakYa sendiri yang tak tahu apa apa mengenai pengendalian kereta  , ada satu kejadian pernah terjadi kereta mati tiba tiba kat kawasan tiada orang lalu lalang dan KakYa panik tak tahu nak buat apa apa masa tu duk jer kat dalam kereta sambil menangis mengenang nasib diri . Huhuhu memang takut sangat sangat sebab berlaku dengan tiba tiba dan kita pulak masa tu takde pengalaman langsung bab kereta mati tiba tiba . Bermula daripada kejadian tu lah KakYa mula belajar sikit sebanyak mengenai pengendalian kereta . Takde la pandai sangat tapi boleh la daripada tak tahu langsung . KakYa nak kongsikan beberapa perkara  dan juga tip yang perlu korang tahu serba sedikit sebelum korang memulakan perjalanan .

Tip Memulakan Perjalanan 

Mula mula sekali periksa dulu kereta korang sebelum memulakan perjalanan . Yang ni memang perlu dititikberatkan terutama kalau korang nak berjalan jauh dan takde lelaki bersama korang . Memang kena check betul betul dulu baru boleh bergerak . Antara perkara asas yang korang perlu periksa adalah ; 

- Periksa minyak hitam , minyak brek , minyak power stereng dan segala jenis minyak . Bab bab minyak ni jangan buat main main semua kena check . 

- Periksa tayar kereta korang . Kalau tak cukup angin jangan lupa pam angin siap siap sebelum bergerak . 

- Periksa brek kereta korang . Pastikan ianya berfungsi dengan baik . Yang ni paling utama kena beringat . Brek tak berfungsi demgan baik buruk padahnya . 

- Air radiator pastikan isi siap siap jangan kering kang tetiba kereta korang berasap pulak sebab air kering . Isi penuh la senang citer . Standby jugak air lebih kat dalam kereta , mana tahu kot kot ada kebocoran kat mana mana sekurang kurangnya korang beringat . 

- Pastikan lampu kereta korang semuanya berfungsi . Check betul betul baru bergerak . Jangan jadi malas bab bab ni sebab korang yang akan tanggung akibatnya kalau salah satu lamou kereta korang tak berfungsi . 

- Pastikan kat dalam kereta korang ada satu tayar spare yang boleh digunakan bila berlakunya kecemasan . Jangan pulak korang bawak tayar yang takde angin . 

- Kereta kita ni kadang kadang bagi masalah bila melibatkan bateri . Kalau bab bateri ni KakYa cukup percaya dengan bateriku.com . KakYa memang simpan no tel bateriku.com . Jadi pastikan korang simpan siap siap no telefon hotline  1-300-22-2324 atau WhatsApp 012-938 8621 , mana tahu kot kot satu masa nanti korang ada masalah tentang bateri kereta . Sangat sangat mudah sebab korang call jer , pihak bateriku.com akan datang kat tempat korang . Kat mana saja korang berada korang boleh jer call untuk bantuan . Segalanya dihujung jari .

Bateriku.com

- Simpan nombor mekanik yang korang kenal dan percaya , mana tahu kereta korang buat hal kat satu satu tempat korang boleh rujuk mekanik yang korang biasa berurusan untuk tahu harga barang barang bagi mengelakkan korang kena tipu .

Tip Jika Berlaku Kemalangan 

Pernah tak masa korang bawa kereta , tiba tiba berlaku kemalangan . Sebagai wanita , tak kata pada wanita lain tapi KakYa sendiri pasti panik kalau berlaku kemalangan . Apa nak buat kalau berlaku kemalangan . KakYa kongsikan beberapa tip yamg perlu korang tahu jika berlaku kemalangan membabitkan kereta korang . Apa yang perlu korang buat ;

- Jangan panik . Bertenang tarik nafas panjang panjang relaks . 

- Jangan sibuk buat keputusan secara terburu buru . Bagi masa untuk diri bertenang . Fikir cara berhemah . 

- Telefon pihak insuran dan maklumkan auto assist korang agar pihak insuran menghantar trak tunda untuk bawak kereta korang ke bengkel yang mempunyai panel insuran yang korang ambil .

- Jangan lupa untuk buat laporan polis mengenai kemalangan dalam masa 24 jam . 

Sebagai wanita yang membawa kenderaan sendiri , KakYa nasihatkan korang untuk ambil cakna dan ambil tahu sedikit sebanyak mengenai cara pengendalian kenderaan agar memberi manfaat pada korang di kemudian hari . Orang cakap malang tak berbau . Jadi beringat ingat sebelum kena . 


Artikel Menarik yang Lain

4 Sahabat Setia

  1. Yeap betul. Orang perempuan sekarang kena tahu juga sikit-sikit tentang kereta. Nasib baik juga masa zaman ambik lesen ade je kena ajar sikit2. Takdelah tahu memandu je hehehe

    ReplyDelete
  2. hah tu al..pompuan ni kadang tau bawk je..takut kalau ajdi macm tu..

    ReplyDelete
  3. betul2 perempuan pon klau boleh kena amik tau supaya x delah org boleh tipu atau apa2 kan

    ReplyDelete
  4. sangat perlu. at least yang basic supaya kalo jadi apa2 jangan panic.
    ini pun ilmu.. tak salah kita belajar. wanita kan semua hebat2 =D

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.