Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Di Kedah , Perlis Dan Pulau Pinang

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Di Kedah , Perlis Dan Pulau Pinang | Biasanya bila kita mempunyai keluarga sendiri , sedikit sebanyak pasti terdetik  di hati kita untuk mempunyai kediaman sendiri . Kebanyakan daripada kita yang mempunyai kerjaya tetap pasti mengimpikan untuk membina sebuah rumah yang selesa sebagai tempat perlindungan seisi keluarga . Sesetengah daripada kita lebih suka untuk membina sendiri rumah impian mereka di atas tapak tanah yang mereka beli .

Lain orang lain citarasa . Ada yang suka membeli rumah idaman yang telah siap sepenuhnya . Ada juga yang suka membina rumah impian mereka agar mendapat kepuasan bilamana rumah impian siap dibina . Zaman sekarang ni pelbagai bentuk dan konsep rumah yang boleh kita pilih bagi memberikan kepuasan buat kita sebagai penghuni sesebuah rumah . Sentuhan yang mempunyai gaya moden , ketenangan , harmoni serta elemen keselesaan pastinya menjadi pilihan kita untuk sesebuah rumah . Alang alang bina rumah biar puas hati .

Bina rumah atas tanah sendiri bagi KakYa memberi satu kepuasan buat si pemilik . Ini kerana mereka yang membeli tanah untuk pembinaan sesebuah rumah pasti telah mengkaji secara mendalam mengenai kawasan dan jenis rumah yang sesuai buat mereka . Tapak rumah dah ada tapi kalau kontraktor tiada bagaimana untuk membina sesebuah rumah ? Ok untuk anda yang berminat membina rumah sendiri di Kedah , Perlis dan juga Penang ( Pulau Pinang ) , KakYa cadangkan DONS BUILDER .


Dons Builder Resources Kontraktor Berdaftar 

Pernah dengar mengenai Dons Builder ke sebelum ni ? Kalau belum pernah mengenali Dons Builder , KakYa cerita sikit tentang Dons Builder untuk anda kenali dengan lebih dekat .  Dons Builder Resources adalah kontraktor  binaan berdaftar dalam pembinaan dan pengubahsuaian rumah yang telah berdaftar dengan CIDB dalam kerja kerja pembinaan seperti membina rumah di atas tanah sendiri , mengubah suai rumah , menambah keluasan rumah dan juga melukis pelan rumah . Dons Builder telah beroperasi selama 2 tahun lebih dan sehingga ke hari ini telah memberikan servis terbaik sepanjang berkhidmat untuk semua pelanggan di seluruh Utara iaitu Kedah , Perlis dan juga Pulau Pinang . 

Dons Builder adalah sebuah syarikat yang mementingkan dan menitikberatkan mutu binaan terbaik dan terjamin serta berkualiti tinggi dan menepati citarasa pelanggan . Untuk pengetahuan anda juga , sepanjang tempoh Dons Builder beroperasi , semua projek yang diamanahkan telah berjaya disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan dan tiada rumah yang terbengkalai atau tertangguh . Don Builder sangat komited bagi merealisasikan rumah impian pelanggan siap dan boleh diduduki mengikut perancangan pelanggan . 

Jika anda sedang mencari kontraktor untuk bina rumah atas tanah sendiri dan renovasi di Kedah Perlis , Penang , Dons Builder pastinya pilihan tepat buat anda .  

Pelbagai Design Rumah Rekaan Dons Builder

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Di Kedah , Perlis Dan Pulau Pinang  , Dons Builder , Kontraktor Bina Rumah Dengan Harga Mampu Milik , Bina Rumah Atas Tanah Sendiri , Kontraktor Bina Rumah Terbaik Dan Dipercayai Di Kedah , Perlis , Pulau Pinang

Dons Builder Merealisasikan Impian Anda Untuk Mempunyai Rumah Atas Tanah Sendiri 

Untuk anda yang tinggal di negeri Kedah dan berminat menggunakan khidmat Dons Builder bagi merealisasikan rumah impian anda menhafi kenyataan , KakYa kongsikan beberapa lokasi daerah di Kedah yang boleh menggunakan khidmat pembinaan Dons Builder . Antara daerah yang boleh menggunakan khidmat Dons Builder adalah Alor Setar , Jitra , Gurun , Kodiang , Kuala Nerang , Tunjang , Langgar , Pokok Sena , Kulim , Pendang , Lunas dan Sungai Petani .

Untuk negeri Perlis , antara daerah yang boleh menggunakan khidmat Dons Builder ialah Arau , Padang Besar , Kangar , Simpang Empat , Beseri dan juga Kuala Perlis .

Untuk anda yang berada di Pulau Pinang dan berminat menggunakan khidmat Dons Builder , berikut KakYa nyatakan beberapa daerah yang boleh menggunakan khidmat pembinaan Dons Builder antaranya Sungai Dua , Tasek Gelugor , Bagan , Penanti , Bukit Tengah , Batu Kawan , Kepala Batas , Bertam , Seberang Jaya , Bandar Perda , Juru , Simpang Ampat , Penaga, Butterworth , Permatang Pauh , Bukit Mertajam ,  Seberang Perai dan Nibong Tebal .

Berminat Nak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri ? 

Rasa rasa 2019 ni anda ada impian tak nak bina rumah atas tanah sendiri . Kalau ada impian nak bina rumah atas tanah sendiri dan ada berada di kawasan yang KakYa nyatakan di atas masa ni la korang boleh berhubung terus dengan pihak Dons Builder bagi merealisasikan pembinaan rumah terbaik untuk anda seisi keluarga . Anda boleh klik link di bawah untuk maklumat lanjut 
mengenai bina rumah atas tanah sendiri di Kedah , Perlis dan Pulau Pinang .

Website: www.donsbuilder.com
Instagram : donsbuilder
Fb Page: Kontraktor Bina Rumah & Renovasi Kedah Perlis Penang
Fb Profile: Rizal Razak
Email: admin@donsbuilder.com
Hp : +60175828538 ( En Rizal )
Office Adress: Sebelah Lebuhraya Utara Selatan , Jalan Datuk Kumbar , 05300 , Alor Setar Kedah .

NAK BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI! JANGAN LUPA CONTACT DONS BUILDER .

Catat Ulasan

3 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.