Selamat Tahun Baru 2019 | Alhamdulilillah syukur selalu kerana dengan izin dan limpah kurniaNya masih lagi dapat menghirup udara segar di bumi Allah SWT ini . Sempena 2019 harapan KakYa untuk keluarga kecil KakYa , " Semoga kami diberi keberkatan hidup didunia dan juga akhirat . Semoga bertambah baik hubungan keluarga kecil kami dengan Allah SWT . Lapangkan masa kami sekeluarga untuk terus mendekatkan diri padaMU Ya Allah . Sentiasa diperluaskan seluas luasnya pintu rezeki buat kami sekeluarga . Semoga keluarga kecil kami , kaya dan berjaya di dunia dan juga akhirat . Semoga kebahagiaan dan kasih sayang keluarga kecil kami akan terus bertambah dan berkekalan hingga hujung nyawa . Jadikanlah keluarga kecil kami , insan yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat dan kurniaanMU Ya Allah. Semoga keluarga kecil kami sentiasa dalam lindungan dan redha Allah SWT walau dimana kami berada. InsyaAllah Aamin aamin " . Terima kasih Ya Allah . Hanya padaMU ku berserah .
Doa KakYa buat keluarga , sahabat , teman teman , follower serta reader yang sudi singgah kat blog KakYa ." Moga kalian semua sentiasa dalam lindungan dan redha Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat . Aamin aamin .
Selamat tahun baru 2019 dari KakYa dan Team KBBA9 juga . Semoga kami Team KBBA9 akan terus berkembang maju dan berjaya di masa akan datang . InsyaAllah aamin aamin .
Selamat tahun baru 2019 dari KakYa dan Team KBBA9 juga . Semoga kami Team KBBA9 akan terus berkembang maju dan berjaya di masa akan datang . InsyaAllah aamin aamin .
2 Ulasan
semoga tahun 2019 ini lebih baik dari tahun yang sudah :)
BalasPadamselamat tahun baru kak . moga dipermudahkan segala urusan:)
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.