Posing With Style Katanyer !

January 10, 2019

Posing With Style Katanyer ! | Style sangat la lagu tu nak oi . Akif ni dia punya peel macam macam gaya dia buat kalau dah kita mintak  dia posing . Alang alang posing Umi , posing la dengan penuh gaya . Gaya , mutu , keunggulan sangat la dak kecik ni kalau dah start posing . Bila kita dah start nak tangkap gambar dia , automatik dia boleh buat macam macam pose sampaikan kita tak dan nak klik kamera dia dah tukar ke pose lain . Bila kita suruh buat lagi sekali dia lupa dah pose lagu mana . Tu ler style dak kecik ni . Bab bab posing serah kat dia jer la . Bab bab posing ni membantu jugak kalau KakYa perlukan dia sebagai model tak berbayar untuk produk review KakYa . Cakap jer tak berbayar , kalau dia tau dia kena posing untuk barangan review Umi .. dia siap siap cakap lagi nanti jangan lupa komisyen tuk dia . Demand ! demand ! pandaiii la nak .

Masa ni kat kedai gambar sehari sebelum daftar sekolah . Singgah kedai gambar untuk tangkap gambar ukuran passport , sempat lagi bergambar kat dalam kedai ni .

Posing ala ala tak pandang kamera katanya . Kalau tanya Umi dia .. style ni Umi panggil posing ala ala Che Ta hahaha . Dah kenapa namanya posing ala ala Che Ta . Ntah ler Umi pon malas nak hurai hahaha . Che Ta banyak posing tak tengok kamera kot .

Ni namanya posing tiang bendera tak berapa tegak . Kalau lagu gini ni ngan hidung kembang lagu tu mood ala ala nak ilang dah tu . Jadi kalau dah nampak ala ala lagu gini cepat cepat la berenti sebelum mood ke laut .

Ni kelakor .. Mood ala ala tutup mata . Ntah hapa hapa la tetiba plak dia kecikkan mata masa Umi cakap jangan la kembangkan idung tu tak cantik la gambar . Tup tup dia kecikkan mata . Ikut suka la nak .

Bukan semua gambar yang dapat tu elok cantik jer .. kena tengok masa dan keadaan jugak . Kalau datang masa dia bed mood kau cakap la nak bagi apa pon suruh dia posing memang takdenya dia nak posing posing helok bagai . Dia boleh buat cam patung jer kat situ takde apa apa gaya . Tapi bila mood dia ok ON jer semua dia boleh buat . Tu pon kalau yang tukang tangkap gambar dia , Umi dan abah dia la . Kalau orang lain dia susah gak nak bagi kerjasama sikit .  Pemalu budaknya hehehe . Kecuali gambar hari raya . Sapa sapa pon yang ambik cun jer dia posing . Al maklum la raya setaun sekali nak jugak gambar gambar cantiks . Kan kan kan !

Dah abih dah citer . Ini cerita Akif . Umi tempek kat sini senang nanti kalau Umi rindu kat anak anak Umi , Umi boleh baca kisah anak anak kat blog Umi . 

Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.