Kempunan Nak Pakai Adidas Polo Shirt Junior

May 07, 2018

Kempunan Nak Pakai Adidas Polo Shirt Junior | Dua tiga hari lepas KakYa ke Al Ikhsan Kemaman, lama jugak tak cari jersi untuk anak anak KakYa. Hajatnya nak cari jersi tapi takde yang baru dan berkenan di hati. Dalam duk belek belek jersi KakYa nampak la Adidas Polo Junior tergantung kat kawasan jersi kanak kanak. Mula mula tengok hati dah jatuh suka. Bila KakYa tanya Akif dia pon suka. Ok la dah dia suka maknanya Abang Iman pon mesti suka. Apalagi Umi beli jer la. Satu untuk Akif dan satu untuk Iman. Tak perasan pon ada diskaun sebab takde tulis apa apa tup tup bila tengok kat resit harga baju dari RM90 sehelai dapat RM79 sehelai. Untung jugak la dapat diskaun RM22 untuk dua helai baju. Jadi KakYa bayar RM158 untuk baju dan RM80 untuk bola. Emm bola pon sempat dak Akif rembat sebijik. Total semua sekali RM238.


Masa mana ntah dia sibuk pilih bola. KakYa duk sibuk pilih baju sempat lagi Akif pilih bola. Huhhh dan dan jer dia ni. Ni nasib jugak la Abang Iman tak ikut sekali kalau ikut maunya dua bijik sekali ni. Aduhai anak oh anak. Apa ke tak nya kalau dah minat bola opkos la bola yang dia cari. Kalau dah adik beli opkos jugak la abang nak sekali. Kalau murah murah ok lagi la. Ni tak, sebijik RM80 huhuhu. Bayar sambil pejam mata. 


Masa kat Al Ikhsan Kemaman, KakYa tak sempat nak check keadaan baju camne. Sekadar pastikan saiz betul dan warna pon dah betul terus bawak balik rumah. Biasa kalau beli baju kat Al Ikhsan Kemaman KakYa tak berapa nak check sangat sebab yakin dengan kualiti pakaian kat situ. Lagipon baju tu masih duk dalam plastik dan baju baru. Opkos la okey. Tak syak la nak jadi tak ok bila sampai rumah. Aduhaiii parah parah .. First time kena gini ..


Sekali imbas tengok memang takde nampak apa apa la kan kat baju tu. Biasa biasa jer. Tapi bila pandang lagi sekali baru KakYa perasan kat belakang dan depan baju kawasan yang berwarna putih nampak macam ada kesan tekanan cop dan kesan dakwat ke apa ntah KakYa pon tak pasti. Paling ketara bila letak kat kawasan panas. Memang nampak terang lagi bersuluh la jawapnya. 

Kalau tengok camni memang takde nampak apa apa masalah kat baju tu..

Gambar bawah.. Cer korang perati kat kawasan atas baju nampak cam kena cop pon ada .. nampak warna kain berlainan pon ada. Memang ketara sangat la warna macam campur hitam biru kat belakang tu. Setelah KakYa amat amati dan tengok betul betul SAH memang kena pegi tukar. Terus KakYa check baju Iman. Emmm sama jugak. Dua dua baju ada kesan kotor pada kawasan yang sama. Nak kata camne eaa. Nak kata kesan kotor bukan, dia lebih kepada kesan masa lipatan dan kesan dakwat masa cetak kot. Tak tau la nak citer lagu mana. Apa yang pasti kena pegi tukar.




Lepas KakYa snap gambar terus masukkan kat dalam plastik semula. Petang hari yang sama KakYa bawak baju ni ke Al Ikhsan Kemaman. Hajat memang nak tukar yang lain la sebab KakYa dan anak anak memang dah suka dengan baju ni. Tapi lain pulak citernya bila semua baju jenis ni memang ada tanda dan kesan yang sama. Semua stok yang ada mempunyai kesan yang sama. Aduh apa dah jadi ni, tak check ke sebelum jual. Kakitangan Al Ikhsan Kemaman pon tak perasan dan bila dioarang call tanya outlet lain semua cakap baju ni ada kesan yang sama kat tempat sama. Hari KakYa pegi tukar tu baru diaorang semua tahu. Call kat satu lagi outlet pon tetap sama jugak jawapannya. 

Alahai macam macam hal. Nak tak nak kena tukar barang lain dengan harga sama. En Hubby cakap kalau ada barang lain yang berkenan boleh la tukar. Kalau takde terpaksa la ambil duit balik. Takkan nak paksa ambil barang yang kita tak suka. Pihak Al Ikhsan Kemaman cakap itu polisi diaorang. Iya la polisi tapi masalahnya bukan kita tak nak baju tu kita nak tapi semua baju tu ada masalah camne nak beli. Lepas dah bincang semua sekali KakYa cuba jugak cari barang apa yang nak di tukar. Masa pegi petang tu bawak Iman sekali, apalagi dia nak bola la. Ambik bola sebijik untuk Iman dengan harga RM80 dan dapat pulangan balik duit RM78 sebab dah memang takde benda nak beli dah masa tu. 

Emmm sorang sebijik .. Puas hati takyah nak gaduh gaduh .. Macam la sebelum ni tak penah ada bola huaaaaa ..

Sedih jugak sebenarnya sebab KakYa berkenan giler ngan baju tu. Anak anak pakai elok terletak jer kat badan diaorang tapi nak buat camne masalah jugak bila kotor gitu. Pihak Al Ikhsan ada cakap suruh balik basuh dulu tengok camne. En Hubby terus bangkang tak nak takut nanti balik basuh teruk lagi jadinya. Sebab benda tu kita takle nak jangka lagu mana nanti. Kan dah jadi makin teruk nak pulang balik kan satu masalah pulak nanti. Takpe la mungkin tak berjodoh dengan baju tu huhuhu.. walaupon hati berkenan sangat sangat. Harap harap pasni tak terjadi lagi benda benda remeh cam gini. Tapi takpe Al Ikhsan tetap pilihan hati KakYa dan anak anak sampai bila bila. 

Artikel Menarik yang Lain

4 Sahabat Setia

  1. Adehhh tengok harga baju pun dh ketar lutut.. Ada pulak kesan cop camtu, mmg frust laaa..

    ReplyDelete
  2. Alahai kesian tak dapat baju. Tapi kalau saya kena camtu tu memang tak akan beli, mintak duit semula.

    ReplyDelete
  3. alaaa sedihnya. tak mintak tukar ke ?

    ReplyDelete
  4. huish semua sekli ade kesan cetak..kne bgtau kilang la..klau dh berkenan mesti ade problem..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.