Bantuan Sara Hidup BSH 2019

Bantuan Sara Hidup BH 2019 | Bantuan Sara Hidup BSH 2019 merupakan bantuan yang dierikan oleh pihak kerajaan hari ini dalam bentuk wang tunai kepada kumpulan isi rumah yang berpendapatan rendah . Pendaftaran permohonan Bantuan Sara Hidup BSH 2019 akan dibuka pada bulan Januari 2019 .

Dianggarkan kira-kira 4.1 juta isi rumah akan diberikan bantuan sara hidup mengikut jumlah yang telah ditetapkan . Terdapat sedikit perbezaan dalam pembahagian bantuan sara hidup 2019 iaitu, pemberian BSH 2019 hanya disalurkan kepada isi keluarga sahaja dan tidak melibatkan kategori bujang seperti sebelum ini .

Ada berita gembira untuk anda . Bantuan sara hidup 2019 menyediakan tambahan RM120 kepada penerima yang mempunyai anak berumur 18 tahun ke bawah ( terhad 4 orang anak sahaja ) kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka . Untuk lebih memahami tentang Bantuan sara hidup 2019 , Lya kupas satu persatu untuk anda lebih faham . 

Jumlah Bantuan Sara Hidup 2019

Bantuan Sara Hidup akan diberikan setahun sekali mengikut jumlah yang telahpun ditetapkan . Jumlah bantuan yang ditetapkan adalah mengikut kategori yang berlainan .

Bantuan Sara Hidup BSH 2019

Isi Rumah Berpendapatan Di Bawah RM2000
- Bagi Isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2000 akan mendapat Bantuan Sara Hidup berjumlah  RM1000 .

Isi Rumah Berpendapatan RM2001-RM3000
- Bagi Isi rumah berpendapatan RM2001-3000 akan mendapat Bantuan Sara Hidup berjumlah RM750 .

Isi Rumah Berpendapatan RM3001-RM4000
- Bagi isi rumah berpendapatan RM3001-4000  akan mendapat Bantuan Sara Hidup berjumlah  RM500 .

Bantuan Sara Hidup 2019 :  Adakah Cara Ini Berkesan Untuk Meringankan Beban Rakyat

Bantuan sara hidup 2019 adalah salah satu cara berkesan untuk meringankan beban rakyat dalam membantu menampung kos sara hidup  . Bantuan sara hidup 2019 yang diberikan pastinya dapat meringankan sedikit beban rakyat terutama pada mereka yang kurang berkemampuan .

Di zaman serba mencabar ini dengan kadar kenaikan harga barangan yang kadangkala melampau dan tidak masuk akal , pembahagian bantuan wang sara hidup sangat sangat diperlukan . Dengan wang bantuan sara hidup yang diberikan penerima dapat membeli barangan keperluan harian bagi menampung kos kehidupan  .

Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berterima kasih kepada kerajaan di atas bantuan yang di berikan . Pembahagian bsh 2019 adalah salah satu alternatif daripada pihak kerajaan untuk rakyat dan ianya adalah keputusan terbaik dalam membela nasib rakyat Malaysia .

Kesedaran Menggunakan Wang Bantuan Sara Hidup Dengan Cekap 

Bagi anda penerima wang bantuan sara hidup perlulah menggunakan wang yang anda dapat dengan cekap dan teratur bagi menjamin keperluan di masa akan datang tidak akan terjejas . Seharusnya kita perlu merancang dengan lebih teliti ke mana arah dan hala tuju wang yang kita perolehi . Semoga dengan adanya sifat kesedaran yang tinggi dalam diri kita , kita akan dapat menguruskan wang dengan bijak dan lebih sistematik . Apa yang penting dan ingin Lya tekankan di sini , BERBELANJALAH DENGAN BIJAK DAN BERHEMAH .

Dengan cara ini kita tidak akan melakukan pembaziran dengan wang bantuan yang diterima dan menggalakkan kita untuk membelanjakan wang bantuan sara hidup dengan lebih bijak . Ubah cara berbelanja dan gaya hidup menjadi lebih baik.

Pengurusan Wang Bantuan Sara Hidup 

Berdasarkan pemerhatian Lya , antara faktor utama wang bantuan sara hidup tidak dibelanjakan pada jalan yang sepatutnya adalah kerana sikap dan sifat penerima itu sendiri yang tidak merancang dengan baik . 

Tetapkan jumlah yang ingin dibelanjakan dan jumlah yang ingin disimpan . Kenalpasti perkara yang paling penting untuk anda belanjakan . Belanja ke atas barangan keperluan dahulu .  Seeloknya wang bantuan sara hidup dibelanjakan untuk hal hal yang berkaitan sahaja tanpa pembaziran antaranya ;

Perbelanjaan Untuk Persekolahan Anak Anak 
- Memandangkan pengagihan wang BSH 2019 akan dilaksanakan pada awal tahun , di harap pihak keluarga yang menerima bantuan dapat menggunakan wang yang diperolehi untuk persekolahan anak anak pada tahun 2019 .

Banyak perkara yang perlu di ambil cakna pada awal tahun contohnya pembayaran yuran , pembayaran pakaian dan alatan sekolah serta bayaran bayaran lain untuk persekolahan .  Penggunaan secara berhemah dalam menggunakan wang bantuan sara hidup paati dapat meringankan beban keluarga di awal tahun . 

Berbelanja Untuk Barangan Yang Penting Sahaja 
- Tetapkan had perbelanjaan keluarga . Jika ingin berbelanja senaraikan terlebih dahulu hanya barangan penting dan diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran .

Sesetengah daripada kita bila dapat duit banyak terus dibelanjakan dan sekelip mata sahaja duit di tangan habis . Fikirkan yang terbaik sebelum membuat sebarang perbelanjaan . Jangan kita terlalu seronok dapat duit terus berbelanja ikut hawa nafsu . Kawal diri kawal nafsu berbelanja bagi mengelakkan pembaziran . 

Simpan Untuk Kecemasan 
- Jangan lupa simpan wang jika ada wang lebih selepas membuat pembayaran dan pembelian . Seharusnya kita perlukan satu tabung kecemasan jika berlaku perkara perkara yang tidak diingini di kemudian hari . Wang simpanan ini boleh kita gunakan .

Orang cakap malang tidak berbau . Bila bila masa kita mungkin akan di timpa kesusahan . Dengan adanya simpanan ini kita boleh gunakan pada waktu susah di kemudian hari . Jadi simlanlah sedikit daripada lebihan perbelanjaan untuk simpanan masa depan . 

Pendaftaran Dan Permohonan Bantuan Sara Hidup 2019


Bantuan Sara Hidup BSH 2019

Untuk anda yang memenuhi syarat-syarat kelayakan , anda boleh membuat permohonan  bantuan sara hidup 2019  bermula Januari 2019 .

Pendaftaran permohonan Bantuan Sara Hidup 2019 akan dibuka mulai Januari 2019 . Maklumat rasmi mengenai tarikh pendaftaran akan dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia dalam tempoh terdekat .

Penerima yang sedia ada juga dikehendaki membuat untuk mengemaskini maklumat diri dan isi rumah di portal rasmi https://bsh.hasil.gov.my , agar tidak terlepas peluang mendapatkan bantuan sara hidup pada tahun 2019 . Semakan keputusan bantuan sara hidup 2019 boleh dibuat dengan menghubungi talian hotline : 1-800-88-2716 ( waktu operasi :  9:00 pagi – 5:00 petang ) .

Cara Pembayaran Bantuan Sara Hidup ( BSH ) 2019 

Seperti yang kita semua sedia maklum , pembayaran bantuan sara hidup 2019 akan dimasukkan terus ke akaun bank yang telah anda daftarkan semasa pendaftaran . Berikut adalah senarai bank yang terlibat . 

- Affin Bank
- Agro Bank 
- Alliance Bank Malaysia Berhad 
- Am Bank Berhad
- Al Rajhi Bank 
- Bank Islam Malaysia Berhad 
- Bank Rakyat
- Bank Muamalat Malaysia Berhad 
- CIMB Bank Berhad
- Gong Leong Bank 
- HongKong Shanghai Bank Malaysia Bhd 
- Maybank
-  OCBC Bank
- Public Bank Berhad
- RHB Bank Berhad
- Standart Chartered Bank Malaysia Bhd 
- United Overseas Bank Malaysia Berhad

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank , anda akan mendapat baucer kelulusan yang boleh ditunaikan di mana mana cawangan Bank Simpanan Nasional dan juga di bank yang disenaraikan di atas . 

Semoga perkongsian dari Lya bermanfaat buat anda semua . Bagi yang layak , jangan lupa mendaftar nanti ya . Semoga anda akan menjadi salah seorang penerima yang layak untuk mendapat Bantuan Sara Hidup 2019 . InsyaAllah  aamin aamin . 

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. harap bantuan ini dapat meringankan kepada mereka yg berpendapatan rendah .

    BalasPadam
  2. ada lagi kan bantuan ni..alhamdulillah..boleh la meringankan sedikit bebanan mereka yang memerlukan

    BalasPadam
  3. Harap dpt kepada org yg sepatutnya la

    BalasPadam
  4. Bagus juga ada bantuan mcm ni, kurang beban rakyat. Cuma hat bandar kena buat sampai 6k kot.

    BalasPadam
  5. moga membantu kepada mereka yang memerlukan... usaha yang bagus dan patut di teruskan

    BalasPadam
  6. alhamdulillah. semoga bantuan ini dapat digunakan sebaiknya oleh penerima

    BalasPadam
  7. sedikit bnyak boleh bagi bantuan kat yang memerlukan

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.