Tips Minda Magnet Rezeki

Tips Minda Magnet Rezeki | Selamat pagi sahabat blogger dan rakan pembaca blog KakYa . Salam MAGNET REZEKI . Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki yang berkat buat sahabat KakYa semua . Semoga Allah SWT kurniakan sederas dan seluas luas rezeki buat korang semua . Aaamin aamin .

KakYa ada baca beberapa tips mengenai Minda Magnet Rezeki dan KakYa terpanggil untuk berkongsi bersama sahabat . Berikut KakYa kongsikan beberapa Tips Minda Magnet Rezeki yang mudah dan santai . Walaupun mudah  dan santai , jangan terkejut kerana impaknya pasti buat kita terpegun . Pastinya dengan izin Allah SWT .

-  Solat Sunat Dhuha

Solat sunat Dhuha termasuk dalam kandungan hadith Rasulullah s.a.w sebagai amalan yang digalakkan untuk diamalkan . Mengikut kajian, Solat Sunat Dhuha yang dilakukan pada awal pagi hari mempunyai rahsia dan khasiat tersendiri .

Individu yang sentiasa mengamalkan Solat sunat Dhuha akan lebih cenderung dan berkebolehan berkomunikasi dengan hebat dan mampu menjadi “magnet rezeki.” Rezeki akan lebih mudah mendekati mereka (dengan izin Allah) .

- Banyakkan Bersedekah

Percayalah bahawa semakin banyak kita bersedekah , semakin Allah menambahkan rezeki kita . Sedekah dan zakat mempunyai rahsia tersendiri di mana ia dapat menyuburkan dan membersihkan rezeki yang kita terima. Maka , jangan takut atau kedekut untuk bersedekah (mengikut kemampuan) . Lagipun , belum pernah kita terdengar orang muflis sebab bersedekah .

Pegang prinsip bersedekah umpama menabung untuk saham akhirat nanti . Pahala yang terhasil dari amalan sedekah semakin hari semakin subur dan berpanjangan tanpa henti. Bersedekahlah dengan tulus ikhlas tanpa mengungkit-ungkit dan jauhkan diri dari bersedekah untuk mendapat nama . Peganglah prinsip “ tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima .”

- Berdoa Bersungguh-sungguh Diwaktu Mustajab Berdoa

Doa adalah senjata orang mukmin. Setiap amalan dan usaha yang telah dilakukan haruslah diiringi dengan doa dan kemudiannya bertawakal kepada Allah SWT . Berdoalah kepada Allah agar memurahkan rezeki dan membukakan pintu rezeki kita seluas-luasnya . Terdapat masa dan ketika di mana ia dikatakan waktu yang amat mustajab untuk berdoa. Antaranya ialah :

• Doa selepas solat 5 waktu
• Doa waktu antara 2 khutbah Jumaat
• Doa waktu solat dhuha
• Doa diwaktu berjemaah
• Doa seorang ibu
• Doa ketika sedang sujud

Gunakanlah sebaik-baiknya senjata orang Mukmin ini . Mudah-mudahan Allah SWT memakbulkan setiap doa kita supaya hidup lebih diberkati . Apabila hidup kita diberkati , maka mudahlah rezeki mengalir kepada kita . Insya-Allah .

Catat Ulasan

4 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.