Kasut Raya Anak Anak Dah Settle Dah

June 06, 2018

Kasut Raya Anak Anak Dah Settle Dah | Alhamdulillah settle dah bab kasut raya anak anak minggu lepas . Ingatkan nak settlekan sebelum puasa sebenarnya . Tapi masa pegi nak beli takde saiz la , takde yang berkenan la , mula suka dah duk lama sikit jadi tak suka pon ada .. kiranya macam macam hal la jugak nak beli kasut raya untuk anak anak KakYa ni . Al maklum la anak  tiga orang lain citarasa masing masing . Aku suka kuning ko suka hijau .. aku suka biru ko suka kelabu gitu la , ada jer yamg tak sependapat . Jadi nak tak nak Umi dengan abah kena ikut kehendak diaorang jugak la sebab bukan Umi dengan abah yang nak pakai kasut raya tu nanti . Kan tak kena citarasa diaorang suntuk angin pulak nanti . 

Al Ikhsan pilihan anak anak untuk kasut raya diaorang 

Setahun sekali beli kasut raya cari la mana satu yang berkenan di hati . Ikutkan kehendak dioarang setahun sekali . Reward untuk anak anak juga sebenarnya , bagi semangat sikit kat diaorang . Akhirnya dalam masa satu jam lebih kat Al Ikhsan Kemaman , anak anak dah jumpa kasut pilihan diaorang . Tadaaa tudia kasut raya anak anak . Kakak Insyirah dengan Abang Iman pilih NIKE . Akif pilih Adidas . Sebenarnya masa kat rumah dia duk  zikir berulang nak NIKE , nak NIKE , nak kasut raya NIKE ... Tup tup sampai kat sana dia pilih Adidas . Katanya yang NIKE takde yang dia berkenan . 

Alhamdulillah selesai bab kasut raya anak anak . Anak happy Umi abah pon happy dapat tunaikan permintaan anak anak . Semoga dengan cara memberi pada anak anak rezeki KakYa dan suami akan terus bertambah . Ya Allah bukakan pintu rezeki seluas luasnya untuk kami Ya Allah . Aamin aamin . 

Tadaaa dua pasang NIKE sepasang ADIDAS . Adidas takde gang taun ni . Tunggu Umi brli kasut Umi la nanti kalau nak bergang . 

Sesi cuba kasut baru . Cubalah nak jangan tak cuba . Ni menjelang nak raya ntah berapa kali try tatau la ni . Setakat ni dah banyak kali dah duk try kasut . 

Ni Abang Iman punya . Syiok sangat duk try kasut baru , Umi panggil tengok kamera pon tanak . Try jangan tak try . 

Menyelit jugak kasut Umi kat situ . Takpo la sesekali nak menyelit ngan kasut anak anak . Umi pakai Verns jer raya taun ni . 

Ok dapat harga tanpa GST . Yeayy jimat la sikit bila dah takde GST . Alhamdulillah rezeki anak anak KakYa . Doakan Umi abah murah rezeki ya anak anak . 

Baju raya dah settle , kasut pon dah ada .. apalagi nak cari lepas ni . Biasa la kan kalau makin dekat nak raya makin banyak pulak benda nak di beli . Kekadang KakYa pon pelik jugak apasal dekat dekat nak raya nak beli tu nak beli ni tak ada tu tak ada ni . Masa tak raya ok jer takde la nak beli macam macam asal nak raya je keluar macam macam list nak membeli . Tabiat ke apa ?  Ok sampai sini jer citer kasut raya anak anak KakYa . Nanti kalau ada citer lagi KakYa updated lagi . Bulan poser ni nak mengarang pon kekadang mood lari . Kena kejor mood baru boleh mengarang . Tapi ok la boleh la jugak uo entri daripada tak buat apa apa kan sunyi sepi sedu pulak blog KakYa . Ok la sampai jumpa lagi korang ... 

Artikel Menarik yang Lain

8 Sahabat Setia

  1. Dah selesai dah lapang hati kan kak...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..rezeki anak anak.Sama lah macam anak ina.Budak budak kan? kita pun masa kecil dulu pun macam ni lah.Selagi tak raya.Selagi tu lah duk try.Pastu pula,nurun ke anak.Setiap hari tanya bila nak raya.Tehehehe..sebab ina pesan pada anak yg umur 6tahun tu,Raya baru boleh pakai kasut ni tau.

    ReplyDelete
  3. aida baru mlm ni nak gi beli kasut diorang.
    moga ada la size nyer.
    kak Nurin di asrama, weekdays memang tak dpt nak membeli lah kan.
    ni dah cuti skola, baru la ok.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..settle dah kan..selagi tak raya selagi tulah ada je kelengkapan yang masih nak dicari...

    ReplyDelete
  5. wahh kemain smua dapat al ikhsan stuff

    ReplyDelete
  6. Untung bebudak sekarang, kasut mahal adidas, nike.
    Saya dulu kasut Reebok je. isk isk, nangis jap.

    ReplyDelete
  7. cantiknyaaa Nike hitam tu tergoda pulak.. hehe..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.