Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 15 Lya Dan Suami

December 04, 2018

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 15 Lya Dan Suami | Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana dengan izinNYA pada tarikh ini 04/12/2018 , KakYa dan suami sekali lagi di beri peluang oleh Alah SWT untuk sama  sama menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke 15 . Sedar tak sedar dah 15 tahun usia perkahwinan kami . Bersempena usia perkahwinan kami yang Ke 15 , KakYa titipkan doa paling indah ini khas buat kami berdua .

Ya Allah , jadikanlah kami pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu untuk selama-lamanya . Kurniakanlah kami keberkatan hidup , ketenangan hati dan kerukunan rumahtangga .

Ya Allah , hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih sayang , cinta dan rindu yang berpanjangan dan tiada penghujungnya . Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini .

Ya Allah , kurniakanlah dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah . Ya Allah ,  izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikitpun duka yang terpalit diantara kami di hati kami .

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ke 15 Buat En Suami 


Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke 15 Buat Suami Tercinta , Ulangtahun Perkahwinan , Happy Anniversary , Ucapan Ulangtahun Perkahwinan , Ucapan Untuk Ulangtahun Suami

Hari ini 4 Disember 2018 genap sudah 15 tahun usia perkahwinan kita abang . Syukur alhamdulillah , perjalanan perkahwinan kita kini melangkah ke usia 15 tahun . 

Terima kasih Allah atas limpah dan rahmatMu untuk kami dalam kami meniti hari hari indah sepanjang kami bersama . Semoga kebahagiaan yang kami kecapi hari ini dan hari hari yang bakal mendatang dipenuhi dengan kebahagiaan dan kasih sayang yang sentiasa berkekalan hingga ke Syurga . InsyaAllah .

Untuk suami tercinta Suhaimi Abd Aziz , Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke 15 sayang . Terima kasih kerana sudi dan sentiasa ada di sisi saya saat susah juga senang . Sentiasa support setiap langkah yang saya atur , selalu bagi semangat dan dorongan saat saya jatuh , di sisi saya saat berendam air mata , bertolak ansur dengan kerenah saya dan paling tak dilupakan sentiasa ada di sebelah saya saat saya melahirkan tiga orang anak kita . Terima Kasih Abang !


Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke 15 Buat Suami Tercinta , Ulangtahun Perkahwinan , Happy Anniversary , Ucapan Ulangtahun Perkahwinan , Ucapan Untuk Ulangtahun Suami

Sayang saya pada awak tak dapat nak diungkapkan melalui kata kata . Sikap dan cara awak buat saya jatuh cinta . Dulu , kini dan untuk selama lamanya . I LOVE YOU Mr SUHAIMI . Really really love you . Only you ini my heart . I truly , madly , deeply love you and always will . How lucky i am to have you by my side .

Anugerah paling indah buat kita dari Allah SWT yang tidak dapat diukur dan dinilai dengan wang ringgit . Anak anak kita Nur Aina Insyirah , Muhammad Adam Iman & Muhammad Akif Imtiyaz . Our kids are so blessed to have a dad like you abang ! .  LOVE YOU SAYANG !


Syukur Ya Allah , dikurniakan kepada kami 3 cahayamata sebagai penyeri rumahtangga kami berdua . Semoga kebahagiaan ini akan kekal hingga hujung nyawa . Aamin aamin .

Artikel Menarik yang Lain

2 Sahabat Setia

  1. tahniah
    happy anniversary
    moga sentiasa dikurniakan sakinah mawaddah dalam rumahtangga selamanya
    amin

    ReplyDelete
  2. lamanya tak masuk blog lia ni..by the way Happy anniversary buat lia dan suami..Moga kekal bahagia sehingga ke jannah..insyallah

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.