Gambar Ukuran Passport 3AI

January 01, 2019

Gambar Ukuran Passport 3AI  | Alhamdulillah semalam KakYa dan En Hubby  sempat luangkan masa untuk bawa 3AI ambik gambar ukuran passport . Ambik gambar ukuran passport ni antara yang WAJIB la bagi kami setiap tahun . Ya la kan bukan selalu orang ambik gambar ukuran passport kalau takde apa apa keperluan , tapi KakYa akan pastikan setiap tahun anak anak KakYa akan ada gambar ukuran passport untuk simpanan . Bukan apa KakYa dan En Hubby suka simpan gambar 3AI dalam bentuk ukuran passport . Sejak umur 3AI 3 tahun KakYa dah mula ambik gambar ukuran passport kat kedai gambar untuk diaorang . 

Posing jangan tak posing . Gaya , mutu , keunggulan tak pernah tinggal . Emm hala jer kamera kat muka dia tau la apa dia nak buat . Dia la model tak berbayar Umi . 

Sekarang ni dia punya posing banyak nau yang acah acah tak tengok kamera . Relak relak sudah la katanya .. 

Iman kalau bergambar bab bab tegak tu tak boleh nak lari . Sesekali dah macam tiang bendera dah jadiknya . Kena selalu tegur bagi posing cam adik dia . 

Ni gambar acah acah fokus . Ala ala nak ambik gambar passport gitu . 

Sebelum gambar siap , sempat lagi la dua beradik ni posing kat kedai gambar . Dua orang jer duk posing , kakak takde nyer nak posing posing bagai . Al maklum la anak perempuan KakYa ni pemalu sikit bab bab posing . Kita bagi kat adik adik dia jer la . Posing la nak selagi boleh posing . 


Tadaaa siap ! Cun semua . Yang kecik tu memang takle kalah bab senyum . Menang kat dia la sokmo kalau bab bab senyum . 

Kebetulan pulak masa kami pergi orang tak berapa ramai . Jadi cepat jugak la siap gambar 3AI . Tak sampai 5 minit pon . Bab lambat sikit masa proses nak tangkap gambar jer . Bila dah bertiga macam macam ragam yang keluar . Kakak duk bergambar adik adik duk gelak . Kakak bantai gelak jugak . Bila dah gelak susah benor nak berenti . Adik bergambar abang pulak senyum sengeh senyum sengeh hinggakan adik  pon senyum memanjang . Time abang , adik pulak gelak panjang . Nak tak nak si abang tergelak gelak sekali . Tapi anty yang tangkap gambar tu relak jer duk layan kerenah diaorang  ni . Al maklum la dah biasa tangkap gambar kat situ . Kalau tak mau anty tu masam muka duk layan kerenah anak anak KakYa . Macam macam ragam . Ni baru tiga orang , kalau ada lagi ...  lagi banyak ragam yang keluar . Fuhh jenuh la nak melayan . 

Yeayyy siap dah gambar ukuran passport 3AI ! Bertambah lagi gambar ukuran passport 3AI dalam simpanan KakYa dan En Hubby . Moga terus bertambah dan bertambah lagi untuk tahun tahun akan datang . InsyaAllah aamin aamin . 

Artikel Menarik yang Lain

2 Sahabat Setia

  1. Comel sangat..

    Selamat Tahun Baru 2019 Lya ..

    ReplyDelete
  2. hehe dia tau dia senyum ada manish.. tu senyum sokmo =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.