HCube Education : Home Tuition Dan Guru Quran Di Rumah

HCube Education : Home Tuition Dan Guru Quran Di Rumah | Zaman serba moden dan mencabar ini , ramai antara kita terutama ibubapa yang menitikberatkan pembelajaran samaada akademik ataupun agama merasakan pembelajaran di sekolah tidak cukup untuk keperluan anak anak mereka . Sebagai langkah alternatif ibubapa memilih home tuition dan juga guru al quran di rumah untuk anak anak mereka agar anak anak mereka menjadi insan cemerlang dalam bidang akademik dan juga agama .

Seperti yang kita tahu tuisyen adalah salah satu medium yang cukup berkesan dalam membantu anak anak lebih cemerlang di bidang akademik . Lebih kerap anak anak belajar lebih mudah untuk mereka faham kitaran pembelajaran mereka . Tambahan pula jika belajar secara perseorangan melalui tutor peribadi , tumpuan tutor pastinya 100% pada anak anak kita . Maka anak anak akan lebih fokus pada pembelajaran apabila mempunyai tutor peribadi . 

Sebenarnya banyak sebab ibubapa memilih untuk mendapatkan seorang tutor peribadi untuk anak anak antaranya berkemungkinan ibubapa inginkan anak mereka lebih faham dan memahami satu satu matapelajaran  dan ingin memberikan anak anak tumpuan yang lebih terhadap permasalahan pembelajaran mereka . Untuk menjadi cemerlang , anak anak perlukan lebih bimbingan daripada yang pakar . Kadang kadang ibubapa tidak mempunyai masa  dek kerana kekangan tugas untuk membantu anak anak mereka dalam pembelajaran . Oleh kerana itu ramai ibubapa memilih untuk mengupah tutor tutor yang berkualiti untuk anak anak mereka .


HCube Education 

Baru baru ni KakYa ada dengar mengenai HCube Education . Apabenda HCube Education ni ? Mula mula KakYa ingatkan HCube Education ni pusat jualan buku buku ilmiah tapi sangkaan KakYa meleset . Rupa rupanya ...

HCube Education atau HCUBE EDUCATION RESOURCES (SSM 002563767-D) ini telah lama ditubuhkan iaitu pada tahun 2016 . Kiranya hampir dua tahun sudah HCube Education bertapak ni Malaysia .

HCube Education adalah pilihan terbaik ibubapa di luar sana yang berminat mendapatkan tutor-tutor yang berkualiti bagi membantu anak-anak mereka di dalam pelajaran akademik dan juga agama .

HCube Education menyediakan perkhidmatan home tuition , mengaji Al - Quran di rumah , program cuti sekolah , asas membaca , asas mengira bagi subjek-subjek utama bermula dari Pra-Sekolah , UPSR ,  PT3 dan juga  SPM .


HCube Education adalah penyelesaian terbaik buat ibubapa yang tidak mempunyai masa untuk menghantar anak ke pusat tuisyen , risau anak mereka malu bertanya di dalam kelas dan kurang keyakinan diri .


HCube Education terus komited meningkatkan mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa bagi melahirkan lebih ramai tutor berkualiti yang dapat membantu pelajar yang memerlukan bantuan di dalam pelajaran akademik dan juga agama .


Pihak HCube Education menyediakan set set soalan peperiksaan terkini dan akan diberikan kepada pelajar dan pihak tutor akan mengenalpasti kelemahan pelajar tersebut dan dengan cara ini kelemahan pelajar akan dapat diatasi dengan mudah dan dipertingkatkan .


Setiap kali kelas , tutor dari HCube Education akan membincangkan perkembangan anak - anak  dan di penghujung setiap bulan tutor akan memberi report card  untuk disemak oleh pada ibubapa . Dengan cara ini ibubapa lebih tahu berapa peratus peningkatan pembelajaran anak anak mereka setiap bulan . Cukup mudah dan memberangsangkan buat ibubapa dalam pemantauan pembelajaran anak anak mereka .


Kenapa IbuBapa Perlu Memilih HCube Education 

Kepakaran HCube Education adalah membantu ibubapa di luar sana dengan memastikan kecemerlangan anak-anak mereka terjamin dalam bidang akademik mahupun agama .

Kelas home tuition HCube Education membantu pelajar untuk belajar dengan lebih fokus dan mudah kerana mereka diberikan tumpuan sepenuhnya oleh tutor terlatih sepanjang sesi pembelajaran di rumah . Anak anak akan mendapat perhatian 100% daripada tutor .

Para ibubapa juga tidak akan kerugian masa kerana kerana tutor tutor terlatih akan datang ke rumah untuk sesi pembelajaran bersama anak anak mereka . Jadi ibubapa tidak perlu terkejar kejar masa untuk menghantar anak anak ke pusat tuisyen sebaliknya tutor yang akan datang ke rumah .

Ibubapa juga dapat melihat sendiri anak anak mereka belajar bersama tutor tanpa perlu bersusah payah kerana anak anak berada di depan mata . Cara ini juga akan dapat menjamin keselamatan anak anak daripada perkara perkara yang tidak diingini .

HCube Education menyediakan tutor tutor berwibawa yang dapat meningkatkan lagi pembelajaran anak anak ke tahap yamg lebih baik . Ini kerana di HCube Education hanya tutor tutor berkelayakan dan berpengalaman sahaja yang dipilih . Pemantauan pembelajaran anak anak akan sentiasa mendapat perhatian berterusan dari semasa ke semasa . Ini dapat menjamin pembelajaran anak anak akan terus meningkat dan lebih baik . InsyaAllah .

Kawasan Liputan HCube Education

Perkhidmatan tuisyen di rumah dan mengaji Al -Quran HCube Education meliputi kawasan  di rumah sekitar Lembah Klang , Shah Alam , Klang , Kuala Lumpur, Subang , Selangor , Pulau Pinang dan juga Johor Bharu. 

Testimoni Daripada IbuBapa Yang Berpuas Hati Dengan Perkhidmatan HCube Education

Berikut KakYa kongsikan beberapa testimoni daripada ibubapa yang berpuas hati dengan khidmat tutor yang disediakan oleh pihak HCube Education .









Berminat menggunakan khidmat tutor peribadi untuk pembelajaran akademik dan al quran anak anak anda , anda boleh WhatsApp atau layari laman sosial tertera di bawah untuk maklumat lebih lanjut :

WhatsApp : +60 18-362 9842
Email : hcubehometuition@gmail.com
Youtube : HCube Education
Web : www.hcubeeducation.com

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Asalam ..terbaik..dah besar ya akif

    BalasPadam
  2. bagusnya... senang dan selesa budak-budak belajar tusyen kat rumah...

    BalasPadam
  3. makin mudah zaman sekarang. semoga dipermudahkan untuk generasi akan datang untuk terus kekal bersemangat untuk menimba ilmu

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.