Sindrom Down - Apa Yang Perlu Anda Tahu

Sindrom Down - Apa Yang Perlu Anda Tahu | Jangan pernah malu dan merasa rendah diri jika dikurniakan anak syurga yang menghidap “Sindrom Down”. Sindrom Down adalah penyakit keturunan yang disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 ( biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel . Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21 . 



Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal seperti :

-Tubuh yang pendek
- Kepala bersaiz kecil
- Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas
- Lidah terjelir
- Satu garis lurus di tapak tangan , tangan yang besar , jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki 
- Pertumbuhan yang lambat
- Kecacatan mental yang ringan atau sederhana

Kekerapan berlaku Sindrom Down ?
Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran . Risiko menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil.

Bagaimanakah Sindrom ini dikenalpasti?
Pengambilan ujian darah kanak-kanak bagi mengesan kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21 . 

Ujian juga boleh dilakukan semasa kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound dan analisis cecair mentuban (amniotic fluid) .

Pemulihan :

- Program intervensi awal
- Terapi carakerja
- Terapi pertuturan
- Pendidikan khas
- Latihan kemahiran khas

Tujuan rawatan pemulihan ialah bagi membantu kanak-kanak tersebut mencapai keupayaan dan perkembangan maksima serta mampu berdikari . 

Program pemulihan boleh didapati di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau di pusat-pusat anjuran pertubuhan sukarela bukan kerajaan . 

Maklumat lanjut boleh didapati dari pusat sumber tempatan seperti hospital (klinik kanak-kanak) , klinik kesihatan , Pejabat Kebajikan Masyarakat atau Pejabat Pendidikan (Unit Pendidikan Khas) .

Kanak-kanak sindrom down perlu didaftarkan seawal mungkin di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan . Ini bagi memudahkan mereka mendapat jagaan kesihatan , kebajikan dan penempatan di sekolah-sekolah khas supaya mereka mendapat pendidikan yang sempurna . 

Kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat layak untuk mendapat beberapa keistimewaan rawatan kesihatan dari klinik atau hospital kerajaan.

Terdapat beberapa kumpulan sokongan antaranya adalah :

- Kiwanis Down Syndrome Foundation
Alamat : KDSF-National Centre
Lot 13490 Jalan Jenjarum, off Jalan SS23/1,
Taman SEA, 47400 Petaling Jaya
Tel: 03-78030179
Fax: 03-78064862
Website : www.kdsf.org.my
E-mail : admin@kdsf.org.my info@kdsf.org.my

- Persatuan Sindrom Down Malaysia
Alamat : 79 Lingkungan U-Thant , 55000 Kuala Lumpur
Tel : 03-42579818
E-mail : psdm@tm.net.my

- Langdon Down Centre
Alamat : 2a Langdon Park Teddington TW11 9PS
Tel : 0845 230 0372
Fax : 0845 230 0373
Website : http://www.downs-syndrome.org.uk
Email : info@downs-syndrome.org.uk

Ibu-bapa yang mempunyai anak dengan masalah “down syndrome” seharusnya lebih peka dengan kebajikan anak-anak istimewa ini serta memberikan perhatian yang sewajarnya .

- Rujukan Myhealth KKM

Catat Ulasan

3 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.