Selamat Hari Lahir Ke 11 Muhammad Adam Iman

August 13, 2018

Selamat Hari Lahir Ke 11 Muhammad Adam Iman |  Alhamdulillah sedar tak sedar harini dah masuk 13.8.2018  . Bermakna hari ni hari lahir Adam Iman yang ke 11  . Ya Allah dah 11 tahun dah usia Iman  . Cepat jer masa berlalu sedar tak sedar dah 11 tahun usia dia  . Alhamdulillah anak Umi membesar sihat dan sempurna depan mata Umi juga abah .


Syukur padaMU Ya Allah memberikan kesihatan yang baik untuk Iman  . Semoga Iman akan terus dipanjangkan usia . Umi dan abah berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar anak kedua Umi dan abah ini akan sentiasa di beri kesihatan yang baik , di murahkan rezeki , diberikan minda yang cerdas , panjang umur , menjadi anak soleh serta sentiasa dalam lindungan dan redha Allah SWT . Sanah Helwah Ya Muhammad Adam Iman . Sayang kamu dunia akhirat .



Umi dan Abah mengharapkan impian yang Iman impikan , semoga Allah SWT menjadikan impian Iman itu satu kenyataan . Semoga semua itu akan tercapai satu waktu nanti . Semoga kegembiraan mengisi diri Iman dalam setiap waktu . Semoga Iman akan mendapat keberkatan di dunia dan juga akhirat .

❤ SELAMAT HARI LAHIR KE ~ 11 MUHAMMAD ADAM IMAN ❤

Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. happy birthday iman, semoga menjadi anak penyejuk hati umi dan abah

    ReplyDelete
  2. 11 tahun menghuni dunia ini.11 tahun menggalas tanggungjawab sebagai anak dan hamba-Nya.Untuk usia selanjutnya,moga tidak disia-sia.Moga juga sentiasa mewah dengan kasih sayang-Nya.Jaga Allah yang lain nanti turut terpelihara.Selamat ulangtahun untuk umi yang melahirkan khalifah soleh ini.

    ReplyDelete
  3. besar dah sis.. happy birthday Adam Iman, membesar dengan sihat dan jadi anak yg soleh.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.