Hati Hati ! HFMD Sedang Menular

Hati Hati ! HFMD Sedang Menular | Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) menasihatkan ibubapa supaya berhati hati dengan virus yang menyebabkan penyakit HFMD . HFMD sedang menular sekarang ini dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaporkan peningkatan kes akibat jangkitan  semakin meningkat . 

Apa Itu HFMD Dan Bagaimana Ianya Terjadi

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung , air liur , lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD . Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam , luka (ulcer) di mulut , ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki . HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri . Namun begitu , segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung .

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama , seperti di taska, pusat asuhan atau sekolah .

Tanda Tanda HFMD

Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti : 

- Demam
- Sakit Tekak
- Ulser pada tekak , mulut dan lidah
- Sakit kepala
- Hilang selera makan
- Ruam dengan vesikel (lepuhan) pada tangan , kaki dan kawasan diaper .


HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri . Namun begitu , segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung .


Langkah Langkah Pencegahan Dan Rawatan HFMD

HFMD disebabkan oleh virus dan merebak dari individu ke individu dengan sentuhan langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti . Maka , bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil , Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa :

-  Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah .

- Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak .

- Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘ Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah ’ serta ‘ Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan , Kaki Dan Mulut ’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat  :  http://www.moh.gov.my.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Catat Ulasan

0 Ulasan