Jalan Jalan Posing Bertiga 3AI

January 01, 2019

Jalan Jalan Posing Bertiga 3AI | Sebelum bukak sekolah KakYa dan En Hubby bawak anak anak jalan jalan kat Bandar Kuantan . Kami lepak2 kat Pantai Sepat , Teluk Cempedak dan Dataran Bandar Kuantan . Cuti sekolah 2018 baru baru ni , 3AI banyak habiskan masa bercuti kat kampung . KakYa bagi diaorang tinggal kat kampung rumah mak ayah KakYa sebab diaorang nak sangat bercuti lama sikit kat kampung . Jadi sepanjang cuti 2018 banyak masa diaorang kat kampung . Last last cuti baru ni KakYa dan En Hubby pegi ambik dioarang kat kampung sebab nak bawak beli barangan sekolah yang belum beli lagi . Tu pon diaorang cakap tak puas lagi duduk kampung . Seronok sangat la dapat balik kampung lama lama . 

Aktiviti biasa kalau pergi jalan jalan opkos la ambik gambar . Memang dah jadi tabiat KakYa dan En Hubby akan snap gambar anak anak . Diaorang ni bukan selalu dapat bergambar  bertiga sejak Kakak Insyirah masuk asrama . Bila dah ada tiga ketul ni bersama , dapatla tangkap gambar diaorang bertiga . Tapi biasala tak semua gambar terletak cantik dan elok bila dah masuk tiga orang . Ada macam macam cerita dalam gambar . Jadi nak tak nak biarlah gambar berbicara .













Ginilah gayanya . Nak dapat sekeping gambar yang betul betul ok memang kena ambik banyak kali . Ada ada jer masalah bila diaorang dah start nak bergambar . Abang sakat adik , adik sakat kakak  . Sorang balada , sorang rock , sorang kpop adusss . Pastu mula la mood swing swing bagai . Ambik jer la lagu mana pon janji ada gambar anak anak setiap tahun untuk kenangan . Nanti siap siap cuci gambar simpan dalam album takde la gambar hilang bila sesuatu terjadi kat hp . Bila dah cuci gambar boleh la simpan elok elok senang nak tengok terus belek belek jer album gambar . 

Artikel Menarik yang Lain

2 Sahabat Setia

  1. hihi nak amek gambar ramai2 memang kena amek lima enam kali. tu pun kadang2 tak menjaaadi jugak hahaha..

    ReplyDelete
  2. Wah! Seronoknya bila semua anak dpt bercuti dgn ibubapa..
    Jemputlah join segmen d blog abam kie. Tq.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.