Selamat Berpuasa Untuk Semua Ummat Islam

May 16, 2018

Selamat Berpuasa Untuk Semua Umat Islam |  Alhamdulillah esok kita ummat islam semua,  akan menyambut bulan Ramadhan. Bersediakah kita dalam mencari keredhaan Allah SWT di bulan Ramadhan ini? Sama samalah kita berdoa semoga dipermudahkan segala urusan kita dalam apa jua yang dilakukan. Selamat berpuasa kepada semua sahabat dan pembaca blog KakYa. Semoga kita semua di beri kesihatan yang baik dan dapat menjalani ibadah puasa kali ini dengan sempurna. Jom kita hayati Ramadhan dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.


Tips Kekal Sihat Di Bulan Ramadhan 

Sebelum KakYa duk pot pet terlebih, KakYa nak kongsikan beberapa tips kesihatan yang perlu korang amalkan di bulan Ramadhan ini. Untuk kekal sihat dan cergas sepanjang bulan Ramadhan, boleh amalkan tips kat bawah ni:

• Banyakkan meminum air terutamanya air kosong.
• Elakkan tidur yang berlebihan.
• Kurangkan makan makanan yang berminyak.
• Kurangkan makanan yang berempah dan pedas.
• Lebihkan memakan buah-buahan dan sayur- sayuran dan fiber.

Sama sama kekal sihat dan bertenaga di bulan Ramadhan ini. Selamat berpuasa sahabat semua.

Artikel Menarik yang Lain

1 Sahabat Setia

  1. Selamat berpuasa KakYa sekeluarga....maaf zahir batin ya kak..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.