Sedih Itu Bertapa Di Hati

June 20, 2018

Sedih Itu Bertapa Di Hati | Salam Syawal ke 6 sahabat . Petang ni KakYa nak berkongsi cerita bersama sahabat . Sebelum ni KakYa tak pernah kongsi kisah KakYa yang INI kat media sosial baik facebook , instagram , twitter apalagi dekat blog .  Cerita ni KakYa dah publish kat facebook pagi tadi . Ingatkan nak publish kat blog pagi tadi jugak , tapi kekangan masa dan KakYa pulak demam terus tergendala hingga ke petang . Petang ni KakYa ada sedikit masa dan cuba luangkan untuk menulis untuk kesekian kalinya.

Bila dapat soalan soalan cepumas daripada sedara mara saat korang seronok berkumpul suka ria di hari raya . Apa yang korang rasa ?

" AKIF DAH BESAR DAH , BILA LAGI NAK DAPAT ADIK ? TAKDE RASA NAK TAMBAH ANAK LAGI KE ?  MERANCANG KE ? ANAK POMPUAN SORANG JER TANAK TAMBAH ANAK POMPUAN LAGI KE ? DAH ADA DUA ANAK LELAKI TAMBAH LA LAGI SORANG ANAK POMPUAN BUAT KAWAN NGAN KAKAK KESIAN KAKAK TAKDE KAWAN , KAN KAKAK ? .. 

Ni antara soalan soalan femes bila jumpa sedara mara , sahabat handai dan jugak jiran tetangga tua muda kat kampung masa HARI RAYA . Yess KakYa pon ada dapat soalan yang sama . Tapi KakYa Ok je , tak melatah takde la rasa nak sentap bagai memang takde semua tu apalagi nak tuduh tuduh orang yang tanya tu membawang memang takde walau sekelumit rasa itu datang dihati KakYa . Alhandulillah sabarlah wahai hati .

Tapi bila soalan soalan ni menerpa apa yang KakYa rasa . KakYa rasa nak nangis nak nangis nak nangis kat situ juga . KakYa tahan airmata KakYa tenangkan diri dan doa dalam hati Ya Allah jangan KAU jatuhkan air mataku di sini Ya Allah . Ingatan KakYa pada peristuwa sembilan tahun lepas pasti menerpa . 

KakYa teringat balik waktu lahirkan Akif sembilan tahun lepas , dua tiga empat hari lepas Muhammad Akif Imtiyaz lahir ke dunia KakYa tersilap cakap bila suami KakYa tanya . Nanti lepas Akif kalau ada anak perempuan pon ok jugak kan ? Boleh la gang dengan kakak . KakYa cakap tak nak dah tak nak sakit bersalin Akif ni masih terasa rasa lagi . Tak nak dah cukupla 3 orang ni jer bang . Tak nak dah . KakYa duk ulang ayat tu la kat suami setiap kali suami tanya . Tanpa KakYa sedar ucapan yang keluar dari mulut KakYa  sebenarnya satu doa.  Celuparnya aku Ya Allah . 

KakYa lupa Allah maha mendengar . Dan hingga ke  saat ini KakYa menyesal sesangat . Menyesal sebab apa yang KakYa cakap itu satu doa yang menyebabkan KakYa tak dapat anak lain lagi selepas Akif . KakYa menyesal sesangat sebab mulut masin KakYa duk ucap ayat tak nak tak nak tak nak sampai arini KakYa tak dikurniakan zuriat lain selepas Akif. 

KakYa usaha dan teruskan usaha . Bagi KakYa mungkin belum rezeki Allah nak bagi anak ke 4 tapi KakYa rasa terkilan sebab silap cakap dan silap ulang cakap benda sama . Saat KakYa rasa sangat sangat nak bermain dengan baby sendiri KakYa nampak baby orang lain KakYa sedih . Allah saja yang tahu perasaan waktu dan saat itu . Saat anak sulung KakYa suarakan hasrat nak adik perempuan hati KakYa tambah rapuh .

" Umi , kakak nak adik perempuan pulak la .. Kakak dah ada dua adik lelaki , jadi kakak nak adik perempuan pulak . Boleh tak Umi ? "

Saat Akif dengan Iman cakap , " Umi Akif nak adik sorang pon jadila , kakak ada adik abang iman ada adik tapi Akif takde adik " 

Akif pernah cakap kat KakYa " Umi jom kita pegi pasar kita beli adik sorang kat pasar " .. kalau la KakYa boleh adik untuk Akif KakYa dah beli dah kat pasar .

Sebaknya rasa hati saat anak anak minta diberikan seorang adik untuk diaorang . Tapi apakan daya KakYa , semua tu kuasa Allah . KakYa sebagai insan yang lemah hanya mampu berdoa , berdoa dan berdoa banyak banyak .

Tiga buah hati pengarang jantung KakYa dan suami . Anugerah terindah pinjaman dari Allah SWT untuk kami jaga dan didik sebaik yang mampu . Terima kasih Allah .

Mungkin betul bukan rezeki KakYa lagi tapi KakYa sangat sangat berharap dan sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat lagi. 

Pernah satu hari bila KakYa lewat period terus nak pergi check kat Klinik . Tak dan dan time tu jugak nak pergi . Tapi jawapan yang KakYa dapat cukup menghampakan . Tapi KakYa terus cuba dan mencuba . KakYa teruskan dengan doa . Moga ada sinar untuk KakYa dan suami untuk menimang cahayamata lagi. 

Ya Allah , andaikata keceluparan aku dahulu menyebabkan KAU tak berikan aku zuriat lain hari ini , KAU maafkanlah aku Ya Allah . Sesungguhnya aku hanya insan yang lemah .  Aku juga insan yang tak berdaya menolak takfir Ya Allah . PadaMU ku meminta padaMU ku berserah . KAU yang maha mengetahui segala galanya , KAU maha berkuasa Ya Allah . Tunaikanlah permintaan hambaMU yang lemah ini Ya Allah . 

Moga Allah makbulkan doa KakYa . Tak banyak yang KakYa pinta moga Allah berikan peluang untuk KakYa dapat baby lagi . Moga Allah kurniakan cahaya bahagia untuk KakYa merasa sekali lagi mengandung dan melahirkan cahayamata . InsyaAllah aamin aamin . Doakan untuk KakYa ya sahabat .

Artikel Menarik yang Lain

4 Sahabat Setia

  1. sabar kak ya. Allah dengar doa kak ya. in syaa Allah nnti akif dapat adik perempuan. ameen

    ReplyDelete
  2. Teruskan usaha.. In syaa Allah ada rezeki tu nanti..

    ReplyDelete
  3. aamin..aamin..aamin.InsyaAllah KakYa.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.