Bila Ada Anak Perempuan

July 15, 2018

Bila Ada Anak Perempuan | Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan . Alhamdulillah syukur , terima kasih Allah atas anugerah rezeki yang KAU pinjamkan untuk kami suami isteri . Nama di beri Nur Aina Insyirah . 


Jujur , masa dia kecil kecik dulu
Tak rasa sangat cabarannya
Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya .

Ada anak perempuan jangan ambil mudah 
Jangan buat tak endah
Tanggungjawabnya berat
Tugasnya amat besar 

Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki
Bila ada anak perempuan
Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi seksi
Bukanlah mahu diajar anak bertudung litup 
Tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan
Tidak terdedah sana sini
Tidak ketat menonjol
Ajarkan mereka erti malu
Ajar pakai yang sopan sopan
Besederhana menikmati zaman kanak kanak

Bila ada anak perempuan
Tak boleh dibiar tidur sana sini
Harus diajar tidur setempat di dalam bilik
Bahayanya ada dimana mana
Jangan percaya kepada sesiapa

Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka sentuhan selamat
Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat
Jangan biarkan anak berseorangan
Sentiasa temani mereka
Biar kita susah hari ini
Dari menangis dikemudian hari

Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka tentang harga diri
Ajar mereka untuk sayang diri sendiri
Kerana diri mereka sangat berharga

Bila ada anak perempuan
Terangkan kepada mereka tentang haid , 
dan kehamilan bila mereka sudah baligh
Usah malu untuk memberi ilmu
Bimbang mereka cari di tempat salah

Bila ada anak perempuan
Pilihlah rakan untuk mereka
Kenali juga siapa kawan mereka
Rakan yang baik menjadi penguat
Rakan yang nakal menjadi pemusnah

Bila ada anak perempuan
Selalu lah diperiksa handphone mereka
Apa yang dikongsi
Apa yang ditulis
Ambil tahu

Bila tiba saat kau lepaskan mereka - Hidup berjauhan
Sentiasa ingatkan mereka
Jagalah diri baik baik
Jagalah maruah diri
Jagalah maruah keluarga

Biarlah orang kata kita kolot
Biarlah orang kata kita syadid

Bila ada anak perempuan
Berdoalah , 
Mohon dijaga kehormatan diri mereka
Mohon dijaga keselamatan mereka
Moga moga Allah jaga dan lindung..

Perkongsian untuk kita bersama ibu ayah ⚘⚘⚘


Suhaimi Abd Aziz , anak perempuan kita kakak Insyirah sorang je . 

Artikel Menarik yang Lain

3 Sahabat Setia

  1. Cabaran kan KakYa...PC yang belum ada anak ni pun selalu dengar keluh kesah kawan2....cabaran bermula sedari anak sudah pandai bercakap.....seterusnya bila sahaja masuk ke sekolah...walau baru ke tadika atau taska.....Allahu..

    ReplyDelete
  2. Nice words...
    Aida ada 2 girls.

    ReplyDelete
  3. x tau la saya nanti nk dapat lelaki ke perempuan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.