Kelebihan Surah Al Insyirah

May 29, 2018

Kelebihan Surah Al Insyirah | Surah Al Insyirah atau kita biasa sebut surah Alam Nasyrah selalu kita dengar orang baca waktu solat wajib atau solat sunat kerana surah ini tergolong dalam surah pendek dan mudah sekali untuk dihafal . Al Insyirah adalah surah ke 94 dalam Al Quran dan surah ini terdiri daripada 8 ayat . Surah Al Insyirah adalah salah satu surah yang patut kita amalkan kerana banyak manfaat antaranya murah rezeki , hidup tenang , dilapangkan hati dan bahagia .

Kelebihan Surah Al Insyirah |

Bacaan Surah Al Insyirah Dalam Rumi


Alam Nashrah Laka Sadrakh , Wa Wada‘na Anka Wiz-Rakh , Allazii Anqada Zahrakh ,  Wa Rafa' Nalakazikrak , Fa Inna Ma Al Usri Yusra , Inna Ma Al Usri Yus Ra , Fa Iza Faraghta Fansab Wa ila Rabbika Farghrab .

Terjemahan Surah Al Insyirah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bukankah kami telah melapangkan bagimu, Dadamu (wahai Muhammad dengan mengisi petunjuk dan hidayah) dan Kami telah meringankan daripadamu : Bebanmu (menyiarkan Islam)
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan pelbagai kemudahan dalam melaksanakannya)
dan Kami telah meninggikan bagimu : sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)
dan kepada Tuhanmu saja tempat engkau memohon. (apa yang engkau gemar dan ingini)

Keterangan Surah Al Insyirah

Erti terbuka dada Muhammad ialah senang hatinya , dan tenteran jiwanya , kerana telah memperoleh ilmu pengetahuan (wahyu) yang dianugerahkan Allah kepadanya . Sebetulnya nama nabi Muhammad itu telah ditinggikan Allah , iaitu namanya mahsyur di mana-mana. . Tiap-tiap azan terdengar nama Muhammad . Di mana-mana pun di seluruh dunia mengenali Nabi Muhammad .

Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari yang kemudian , jika ditimpa musibah , ia teringat akan firman Allah ini , iaitu  "Di samping kesusahan ada kesenangan , di samping kesempitan ada kelapangan . Sesudah bala menggoda , di belakangnya nikmat berlipat ganda . Sebab itu ia tidak berduka cita atau berkeluh kesah atas cubaan dari Allah itu . Kerana ia mempunyai kepercayaan , bahawa Allah akan mengganti kesusahan itu dengan kesenangan , jika tidak hari ini mungkin esok hari . Inilah orang yang berhati sabar , yang tidak berputus asa kerana ditimpa satu cubaan melainkan ia terus berusaha untuk mencapai hajatnya . Adapun orang yang tidak beriman kepada Allah , maka ia sangat berkeluh kesah dan berduka cita kerana ditimpa sesuatu bala , kadang-kadang ia membinasakan dirinya sendiri . Inilah bahayanya jika tidak beriman kepada Allah . Dan kepada Allah , berharaplah !

Kelebihan Surah Al Insyirah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : " Barangsiapa membaca Surah Al Insyirah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku " .

Barangsiapa membiasakan membaca Surah Al Insyirah selesai mengerjakan solat fardhu , nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya . 

Sesiapa yang membaca Surah Al Insyirah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya . Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu , serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat . 

Barangsiapa membaca Surah Al Insyirah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan. 

Siapa-siapa membaca Surah Al Insyirah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu , nescaya hilang dukacitanya dan Allah SWT akan mengurniakan  rezekinya dengan banyak. 

Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al Insyirah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya , senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas. 

Siapa-siapa membaca Surah Al Insyirah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang , nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya . 

Siapa-siapa membaca Surah Al Insyirah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut , nescaya  Allah SWT mengurniakan kepadanya kekayaan . 

Kelebihan membaca surah Al Insyirah ketika susah:

Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan , hendaklah sembahyang dengan cara yang tersebut di bawah ini , nescaya sampai maksudnya , iaitu: 

- Sembahyang sunat dua rakaat
- Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al Fatihah dan surah (mana-mana surah) 
- Lepas sembahyang , duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah SWT dan baca Surah Al Insyirah sebanyak bilangan hurufnya 
- Sesudah membaca Surah Al Insyirah , pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah SWT 

Siapa-siapa membaca Surah Al Insyirah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah SWT kepadanya perkara-perkara yang ajaib . 

Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara , bacalah Surah Al Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya , nescaya beroleh apa-apa yang di hajati . 

Siapa-siapa menulis Surah Al Insyirah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum , nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut .

InsyaAllah , semoga perkongsian ilmu yang sedikit di atas dapat memberikan 1001 manfaat dan kebaikan kepada kita semua.

Sumber :  SINI

Artikel Menarik yang Lain

0 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.