Doa Kecemerlangan Pelajar

Doa Kecemerlangan Pelajar | Alhamdulillah  syukur Ya Allah , pagi ni dapat berkongsi  ilmu bermanfaat untuk pembaca blog KakYa . KakYa nak kongsikan kat korang beberapa potongan doa yang boleh diamalkan untuk para pelajar .  Doa kecemerlangan pelajar  . Doa ni KakYa dapat dari Mr Google dan copy kat blog Akif Imtiyaz supaya senang nak refer.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada yang sedang mencari doa untuk pelajar cemerlang . Sama sama kita amalkan . Yang ada anak boleh kongsi dan ajarkan pada anak anak . Setiap hari boleh berdoa dan amalkan secara istiqamah sehingga hari peperiksaan . Semoga kejayaan cemerlang dunia dan akhirat bakal mengiringi perjalanan anak anak kita . Aamin aamin .

Doa Untuk Pelajar Cemerlang 

Doa Agar Dikurniakan Kefahaman Yang Baik Dan Ingatan Yang Sempurna 
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku , kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul , serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu , kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.


Doa Selepas Mengulangkaji Pelajaran 
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
“ Ya Allah , Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca , faham dan hafal kepadaMu . Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu ”.


Doa Sebelum Masuk Ke Dalam Dewan Peperiksaan 
وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“ Ya Allah , persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu ”.


Doa Apabila Terlupa Ketika Menjawab Soalan 
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa ”.


Doa Memohon Kejayaan Cemerlang 
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“ Ya Allah , kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan , tempat para syuhada dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh ”.


Doa Ketika Menerima Kertas Soalan
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
“ Wahai Tuhanku , lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku .”


 Doa Ketika Sukar Untuk Menjawab Soalan 
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتغِيْثُ
“ Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan .”

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Aaminn Ya Rabb... Semoga anak-anak yang menduduki peperiksaan dipermudahkan urusan dan cemerlang di dunia mahupun akhirat

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Dulu kc masa sekolah, matrik dan Universiti pun ada doa doa tertentu dibaca sebelum belajar dan study ulangkaji hehehe. dengan doa, mudah-mudahan ilmu senang masuk kan :D

    BalasPadam
  3. terima kasih di atas perkongsian :)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.