Welcome Back To School 2019 | Syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA , bertemu kembali kita pada tahun 2019 . Tahun 2018 telahpun berlalu , penuh dengan kenangan pahit manis bersama dan akan sentiasa dikenang . Alhamdulillah , persekolahan bermula pada 1 Januari 2019 bersamaan hari Selasa . Selamat kembali ke sekolah dengan azam dan semangat baru . Ingatlah wahai anak anak Umi , perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah .
Opkos la kena posing dulu . First day bergambar untuk sesi persekolahan 2019 .
Semangat Abang Iman nak ke sekolah pagi ni . Semoga terus dapat menjalankan tugas sebagai seorang pengawas dengan baik .
Ni mood pagi . Biasala pepagi ni mood swing swing lagi . Bergambar pon sekadar bergambar orang kata . Pagi pagi ni kan mood bergambar tak berapa nak adooo .
Selamat kembali ke sekolah buat anak anak Umi , Insyirah ( kat asrama ) , Iman dan Akif . Umi doakan semoga anak anak Umi akan kekal bersemangat sepanjang tahun untuk menuntut ilmu . Tingkatkan azam tahun ini supaya lebih cemerlang daripada tahun yang lepas . Semoga ada sinar baru buat anak anak Umi pada tahun 2019 ini . Umi sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan anak anak Umi dalam pelajaran dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat . Semoga sesi persekolahan 2019 ini memberi lebih motivasi dan semangat buat anak anak Umi untuk terus menuntut ilmu . InsyaAllah .
5 Ulasan
Selamat Tahun Baru 2019 KakYa sekeluarga. Selamat kembali ke sekolah anak-anak.
BalasPadamselamat bersekolah kembali buat anak2 k.lya..selamat tahun baru 2019 k.lya..:)
BalasPadamhappy new year dan selamat memulakan persekolahan buat anak2 sis :)
BalasPadamseronoknyaa nak kembali ke sekolah. belajar rajin2 yaaa =D
BalasPadamseronok tengok budak budak ni hi sekolah
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.