Jom Sambut Tahun Baru Kat Ipoh Perak

December 31, 2018

Jom Sambut Tahun Baru Kat Ipoh Perak |  Pejam celik pejam celik esok dah nak masuk 2019 dah  kita . Korang ada perancangan nak pergi bercuti ke awal tahun 2019 nanti ?  Dah fikir dah tempat menarik untuk bercuti ?  Ada yang bercadang nak bercuti kat Perak ?  Kalau korang bercadang nak bercuti kat Perak ,  KakYa ada satu cadangan hotel yang best untuk korang . Jom kita ke M Boutique Hotel Ipoh . Orang cakap hotel ni best giler . Daripada apa yang KakYa dengar dari sahabat yang pernah menginap kat  M Boutique Hotel , rata rata memang puas hati menginap kat sini . Jadi apa tunggu lagi , jom kita ke Ipoh Perak .

M Boutique Hotel Ipoh

M Boutique Hotel Ipoh . Ok kalau nak cakap  lelebih memang KakYa tak tahu banyak sangat mengenai hotel ni tapi biasanya sebelum menginap kat satu satu tempat KakYa memang akan cari info kat internet dulu mengenai tempat tersebut . Kalau nampak best memang KakYa akan booking awal untuk penginapan seisi keluarga  . Bercakap mengenai M Boutique Hotel Ipoh , KakYa dapat tahu mengenai hotel ni melalui seorang kenalan yang pernah menginap kat sini dan diaorang cakap best menginap kat hotel ini . M Boutique Hotel Ipoh terletak di Off Jalan Leong Boon Swee , Ipoh lebih kurang lima minit sahaja dari Bandar Ipoh . Best kan , boleh jalan jalan kat Bandar Ipoh . 


Terdapat 5 jenis bilik yang korang boleh pilih untuk menginap iaitu Standard Single , Standard Double , Premier Double , Premier Triple , Suite dan juga Family Suite dengan harga sekitar RM175 sehingga RM600 . Fuhh harga bilik boleh tahan jugak ni . Kalau korang nak dapatkan harga penginapan yang berbaloi baloi korang book hotel m boutique at ipoh on traveloka . Dapat harga murah dan lebih jimat  . Apa tunggu lagi cepat cepatla booking .

M Boutique Hotel Ipoh ni kan , kalau korang nak tahu ianya mempunyai 3 ketogori level iaitu Level 1 The Adventure Level , Level 2 The Majestic Theme dan Level 3 The Excelsior Theme . Secara keseluruhannya KakYa memang  akan cadangkan M Boutique Hotel Ipoh untuk korang kalau korang sedang mencari tempat penginapan terbaik sepanjang korang bercuti kat Ipoh . Korang pasti puas hati dapat menginap di M Boutique Hotel Ipoh .

Tempat Menarik Di Ipoh

Ok KakYa nak cadangkan beberapa tempat best  dan menarik kat Ipoh untuk korang . Alang alang dah menginap kat Ipoh jom la jalan jalan dulu . Kita singgah tempat best kat sini . Jom terjah Ipoh !

Lost World Of Tambun 

Siapa yang tak kenal Lost World Of Tambun , satu tempat menarik dan paling popular di Ipoh dengan pelbagai pilihan permainan yang  pasti menyeronokkan . Lost World Of Tambun mempunyai beberapa tarikan antaranya Theme Park , Hot Spring Park dan juga Night Park .

 Lost World Of Tambun

Movie Animation Park Studios ( MAPS )

Movie Animation Park Studios ( MAPS ) merupakan taman tema animasi pertama di Asia yang menjurus kepada pengembaraan watak watak kartun animasi popular dalam dan juga luar negara .

Movie Animation Park Studios ( MAPS )

Fantasy House Trick Art 

Salah satu destinasi pilihan seisi keluarga pastinya Fantasy House Trick Art . Korang yang datang bercuti bersama family wajib singgah sini kerana kat sini terdapat lebih 30 lukisan mural berbentuk 3D yang cantik dan menarik . Apalagi boleh la korang bergambar sakan dengan pelbagai posisi untuk mendapatkan gambar yang menarik .

Art Of Old Town 

Kalau korang pencinta seni korang wajib jalan jalan kat Art Of Old Town . Kat sini korang boleh tengok seni mural Ipoh yang sangat menyerlah dan menarik . Art of Old Town merupakan sebuah destinasi yang dihiasi dengan lukisan lukisan kreatif pada dinding -dinding bangunan di sini . Semua lukisan ini dihasilkan oleh Ernest Zacharevic seorang pelukis yang menerima pengiktirafan dunia atas lukisan-lukisan mural yang beliau hasilkan .  KakYa tunjuk sikit kat korang antara hasil lukisan beliau . Nak tengok lagi ? Jom ke Ipoh ..

  



Pasar Karat Ipoh

Pasar Karat Ipoh adalah tempat menjual  barangan antik antaranya wang kertas dan syiling lama , seterika arang , gramofon , radio lama , tempayan lama , basikal vintaj dan lain-lain lagi . Pasar ini boleh dianggap sebagai syurga bagi pengumpul barangan antik . Kalau korang pengumpul barangan antik dan berminat nak dapatkan koleksi barangan antik untuk menambah koleksi , korang boleh singgah kat Pasar Karat Ipoh . 


Ingat Cuti Ingat Traveloka 

Bestnya dapat cuti cuti kat Ipoh kan ? Lagi best kalau dapat tempat penginapan murah dan berbaloi baloi untuk seisi keluarga . Jadi kalau korang nak dapatkan harga penginapan yang murah dan mampu bayar , jangan segera muat turun aplikasi Traveloka untuk memudahkan tempahan percutian korang hanya dalam satu platform . 


Nikmati tawaran perginapan lebih murah dan juga hotel terbaik untuk percutian korang . Pastinya lebih nilai untuk wang yang bakal korang belanjakan . Ternbaik pastinya dari Traveloka . Happy holiday ! Ingat cuti INGAT TRAVELOKA . Mudahnya melancong bersama Traveloka . Traveloka sentiasa ada untuk korang bagi merealisasikan perjalanan pelancongan korang menjadi YANG TERBAIK . Jom cuti cuti Malaysia . 

Artikel Menarik yang Lain

2 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.