Tips Buka Pintu Rezeki

Tips Buka Pintu Rezeki  | Assalamualaikum buat semua pembaca blog Akif Imtiyaz  . Salam 10 Ramadhan buat semua . Alhamdulillah  dah 10 hari kita menjalani ibadah puasa . Semoga di bulan yang penuh keberkatan ini kita semua di berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang tidak pernah putus . InsyaAllah sama sama kita doakan . Aamin aamin . 

Pagi ni KakYa nak kongsikan dengan sahabat KakYa beberapa tips dan amalan agar kita semua sentiasa murah rezeki dan rezeki yamg kita dapat diberkati Allah SWT .

Apa Maksud Rezeki Yang Berkat

Maksud rezeki yang berkat " Sedikitnya cukup , banyaknya boleh diagih agihkan . Manakala rezeki yang tidak berkat , sedikitnya tidak cukuo , banyaknya tidak puas . Rezeki yang tidak berkat umpama meminum air laut , semakin diminum semakin haus " .


Beberapa tips yang KakYa kongsikan di bawah adalah hasil perkongsian yang KakYa dapat di group WhatsApp , group Telegram dan juga perkongsian daripada sahabat facebook KakYa . Semoga kita semua dapat mengamalkan tips ini agar pintu rezeki kita akan sentiasa terbuka seluas luasnya . Aaamin aamin .

Tips Buka Pintu Rezeki 

- Sentiasa menjaga solat di awal waktu . Pastikan solat kita 5 kali sehari tak tinggal . Ikut masa yang telah di tetapkan . Solat awal waktu insyaallah berkat hidup . 

- Berzikir , Bertasbih, Bertahmid dan Bertakbir 33x setiap kali selepas solat ( Subhanallah , Alhamdullilah , Allahu Akbar)

- Memperbanyakkan Istighfar dan solawat . Semasa menjalankan kerja , belajar atau perancangan bisnes banyakkan beristighfar kepada Allah .  Kita manusia yg sentiasa buat kesilapan, maka sentiasalah mohon keampunan dariNya .


- Sedekah . Sedekahkan Al-fatihah kepada kedua orang tua dan ahli keluarga sama ada yang masih hidup atau sudah tiada . Beri sedekah ikhlas dengan senyap tanpa mengheboh-hebohkan kepada org lain.



- Berbakti kepada kedua ibubapa . Jika ibu bapa masih ada , sedekahkan setiap awal pagi seberapa ringgit yang anda mampu untuk mereka . Mereka tidak mengharapkan wang ringgit , tapi itulah salah satu untuk buka pintu rezeki kita . Kumpulkan berapa jumlah sedekah dan berikan pada  mereka setiap minggu atau pada awal bulan .

- Solat Dhuha . Setiap pagi amalkan Solat Dhuha . InshaaAllah dengan usaha dan amal berterusan , pintu rezeki akan dibuka seluas-luasnya dan memudahkan urusan hidup anda .

- Bantu yang memerlukan . Jika kita ada terjumpa sesiapa sama ada manusia atau haiwan yang memerlukan dan dalam kesusahan, bantulah mereka .  Jika ada orang minta sedekah , berilah sedikit yang termampu mana yg anda ada . Kerana dalam setiap rezeki kita , ada terselit rezeki orang lain .

- Banyakkan berdoa pada Allah untuk apa sahaja yang kita lakukan . Boleh juga amalkan doa ini sebelum kita mula berniaga atau buat sebarang kerja .

" Ya Allah, kau lembutkanlah hati orang yang berurusan denganku hari ini . Semoga kami diberi manfaat yang baik dari hasil urusan dan kerjasama kami . Amiin . "

- Membayar Zakat .  “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”- Surah An-Nur (ayat 56) .




- Membaca Al-Quran dan terjemahannya setiap hari agar kita lebih memahami maksud setiap ayat yang di baca .

- Membaca Surah Yassin setiap pagi mohon agar dipermudahkan segala Urusan harian kita.

- Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang di beri.

- Membaca surah Al Waqiah diri akan terpelihara daripada kita dari kemiskinan

Sentiasa berdoa agar rezeki itu halal lagi berkat .



- Jika ingin cepat kaya dan merasakan duit tidak pernah putus-putus dalam dompet silakan amalkan ayat ini.


Semoga apa yang KakYa kongsikan di sini bermanfaat untuk semua sahabat KakYa yang singgah kat blog KakYa . Kita buat ikut kemampuan dan mulakan sikit demi sikit hingga kita terbiasa dan dapat memjadikan tips di atas sebagai amalan harian kita .

Jom kita belajar lagi tentang Magnet Rezeki Cara Allah >> Download workbook 100 Hari Magnet Rezeki di sini>>>

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Terima kasih KakYa perkongsian...moga manfaatnya tersebar pada banyak orang dan setiap kebaikkan kita nikmati bersama.Aamin.

    BalasPadam
  2. Terima kasih . Minta izin ya saya screenshot dan share . Moga anda pun dapat pahala share benda yang baik

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.